Bagi penggemar siri anime robot gergasi yang telah mencetus fenomena global, nama Mobile Suit Gundam sememangnya bukan asing.

Menyambut ulang tahun ke-45 yang penuh gemilang, UNIQLO melalui barisan UT (UNIQLO T-shirt) mereka sekali lagi tampil dengan koleksi khas yang pasti menarik perhatian terutamanya peminat anime ini.

Ia dilihat bukan sekadar t-shirt biasa tetapi merupakan satu legasi gaya dan penghargaan terhadap sebuah legasi. Bakal dilancarkan bermula 5 Mei 2025, koleksi UNIQLO UT Mobile Suit Gundam 45th Anniversary ini menampilkan rekaan grafik yang kaya dengan sejarah siri tersebut.

Koleksi UNIQLO UT x Mobile Suit Gundam, Raikan Ulang Tahun Ke-45 Anime Robot Ikonik

Apa yang menjadikannya lebih istimewa? Koleksi ini merangkumi ilustrasi eksklusif hasil sentuhan pereka mekanikal lagenda, Kunio Okawara, salah seorang pencipta di sebalik robot ikonik Gundam. Bayangkan memakai karya seni daripada individu yang membentuk rupa Mobile Suit kegemaran anda!

Koleksi UNIQLO UT x Mobile Suit Gundam, Raikan Ulang Tahun Ke-45 Anime Robot Ikonik Koleksi UNIQLO UT x Mobile Suit Gundam, Raikan Ulang Tahun Ke-45 Anime Robot Ikonik

Ads

Selain itu, koleksi ini turut menampilkan grafik klasik daripada siri Mobile Suit Gundam yang pertama. Di samping rekaan dari siri popular terkini seperti Mobile Suit Gundam SEED (dengan filem terbaharu pada 2024) dan Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury.

Ini memberi pilihan yang luas, sama ada anda peminat tegar siri asal atau siri-siri yang lebih moden.

Dalam konteks fesyen lelaki kontemporari, T-shirt grafik seperti ini menawarkan dimensi baharu dalam penampilan kasual.

Ads

Ia membolehkan anda mengekspresikan minat peribadi tanpa berkompromi dengan gaya. Padankan UT Gundam ini dengan seluar jeans denim gelap atau chinos untuk gaya santai hujung minggu.

Bgai yang ingin berbeza, lapiskan di bawah jaket bomber atau overshirt untuk penampilan yang lebih urban dan sofistikated. Kuncinya adalah keseimbangan, biarkan T-shirt tersebut menjadi titik tumpuan atau statement piece penampilan anda.

BACA: Apa Maksud Di Sebalik Warna Pakaian Seorang Lelaki, Ini Jawapannya!

Ads

Menariknya lagi, pelancaran koleksi ini diserikan dengan projek realiti berperantara (AR) yang unik. Anda boleh menyaksikan Gundam ‘muncul’ di hadapan mata anda melalui aplikasi khas.

Ini menambah elemen interaktif yang pasti digemari peminat tegar, menghubungkan dunia digital dan fizikal melalui fesyen.

Bagi lelaki yang menghargai rekaan ikonik dan ingin menambah sentuhan personaliti pada gaya harian mereka, koleksi terhad ini adalah peluang yang tidak wajar dilepaskan. Tandakan kalendar anda, 5 Mei 2025 ini!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI