
Di persimpangan antara dunia jam tangan berprestasi dan seni eksplorasi, Swatch dan Omega kembali dengan kolaborasi yang mengangkat konsep ‘imaginasi tanpa had’ menerusi koleksi, ‘MoonSwatch Mission to Earthphase: Moonshine Gold’.
Model edisi khas ini bukan sekadar jam tangan. Ia merupakan satu manifestasi pernyataan terhadap inovasi reka bentuk, interpretasi poetik terhadap pergerakan angkasa dan penghormatan kepada semangat pelopor.
Ditawarkan secara eksklusif pada 9 Ogos bersempena fenomena bulan purnama, model ini hadir dengan satu misi, menawan estetika dan teknologi dalam satu pergelangan tangan.
Komplikasi teras Moonshine Gold kali ini ialah penunjuk fasa bulan dan fasa bumi yang bergerak secara bertentangan, satu interpretasi unik terhadap fungsi retrograd.
“Apabila bulan purnama muncul, kita melihat Bumi yang baru, dan apabila bulan baru muncul, kita nampak Bumi purnama.”
Fasa bumi ini bukan sahaja menambah dimensi astronomi, malah menjadi ruang kepada ilustrasi Snoopy dan Woodstock, ikon yang sejak dahulu diasosiasikan dengan semangat penerokaan.
Ilustrasi tersebut tersembunyi di bawah cahaya UV, mencerminkan semangat jam Moonwatch asal yang pernah menjejakkan kaki ke Bulan.
Snoopy duduk bersama Woodstock di permukaan bulan, memandang ke arah Bumi. Satu tafsiran kontemporari terhadap naratif klasik tentang keberanian manusia memandang ke atas dengan penuh tanda tanya.
Pada subdail pukul 2, dua bulan purnama yang berseri, satu dengan rekaan gaya Snoopy dan satu lagi dengan tekstur jaring yang diinspirasikan Bulan Sturgeon yang disaluti dengan Moonshine™ Gold OMEGA.
Ia menggabungkan fungsi kronograf dengan kemasan berkelas tinggi dan butiran halus yang hanya dapat dihargai oleh penggemar sebenar.
Cangkangnya diperbuat daripada Bioceramic biru kelasi, campuran unik dua pertiga seramik dan satu pertiga bahan bio berasaskan minyak jarak. Rekaan ini melambangkan kelestarian tanpa mengorbankan gaya.
Dengan diameter 42mm dan ketebalan 13.75mm, ia kekal dalam kategori ergonomik lelaki moden yang menghargai fungsi dan estetik.
Tali jam getah biru gelap dengan sistem VELCRO® menambah sentuhan angkasa pada jam ini, manakala penutup bateri memaparkan rekaan berinspirasikan Bumi. Logo OMEGA x Swatch ditampilkan dengan yakin di muka jam, mengukuhkan kolaborasi dua dunia — jam Swiss klasik dan semangat bebas Swatch.
BACA: Ikmal Amry Cabar Stereotaip Hero Romantik, Sertai Program ‘MASKULIN WHO’S YOUR BRO’
Seperti yang disebut dalam kenyataan rasmi: “MISSION TO EARTHPHASE – MOONSHINE GOLD adalah perayaan tentang apa yang berlaku sekiranya imaginasi mula terbang tinggi.”
Bukan sekadar aksesori, tetapi naratif tentang berani bermimpi besar, berani meneroka dan berani melihat masa depan dari sudut yang berbeza.
Model ini hanya ditawarkan di kedai Swatch terpilih seluruh dunia bermula 9 Ogos dan seperti biasa, setiap pembeli hanya dibenarkan memiliki satu unit sahaja.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.