Lelaki Ini Kongsi Skil Masak Prosperity Burger Homemade Macam Ori, Boleh Layan Makan Sampai Puas!

Share

Sebut sahaja Prosperity Burger, mesti kita terfikirkan Prosperity Burger McDonald. Terasa nikmatnya apabila menggigit padatan daging bersama limpahan sos lada hitam yang menyelerakan.

Kalau anda ingin membeli dan makan Prosperity Burger untuk seisi keluarga apatah lagi jika mempunyai anak yang ramai, tentu sahaja banyak belanjanya.

Jadi untuk lebih jimat, apa kata anda tunjukkan skil memasak Prosperity Burger Homemade sebagaimana resipi yang dikongsikan Mohd Faiz Fitri Iberahim

menerusi page Suami Masak Apa Hari Ini?

Rupanya tak susah mana pun nak masak Prosperity Burger Homemade ni.

Kalau dah masak sendiri, bolehlah anda dan seisi keluarga makan sepuas-puasnya kerana rasanya lebih sedap daripada yang ori.

Jom kita try.

Prosperity Burger Homemade Lebih Sedap Daripada Ori

Trobek sikit aku buat homemade prosperity. Aku rasa mcm lagi sedap je dari yg ori.

Bahan-bahan

1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk + tumbuk
8. Butter 2sb
9. Sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11. Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Mula2 letak butter pada roti n goreng dulu kejap.
2. Uli daging ramly n bentuk kan cam bentuk roti (refer gambar)

3. Goreng daging dulu (cucuk2 dgn garfu)

Cara masak sos

1. Panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum. Kacau smpai jd gold.
2. Pastu masukkan air 1 gelas n kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap n garam. Masak sampai pekat mana korang nak.

3. Celupkan daging yg dh goreng tadi. Letak ats roti n letak bawang yg korg hiris tadi.

Siappppp.

ARTIKEL INI DITERBITKAN DI WEB MASKULIN DENGAN KEIZINAN SUMBER ASAL

IKLAN