Koleksi Limited Edition Adidas Basketball x MARVEL Di Pasaran Bermula Hari Ini!

Share

Demam ‘Avengers’ nampaknya kini sudah menular kepada pelbagai kolaborasi fesyen bersama jenama terkenal. Terbaru, Adidas telah mengumumkan kolaborasi istimewanya bersama Marvel dikenali sebagai Adidas Basketball x Marvel Superhero Collection.

Istimewanya kolaborasi ini, ia menampilkan koleksi kasut bola keranjang dalam kuantiti yang sangat terhada. Tampil dengan tagline ‘Heroes Among Us’, koleksi menawan ini menampilkan sebanyak lima model kasut bola keranjang Adidas paling popular.

Seiringan dengan tayangan filem ‘Avengers: Endgame’ kasut-kasut ini laku bak goreng pisang yang panas berserta sambal kicap yang pasti menyantap setiap hati yang mengidaminya.

Menerusi laman Facebook rasminya, Adidas Malaysia mengumumkan bahawa koleksi ini boleh didapati di butik-butik terpilih di seluruh negara.

BACA: Kalau Nak Kasut Nampak Baru Macam Lepas Keluar Kedai, Sangat Disarankan Ikut 3 Tip Ini!

Tinjauan MASKULIN di online store mereka mendapati beberapa model telah pun sold out. Jadi kepada anda yang ingin memiliki koleksi ini, bolehlah dengan segera melawat butik-butik Adidas berdekatan.

Berikut meurpakan 5 koleksi kasut Adidas Basketball x MARVEL yang di berada di pasaran Malaysia bermula hari ini.

Adidas Harden Vol. 3 “Iron Man”

Adidas Dame 5 “Black Panther”

Adidas N3XT L3V3L “Captain America”

Adidas TMac 1 “Nick Fury”

Adidas Pro Vision “Captain Marvel”

 

IKLAN