
Foto : Khaosod English
Sebuah pasukan bola sepak dari Sekolah Monthong Wittaya, sebuah sekolah komuniti kecil di Chachoengsao, tiba-tiba jadi buah mulut seluruh Thailand apabila berjaya melangkah ke final 7HD Champion Cup 2025 di Stadium Suphachalasai minggu lalu antara kejohanan remaja paling prestigious di negara itu.
Bukan sekadar menang perlawanan, mereka menang hati rakyat.
Fenomena pasukan ini bermula daripada sebuah lori lama berwarna biru, yang diberi gelaran “dream carrier” milik jurulatih mereka, Sakon Kliangprasert.
Lori terbuka itu dah bertahun-tahun digunakan untuk mengangkut pemain ke setiap perlawanan.
Menurut Sakon, lori tersebut ada “tuah” tersendiri. “Kereta ini ada sejarah panjang.
Siapa naik lori ni, selalunya menang kejohanan,” katanya kepada Bangkok Post.
Sekolah Monthong Wittaya terletak di tambon Mon Thong, daerah Bang Nam Priao.
Sebuah sekolah komuniti Muslim dengan hanya 500 pelajar dan 15 bilik darjah jauh dari gambaran powerhouse bola sepak.
Namun sejak Sakon mengambil alih pada 2021, pasukan yang diketuai kapten muda berbakat, Worakorn “Te” Changkhiandee, mula menggoncang hierarki bola sepak sekolah apabila menumbangkan beberapa sekolah elit seperti:
Sebab tu netizen mula gelar mereka “giant killers”.
Sakon pula bukan orang baru. Sebelum ini dia pernah melatih Surasakmontri School juara tiga kali kejohanan sama dan pengalaman itulah yang dia bawa untuk menggilap pasukan underdog ini.
Perlawanan akhir pada 8 November mempertemukan mereka dengan Chai Nat Provincial Administrative Organisation School.
Selepas menang 6–3 di separuh akhir, mereka tiba di Bangkok disambut ribuan penyokong macam pasukan profesional.
Stadium 20,000 tempat duduk tu penuh sampai melimpah. Ada yang terpaksa menonton dari trek larian.
Aksi dramatik itu berakhir dengan kekalahan tipis 1–2.
Monthong Wittaya terpaksa berpuas hati selaku naib juara. Tapi sambutan selepas wisel penamat membuktikan mereka juara di mata rakyat.
Kisah Monthong Wittaya yang tular membawa limpahan bantuan. Beberapa pihak tampil nak menyokong pembangunan sekolah dan pasukan.
Antara sumbangan besar termasuk:
CEO TSB, Kulpornpath Wongmajarapinya, kata kisah mereka memberi inspirasi hebat terutama hubungan rapat antara pemain dan jurulatih.
Kisah kejayaan ini bukan sekadar viral di media sosial. Ia membuka mata ramai terhadap potensi sekolah komuniti kecil dan semangat luar biasa pelajarnya.
Ramai ibu bapa mula melihat sukan sebagai platform pembangunan karakter anak-anak mereka.
Guru pula melaporkan peningkatan minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum.
Walaupun hanya naib juara, perjalanan mereka telah memecahkan stereotaip bahawa hanya sekolah besar mampu bersaing.
Semangat kolektif, dedikasi jurulatih dan sokongan komuniti menjadikan Monthong Wittaya simbol harapan kepada beribu-ribu sekolah kecil di Thailand.
Melihat kepada tumpuan nasional yang diterima, pihak sekolah dijangka bakal menerima lebih banyak peluang pembangunan kemudahan sukan dan program latihan.
Jurulatih Sakon juga menyatakan hasrat untuk membawa pasukan ini lebih jauh bukan sekadar menang kejohanan, tapi membuka ruang masa depan baharu untuk pemain muda.
Bagi ramai penyokong, perjalanan menakjubkan ini hanyalah permulaan.
Dan kisah Monthong Wittaya akan kekal sebagai salah satu cerita underdog paling epik dalam bola sepak remaja Thailand.
BACA LAGI : Kobe Marathon 2025, Edan Lagi Sekali Mencipta Sejarah Di Pentas Antarabangsa
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.