Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, Khairul Aming bukanlah figura asing di Malaysia.
Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, pempengaruh berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
Pernah bekerja sebagai jurutera industri minyak dan gas sebelum ini, jelas pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman, walaupun gaji permulaan industri berkenaan besar, beliau memilih bersederhana kerana tanggungjawab kepada keluarga.
Terbaru perkongsian pempengaruh terkenal, Khairul Aming berkenaan gaya hidupnya yang sederhana menjadi perhatian ramai. Berkongsi menerusi laman sosial TikTok, personaliti media sosial yang kini berusia 32 tahun itu berpesan tidak perlu berhutang demi kemewahan dan perlu membuat keputusan bijak dalam berbelanja.
“Orang kata kerja oil and gas mesti stabil. Oil and gas memang ada gaji permulaan yang orang kata ‘sihat’, tapi dia ‘sihat’ kena tengok tanggungan juga.
“Kalau kau menanggung seluruh keluarga tidak cukup juga,” katanya.
Khairul Aming malah mengimbas kembali kehidupan awalnya yang membesar dalam keluarga sederhana.
Ads
Bapanya bekerja sebagai pekerja kontrak kerajaan manakala ibunya hanya menjual kuih-muih.
Kredit: Khairul Aming
“Dari kecil sampailah besar, saya jual kuih. Situasinya, saya duduk Kuala Lumpur. Kena tanggung kos rumah sewa, kereta untuk keluarga. Saya juga menanggung ibu bapa. Jadi simpanan pun sedikit, dalam RM100 atau RM200 sebulan,” ujarnya.
Ramai yang mempersoal tindakannya tidak bermewah biarpun sudah mencapai status jutawan namun Khairul Aming mempunyai alasannya tersendiri.
“Orang kata kenapa tidak bermewah-mewah? Bila dalam keadaan yang mana duit itu cukup tetapi kamu berharap ada lebih. Apabila diberikan rezeki lebih, kamu tidak mahu lagi berada dalam keadaan itu.”
“Contohnya, kamu rasa hidup kalau ada gaji RM10,000 sebulan, semua masalah hidup akan hilang. Bila sudah capai RM10,000 sebulan, kau belanja RM9,500, tinggal RM500.”
“Memang tak cukup. Kamu rasa terbeban dan rasa kalau ada RM100,000 sebulan, hidup akan tenang. Tetapi apabila sudah dapat RM100,000 sebulan, beli pula kereta mewah dengan bayaran RM95,000 ribu sebulan dan yang tinggal hanya RM5,000. Kamu mula rasa tidak cukup lagi. Sampai ke sudah tidak akan habis,” katanya.
Ads
Kredit: Khairul Aming
Justeru, graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Vanderbilt di Amerika Syarikat itu mengambil pendekatan lain. Walaupun jumlah pendapatan bertambah beliau tidak menaikkan perbelanjaan. Pesannya tidak perlu berhutang demi kemewahan agar kehidupan lebih tenang pada kemudian hari.
“Apa yang saya buat, saya naikkan pendapatan tapi kekalkan perbelanjaan sampailah ada satu jurang yang besar antara pendapatan dan perbelanjaan.”
“Ketika itu, barulah saya tingkatkan gaya hidup saya dengan mengambil sebahagian daripada pendapatan. Nak beli apa-apa, beli terus. Boleh bayar secara tunai. Tidak perlu hutang sangat, kamu boleh tidur dengan tenang,” tambahnya lagi.
Ads
“Itulah sebab kenapa tak upgrade sangat hidup. Ia adalah pendapat peribadi saya,” kongsinya.
Pada 2022, pempengaruh yang terkenal dengan tagline ‘What’s up guys’ itu mendedahkan belum memiliki rumah dan tidak membuat pinjaman peribadi manakala keretanya ialah Perodua Bezza biarpun mampu untuk memiliki lebih daripada itu. Katanya, beliau banyak melaburkan wang dalam perniagaan sambal dengan membeli aset yang diperlukan seperti mesin.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Sumber: Sinar Plus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia selebriti dan atlet terkenal sememangnya cukup mewah dan dihimpit pelbagai elemen duniawi. Namun di sebalik itu, ramai selebriti serta atlet lelaki ternama mencari ketenangan sebenar di luar dunia populariti.
