Bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham sudah memang dikenali dengan rupa parasnya yang kacak sewaktu di usia muda lagi. Namun, apabila menginjak di usia ‘emas’, David Beckham masih kekal tampan dengan gaya personaliti yang menarik.
Percaya atau tidak, gaya rambut yang dulu sering dipersendakan iaitu mullet kini kembali menjadi trend yang sangat popular di kalangan lelaki.
Perlu kita ingat penampilan lelaki bukan sekadar pakaian atau aksesori, ia termasuklah potongan rambut. Ia boleh menjadi peranan besar dalam menyerlahkan gaya dan personaliti.
Kebangkitan semula trend mullet yang kini diberi nafas baru yang lebih maskulin, lelaki hari ini mempunyai lebih banyak pilihan untuk tampil bergaya dan yakin.
Setiap lelaki mempunyai bentuk kepala yang berbeza, dan potongan rambut yang sesuai dapat menonjolkan ciri terbaik wajah sambil menyamarkan kekurangan. Berikut panduan ringkas mengikut bentuk wajah:
Wajah Bulat Lelaki dengan wajah bulat biasanya memiliki pipi yang penuh dan garis rahang yang tidak begitu ketara. Untuk mencipta ilusi wajah yang lebih panjang dan tirus, pilih potongan yang memberi volume di bahagian atas kepala dan potongan pendek di sisi seperti fade atau undercut. Elakkan poni atau gaya rambut yang menutup dahi kerana ia boleh menjadikan wajah kelihatan lebih lebar.
Wajah Oval Bentuk wajah ini dianggap paling seimbang. Wajah oval mempunyai dahi sedikit lebih lebar daripada dagu dan garis rahang yang lembut. Berita baiknya, hampir semua potongan rambut sesuai dengan bentuk ini. Sama ada gaya buzz cut, pompadour, atau mullet, semuanya boleh dicuba dengan yakin.
Wajah Persegi Dikenali dengan garis rahang yang tegas dan struktur wajah yang kuat, lelaki berwajah persegi boleh memilih gaya yang melembutkan ciri tersebut atau menyerlahkannya. Gaya berlapis (layered) dengan sedikit panjang di atas atau crew cut dengan tekstur sesuai untuk membina keseimbangan.
Wajah Panjang atau Oblong Untuk wajah panjang, elakkan gaya rambut yang menambahkan lebih banyak ketinggian seperti quiff atau high pompadour. Sebaliknya, pilih potongan dengan panjang sederhana dan volume seimbang di sisi. Mullet moden dengan bahagian belakang yang lebih panjang dan sisi sedikit bertekstur boleh memberikan ilusi wajah yang lebih pendek.
Mullet kembali! Gaya ikonik era 80-an ini dikenali dengan rambut pendek di hadapan dan sisi, serta panjang di belakang.
Namun dalam versi moden, mullet tidak lagi kelihatan seperti bintang rock retro semata-mata. Ia kini tampil lebih kemas, terstruktur dan maskulin—sesuai untuk lelaki urban yang berani.
Ciri utama modern mullet termasuk potongan fade atau taper di sisi, panjang yang tidak terlalu ekstrem di belakang, dan lapisan bertekstur yang memberikan dimensi.
Kombinasi ini menghasilkan gaya yang edgy, tetapi masih boleh diterima dalam suasana kerja kasual atau majlis santai.
Kenali Jenis Rambut Anda Sama ada rambut anda lurus, kerinting atau tebal, ia akan mempengaruhi cara potongan itu kelihatan dan berfungsi. Mullet moden boleh disesuaikan untuk semua jenis rambut dengan teknik yang betul.
Rujuk Barber Profesional Jangan malu untuk berbincang dengan tukang gunting tentang gaya yang sesuai dengan wajah dan gaya hidup anda. Tunjukkan contoh gambar dan minta pendapat profesional.
Penjagaan & Gaya Harian Gaya rambut hanya akan kelihatan kemas jika dijaga rapi. Gunakan produk seperti pomade, clay, atau wax mengikut keperluan. Pemangkasan berkala penting agar potongan kekal kemas dan tidak ‘lari bentuk’.
