
Bersenam tak semestinya kena angkat besi di gym atau habiskan masa berjam-jam berlari di trek. Kini ada satu trend kecergasan yang semakin popular di Jepun dan mula menjadi perhatian di seluruh dunia iaitu Japanese Walking.
Kaedah berjalan unik ini bukan sekadar “jalan-jalan santai”, tapi melibatkan teknik khusus yang membantu meningkatkan stamina, membakar kalori, dan membentuk postur tubuh yang lebih baik. Ia sangat sesuai untuk lelaki aktif yang sentiasa sibuk tetapi mahu kekal fit.
Japanese Walking adalah gaya berjalan pantas dengan teknik postur yang betul. Ia fokus pada:
Langkah panjang dan konsisten – membantu membina otot kaki dan punggung.
Postur badan tegak – mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
Ayunan tangan yang seimbang – membakar lebih banyak kalori sambil menguatkan otot bahu.
Teknik ini biasanya dilakukan antara 30 hingga 40 minit sehari, cukup untuk meningkatkan degupan jantung dan membantu pembakaran lemak.
Meningkatkan stamina – sesuai untuk yang suka aktiviti lasak atau bersukan.
Membantu kawal berat badan
– membakar sehingga 300 kalori dalam 30 minit.Membaiki postur tubuh – elak bongkok dan masalah sakit belakang.
Kurangkan stres – berjalan sambil menikmati udara segar baik untuk kesihatan mental.
Pilih kasut sukan yang selesa.
Mula dengan 10 minit, kemudian tingkatkan tempoh secara beransur-ansur.
Fokus pada langkah dan pernafasan yang teratur.
Buat di taman, trek joging atau kawasan lapang.
Dengan jadual yang padat, lelaki aktif perlukan senaman yang mudah tetapi berkesan. Japanese Walking adalah pilihan terbaik kerana tidak memerlukan peralatan mahal, boleh dilakukan di mana-mana, dan hasilnya boleh dilihat dalam masa beberapa minggu.
Mulakan dengan langkah kecil hari ini, dan rasai perubahannya pada tubuh dan minda. Ingat, untuk kekal sihat, konsistensi adalah kuncinya.
BACA LAGI : Brisk Walk Dalam Pandangan Islam, Sihat Itu Amanah