Bagi segelintir daripada mereka, cahaya Islam menjadi jawapan kepada pencarian spiritual yang panjang.
Memeluk Islam bukan sahaja mengubah identiti mereka, malah membawa makna hidup yang lebih mendalam dan seimbang. Berikut adalah 10 selebriti dan atlet lelaki terkenal dunia yang memeluk Islam.
1. Mike Tyson
Ikon tinju dunia ini memeluk Islam ketika dipenjarakan pada awal 90-an. Tyson sering berkongsi bagaimana Islam membantunya keluar daripada kegelapan masa lalu dan menjadi insan yang lebih tenang serta merendah diri.
2. Mahershala Ali
Pelakon Afro-Amerika pertama yang memenangi dua Anugerah Oscar ini memeluk Islam pada tahun 2000. Mahershala mengamalkan ajaran Islam dengan penuh kesedaran dan menjadi suara penting dalam memperjuangkan toleransi serta persefahaman agama di Hollywood.
3. Dave Chappelle
Pelawak terkenal ini memeluk Islam secara senyap sekitar tahun 1998. Beliau menganggap Islam sebagai panduan hidup yang membawanya kembali ke asas kemanusiaan, terutama dalam industri hiburan yang sarat tekanan dan godaan.
4. Kevin Lee
Bintang MMA dari Amerika Syarikat ini memeluk Islam pada 2021. Kevin Lee mengakui bahawa Islam memberinya panduan hidup yang lebih stabil selepas melalui fasa kehidupan yang kelam dan tidak bermakna.
5. Iman Jamal (Matthew Nasruddin)
Model lelaki antarabangsa ini memeluk Islam setelah beberapa tahun mendalami pelbagai agama. Dibesarkan di Perancis dalam keluarga sekular, beliau menemui Islam sebagai agama yang seimbang antara logik, kedamaian dan struktur kehidupan. Kini, beliau aktif mempromosikan gaya hidup Muslim moden dalam industri fesyen antarabangsa.
6. Jermaine Jackson (Muhammad Abdul Aziz)
Abang kepada Michael Jackson ini memeluk Islam pada 1989 selepas lawatan ke Timur Tengah. Beliau sering menyatakan bahawa Islam membawanya keluar daripada kekosongan rohani dan mendekatkannya dengan tujuan hidup yang lebih besar.
7. Busta Rhymes
Rapper dan ikon hip-hop ini pernah menyatakan secara terbuka bahawa beliau adalah seorang Muslim. Walaupun tidak menjadikan keislamannya sebagai sorotan utama, beliau percaya Islam memainkan peranan penting dalam memandu keputusannya dalam hidup.
8. Ice Cube
Bekas anggota kumpulan N.W.A dan pelakon prolifik ini pernah menyatakan bahawa beliau adalah “natural Muslim”. Walaupun gaya hidupnya moden, Ice Cube sering menzahirkan nilai keadilan dan amanah yang selari dengan ajaran Islam.
9. Lupe Fiasco
Rapper dan penulis lirik terkenal ini dibesarkan dalam keluarga Muslim dan masih kekal komited dengan nilai-nilai Islam. Dalam karya muziknya, beliau sering menyelitkan mesej sosial, spiritual dan moral yang mendalam.
10. Napoleon (Mutah Beale)
Bekas ahli kumpulan rap Outlawz yang diasaskan oleh Tupac Shakur ini memeluk Islam selepas kematian Tupac. Mutah meninggalkan dunia hiburan dan kini menetap di Arab Saudi, aktif dalam dakwah dan pendidikan Islam.