Memilih potongan rambut yang sesuai bukan soal ikut trend semata-mata, tetapi tentang memahami struktur wajah dan keselesaan diri.
Mullet moden menawarkan gaya yang berani, segar dan lebih macho—pilihan tepat buat lelaki yang ingin tampil menonjol.
Jadi, ambil masa untuk kenali wajah anda, pilih gaya dengan bijak, dan jangan takut untuk bereksperimen. Lelaki yang yakin dengan penampilan adalah lelaki yang sentiasa menawan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama terkenal, COACH memperkenalkan Coach For Men Eau de Parfum, satu olfaktori baharu yang mengangkat keberanian untuk mengekspresikan pelbagai sisi keperibadian seorang lelaki moden.
Haruman yang diperkenalkan ini merupakan evolusi lebih mendalam berbanding versi asalnya Eau de Toilette dan kali ini tampil lebih berani, kompleks dan maskulin.
Diinspirasikan semangat New York City yang dinamik dan autentik, Coach For Men Eau de Parfum meraikan keberanian untuk menjadi diri sendiri sepenuhnya.
Wangian ini dicipta untuk lelaki yang tidak takut mengeksplorasi identiti mereka dari sisi lembut dan reflektif hingga kepada tenaga yang penuh karisma.
Gabungan nota citrus dan rempah membuka komposisi dengan bergamot oil dan cardamom.
Di tengahnya, geranium yang lembut bercampur dengan kehangatan cedarwood, manakala asasnya diperkuat dengan aroma kulit Saffiano™ yang ikonik dan vetiver yang mendalam. Ia satu keseimbangan antara moden dan warisan, antara kekuatan dan kelembutan.
Rekaan botol mengekalkan DNA jenama Coach dengan gaya apothecary klasik yang diolah semula. Logo Horse and Carriage terukir dalam lacquer hitam, digandingkan dengan tag kulit hitam dan plat logam bersalut emas. Penutup spray turnlock mengangkat unsur warisan menjadi titik fokus visual dan taktil.
Pembungkusan luar pula hadir dalam kemasan hitam dengan tekstur timbul yang menyerupai kulit pebble klasik Coach. Perincian huruf berwarna emas dan ikon kuda & kereta memperkuat mesej ketukangan dan prestij.
Kempen visual yang dirakam oleh Keizō Kitajima memaparkan bintang bola keranjang Amerika, Jayson Tatum, dalam rutin harian di kota New York. Ia bukan sekadar gaya, tetapi refleksi sebenar tentang keaslian dan ekspresi diri.
“Coach For Men menggambarkan semangat optimistik yang saya rasa kami kongsikan bersama Jayson bahawa apabila kita ikhlas menerima dan mengekspresikan siapa diri kita sebenarnya, segala-galanya menjadi mungkin,” jelas Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers.
Coach For Men Eau de Parfum merupakan tambahan terbaru dalam rangkaian wangian lelaki Coach yang merangkumi signature seperti Coach Platinum, Coach Green, dan Coach Blue.
Setiap satu menyampaikan sisi berbeza seorang lelaki urban masa kini — sensual, energetik, reflektif dan berani.
Dengan kombinasi seni, warisan dan ekspresi moden, wangian ini bukan sekadar semburan, ia adalah pernyataan identiti lelaki yang tidak statik.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak risau jika muka penuh dengan jerawat. Dah cuba macam-macam produk, tapi jerawat etap tak hilang. Jangan putus asa sebab ada cara lain yang anda boleh lakukan tanpa guna produk. Yang bestnya, boleh bebas jerawat.
Pernah ketika sekolah dahulu mukanya berjerawat teruk, Shazmie Nadziri berkongsi di laman Twitterya pengalaman dia ‘setelkan’ jerawat tanpa produk. Bagi yang dah putus ada guna pelbagai produk tapi hasilnya tak seberapa, apa kata cuba cara lelaki ini pula. Mana tahu boleh kembalikan wajah licin anda.
(Cara Bebas Jerawat Tanpa Produk)
Masa sekolah dulu, jerawat aku teruk. Like really teruk. Tanya je la membe aku dulu, muka pecah mcm kapal karam. Sbb tu takde awek berkenan hurm. ?
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.