KJ Bersikap Profesional & Hormat Institusi Parlimen, Respect! Ini Baru La ‘Abah’ Kita

Share

Terserlah sikap profesional KJ atau lebih mesra dengan panggilan ‘Abah’ yang tidak meninggalkan persidangan penggal pertama Parlimen ke-14 ketika semua ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional dan PAS keluar dewan sebagai tanda protes ke atas pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, hanya dua ahli Parlimen BN yang tidak berganjak dari kerusi mereka.

Hormati Institusi Parlimen

Ahli Parlimen Rembau dari Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin tidak mahu  mengikut jejak langkah keluar memboikot persidangan Dewan Rakyat kerana menghormati institusi Parlimen. Pendirian berbeza yang pasti mengundang persepsi dan spekulasi pelbagai pihak itu turut diambil bagi memastikan imej BN sebagai pembangkang berwibawa tidak dipandang remeh.

“Itu bukan cara kita menyatakan bantahan pada hari mengangkat sumpah, sebaliknya wujud keperluan untuk menghormati dewan dan majlis yang sedang diadakan.

“Ada cara lain untuk menyuarakan sebarang bantahan,”

Menurut Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, cara lain untuk menyuarakan bantahan termasuk melalui sesi perbahasan usul titah Yang di-Pertuan Agong atau sebaik selesai majlis perasmian, esok.

“Bagi saya lebih baik kita menghormati majlis dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mencemarkan imej BN sebagai pembangkang berwibawa,” katanya.

Ditanya pandangan terhadap ahli parti yang bertindak memboikot sidang Dewan Rakyat, Khairy hanya berkata: “Saya hanya cakap bagi diri sendiri, bukan untuk pihak lain.”

“Saya hanya buat keputusan pada pandangan yang difikirkan betul, iaitu untuk menghormati majlis mengangkat sumpah,” katanya.

Awal pagi tadi, Khairy adalah antara beberapa individu daripada blok pembangkang yang mengambil pendirian untuk kekal di dalam dewan dan mengikuti majlis angkat sumpah ketika Ahli Parlimen PAS, BN, MIC dan MCA melancarkan boikot. Selain KJ Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Bebas-Masjid Tanah) yang sebelum ini bekas Ketua Puteri UMNO turut mengambil pendirian sama dengan Khairy untuk tidak bertindak keluar daripada dewan.

Mereka keluar tanda protes

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq juga mengulas keadaan ini di laman Twitter rasminya. Rata-rata netizen memuji sikap dan disiplin yang ditunjukkan Ahli Parlimen Rembau itu.

Respect KJ…

Sudah dipujuk untuk keluar dewan tapi…

Video berdurasi 1:40 saat ini menyaksikan ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof oleh Tun Dr Mahathir dan turut disokong oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Mengulas kemungkinan bakal dikenakan tindakan disiplin kerana mengingkari pendirian majoriti ahli partinya, Khairy berkata, ia terpulang kepada percaturan kepemimpinan tertinggi UMNO. Tambahannya lagi keputusan untuk kekal berada dalam majlis dan tidak meninggalkan dewan adalah pendirian tepat, selaras imej pembangkang berwibawa yang ingin ditonjolkan BN pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber : Berita Harian , Kini Tv, Twitter Syed Saddiq

IKLAN