Lelaki Berjambang Senang Botak? Ini Rahsia Hormon Yang Ramai Tak Tahu

Share

Pernah tak kau perasan, bila umur makin meningkat, rambut atas kepala makin menipis tapi janggut makin lebat dan tebal?

Walaupun nampak kelakar, sebenarnya fenomena ni ada penjelasan saintifik yang jelas, dan bukan sekadar nasib atau keturunan semata-mata.

Ia berpunca daripada hormon lelaki yang sama menentukan sejauh mana seseorang tu nampak maskulin.

Menurut pakar kulit dan rambut, punca utama kebotakan lelaki ialah hormon bernama Dihydrotestosterone (DHT) hormon aktif yang terhasil daripada testosteron.

Hormon ni memang penting untuk perkembangan fizikal lelaki, tapi ia juga boleh jadi “musuh dalam selimut” untuk rambut kepala.

Foto : THR GEGAR

DHT melemahkan folikel rambut dan mempercepatkan proses keguguran, sebab tu bila paras hormon ni tinggi, rambut di kepala mudah menipis dan sukar tumbuh semula.

Secara mudahnya, hormon yang sama yang buat lelaki nampak lebih “jantan” juga yang menyebabkan kepala mereka cepat licin.

Lelaki Hormon Tinggi, Lelaki Yang Penuh Keyakinan

Lelaki dengan hormon testosteron tinggi biasanya mempunyai ciri maskulin yang ketara janggut tumbuh cepat, suara lebih garau, dan badan lebih berotot.

Tapi kesan sampingan daripada kelebihan hormon ini ialah kebotakan.

Sebab tu ramai lelaki yang berjambang tebal, lama-lama akan mula perasan garis rambut makin ke belakang atau bahagian tengah kepala makin jarang.

Ia bukan sebab kurang penjagaan rambut, tapi kerana tubuh mereka menghasilkan lebih banyak DHT berbanding orang lain.

Kalau kita tengok selebriti seperti Jason Statham, The Rock atau Vin Diesel, mereka semua memiliki hormon maskulin yang tinggi berjanggut, berotot, tapi kepala licin.

Menariknya, mereka jadikan ciri itu sebagai identiti tersendiri, menunjukkan bahawa botak bukan satu kelemahan, malah simbol gaya dan keyakinan.

Foto : seeni

Genetik, Stress Dan Gaya Hidup

Walaupun hormon memainkan peranan besar, genetik juga faktor penting dalam menentukan sama ada seseorang lelaki mudah botak atau tidak.

Kalau ayah atau datuk kau jenis botak, besar kemungkinan kau pun akan alami perkara sama.

Tapi jangan salahkan keturunan semata-mata, sebab gaya hidup juga boleh mempercepatkan proses itu.

Tekanan hidup, kurang tidur, pemakanan tak seimbang dan penggunaan produk rambut yang keras semuanya boleh melemahkan akar rambut.

Selain tu, faktor seperti panas berlebihan dari pengering rambut, topi ketat dan pendedahan lama pada cahaya matahari turut menjejaskan kesihatan kulit kepala.

BACA LAGI : Simpan Janggut Sunnah Bagi Lelaki, Ini Cara Rasulullah SAW Jaga Janggut

Makanan Pun Boleh Jadi Penyelamat

Foto : Yahoo

Ramai tak sedar, diet harian turut mempengaruhi kekuatan akar rambut. Rambut yang sihat perlukan nutrisi mencukupi terutamanya protein, zat besi, zink dan vitamin B kompleks.

Makanan seperti telur, ikan salmon, sayur hijau, kekacang dan buah beri kaya dengan nutrien penting yang membantu menguatkan folikel rambut.

Bila tubuh cukup nutrisi, kulit kepala lebih sihat dan lebih tahan terhadap kesan hormon DHT.

Jadi, betul ke lelaki berjambang senang botak? Jawapannya ya, cenderung ke arah itu, tapi bukan sebab janggut, sebaliknya kerana hormon maskulin mereka lebih aktif daripada biasa.

Namun begitu, kebotakan bukan tanda kelemahan. Ramai lelaki berjambang yang botak kekal nampak bergaya, penuh karisma dan yakin diri.

Sebab akhirnya, daya tarik lelaki bukan pada rambut di kepala, tapi pada personaliti dan cara dia bawa diri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Darwisy Farain