Gaya Hidup

Lakukan 10 Tip Ini Jika Anda Beli Makanan Di Kedai Sepanjang PKP!

Share

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ini, diharapkan orang ramai terus mengikuti 10 tip utama dalam proses penyediaan makanan tidak kira sama ada di rumah mahupun di restoran.

Perlu diingatkan, penyediaan makanan yang baik dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan dalam kalangan masyarakat dan secara tidak langsung dapat memudahkan kerja-kerja anggota perubatan yang lain supaya lebih fokus kepada usaha memerangi virus COVID-19.

Beberapa tips ini telah dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Amalakan 7 langkah cuci tangan sebelum penyediaan makanan bagi memastikan makanan yang dimasak bersih dan selamat untuk hidangan ahli keluarga.

2. Beli makanan ikut keperluan dan sesuai dengan kapasiti penyimpanan di rumah. Baca label dan lihat Tarikh akhir. Hindari pembelian panik secara berlebihan.

3. Bershikan sayur dan buah dengan air mengalir meliputi seluruh permukaan sebelum penyediaan makanan. Tidak perlu basuh sayur dan buah dengan sabun.

4. Sayur dan ulam hendaklah dimakan terus hendaklah dibersihkan dengan air mengalir. Boleh juga dicelur dalam air panas selama 10-15 saat bagi membunuh bakteria dan virus.

5. Bersihkan peralatan memasak seperti papan pemotong, kuali, periuk dan senduk sebelum penyediaan makanan bagi mengelakkan pencemaran silang oleh bakteria dan virus.

6. Elakkan dari memakan makanan sedia dimakan (RTE) yang terdedah selepas dimasak melebihi 4 jam pada suhu bilik.

7. Tutup makanan menggunakan penutup makanan seperti tudung saji untuk mengelak dihinggapi makhluk perosak seperti lalat dan lipas dan mengelak dari pencemaran udara yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

8. Amalkan “Lihat, Hidu dan Rasa’ jika terdapat tanda-tanda kerosakan pada makanan sepertibasi dan berbau.

9. Simpan makanan dengan betul di dalam peti sejuk dan cabinet dapur. Pastikan tiada makhluk perosak seperti tikus dan lipas.

10. Simpan makanan berlebihan di dalam peti sejuk jika perlu dan tetapkan suhu peti sejuk pada 4oc

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

IKLAN