Ads

KKM Kongsi Cara Betul Lupuskan ‘Mask’, Bukan Sekadar Buka & Campak Dalam Tong Sampah!

Dengan penularan wabak COVID-19 membuatkan ramai yang memakai mask ketika ingin keluar rumah untuk membeli keperluan makanan dan ubat-ubatan.

Namun, masih ada orang yang tidak bertanggungjawab dengan mencampak mask ke dalam tong sampah atau longkang tanpa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Cara ini berbahaya kerana anda boleh menyebabkan orang yang mengendalikan pelupusan sampah berisiko untuk dijangkiti COVID-19.

Untuk melupuskan mask dengan cara yang betul, anda boleh ikuti cara-cara selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal Myhealth di laman Facebooknya.

Jadilah seorang masyarakat yang prihatin agar anda boleh menyelamatkan nyawa orang lain daripada dijangkiti wabak COVID-19 ini.

Ads

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kaedah melupuskan mask dengan betul 

Biasanya anda buang mask anda bagaimana ya? Buka dan terus campak dalam tong sampah ke?

Ads

Jangan ambil mudah cara melupuskan mask kerana anda boleh menjangkiti orang yang mengendalikan pelupusan sampah, terutamanya sekiranya anda memakai mask kerana bergejala.

Berikut adalah kaedah melupuskan mask dengan betul.

1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung.

Ads

2. Lipat penutup mulut dan hidung ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.

3. Buang penutup mulut dan hidung terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.

4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung terpakai.

KKM Kongsi Cara Betul Lupuskan ‘Mask’, Bukan Sekadar Buka & Campak Dalam Tong Sampah!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.