Penghijrahan selebriti dan atlet lelaki ini ke dalam Islam membuktikan bahawa hidayah Allah tidak mengenal sempadan. Di sebalik populariti dan kemewahan, mereka tetap mencari makna hidup yang sebenar.
Islam menjadi jawapan — membawa kedamaian, disiplin, dan tujuan. Ia juga memberi inspirasi kepada jutaan peminat lelaki untuk mengenal Islam dari perspektif yang lebih tulen dan mendalam.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dari 135kg ke 70kg adalah sesatu yang mustahil untuk seseorang itu lakukan. Bukan mudah untuk hilang 65kg dalam masa setahun lebih, tetapi jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa sahaja yang ingin dilakukan jika ada kesungguhan semuanya jadi mudah.
Ini yang dilakukan oleh Mohamad Faizal Bin Saedon, Perkongsiannya ini membakar semangat buat semua yang bercita-cita untuk turunkan berat badan.
“Sepanjang proses saya turunkan berat dari 135kg sehingga 70kg saya mengkaji keseluruhan aspek yang terlibat. Ini kerana kejayaan saya mencapai angka 90kg pun dah jadi satu kejayaan besar bagi saya.
“Bila saya mampu turunkan sehingga 70kg saya cuba cari dimanakah letaknya cara yang betul sedangkan saya pernah cuba berpuluh malah mungkin beratus kali tapi gagal.” Tulisnya di status Facebook miliknya.
Menurutnya ia mengamalkan teknik pecahan. Teknik ini amat membantu dan akan memberi impak yang sangat positif jika anda mencuba.
“Jika kalian ada matlamat nak hilangkan 80kg berat badan kalian, jangan fokus untuk hilangkan 80kg, tapi fokus kepada hilangkan dulu 1kg demi 1kg.
“Jika penurunan 1kg dapat dibuat dalam masa seminggu, maka kalian hanya perlu 80 minggu untuk hilang 80kg yang bersamaan 1 tahun 6 bulan untuk kalian dapat berat badan normal.
“Kenapa teknik pecahan ini berkesan? Teknik ini adalah satu teknik membahagikan tahap tekanan dalam diri kalian. Dengan teknik ini kalian tidak stress dan akan menyebabkan kalian lebih Konsisten dalam usaha kalian.
“Teknik Pecahan bukan saja kepada mental tapi juga kepada tindakan kalian. Untuk turunkan berat badan umum tahu sifirnya ialah jaga makan dan perbanyakkan aktiviti pembakaran kalori.”katanya lagi.
Dia turut berkata teknik pecahan ini boleh diguna pakai malah dia sempat memberi beberapa tip untuk orang ramai capai matlamat.
“Pertama elak minuman manis, selepas itu ubah tabiat makan bertambah tambah, dan selepas itu makan dengan konsep suku suku separuh dan seterusnya makan dengan pengiraan kalori keperluan kalian. Satu demi satu secara perlahan lahan.
“Sama juga dengan aktiviti, jangan terus pergi jogging 3km. Mulakan dulu dengan berjalan 500m, tambah jarak mengikut keselesaan kalian. Sedikit demi sedikit. Sehinggalah kalian mampu berlari selama 3km sehari atau lebih.” Tulisnya sebelum menghabiskan bicara.
Teknik pecahan ini walaupun mengambil masa yang agak lama, tetapi sangat berguna! Malah, dia berharap semua orang faham dan parktikan.
Mohamad Faizal, sering update berkenaan diet serta amalan-amalan yang sering dilakukan untuk turunkan berat badannya. Malah dia turut ada berkongsi bagaimana hendak turunkan 24kg sebelum raya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan senang orang berbadan besar ingin kurus. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus.
Lebih membakar semangat untuk kurus apabila dia pernah diperli dan diejek dengan pelbagai gelaran memalukan sehingga kemurungan.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak tadika, Caden Harris berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan tujuh tip kurus demi membantu orang yang ada masalah berat badan sepertinya.
Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga perkongsian ini memberi anda semangat untuk menurunkan berat badan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.