Ramai lelaki anggap berlengeng atau membuka aurat sekadar gaya santai. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas, singlet dan seluar pendek jadi pilihan utama. Namun, dalam Islam, ada garis panduan yang perlu lelaki ambil serius. Jangan pandang ringan soal aurat dan jangan sesekali lupa bahawa kita juga boleh jadi punca fitnah kepada wanita.
Lelaki wajib menutup aurat dari pusat hingga ke lutut. Itu hukum asas yang ramai ambil mudah. Bila aurat terdedah dan sengaja diperlihatkan untuk tarik perhatian, ia boleh menimbulkan dosa, apatah lagi jika niatnya untuk menaikkan syahwat wanita. Sama seperti wanita yang diperintahkan menjaga aurat dan maruah, lelaki juga ada tanggungjawab yang sama.
Ads
Kenapa perkara ini bahaya?
Ads
Syahwat bukan untuk dipermainkan – Wanita juga manusia biasa, mereka punya fitrah dan perasaan. Jangan jadi punca yang mengundang dosa orang lain.
Aurat bukan sekadar hukum kecil – Mendedahkan paha, pusat, atau tubuh dengan niat menunjuk gaya badan bukan sahaja langgar syariat, tapi membuka ruang pada maksiat.
Imej diri sebagai lelaki Muslim tercalar – Sebagai ketua keluarga atau bakal pemimpin rumah tangga, gaya kita di luar rumah mencerminkan maruah dan disiplin diri.
Ingat, lelaki sejati bukan hanya kuat di gym atau tampak bergaya di luar, tapi dia yang mampu kawal diri dan jaga maruah. Menutup aurat bukan melemahkan maskuliniti, malah menaikkan hormat orang pada kita.
Larian Tempo (Larian Ambang Laktat) merupakan sesi latihan kritikal di mana anda berlari pada kadar ‘selesa keras’ yang stabil. Tujuannya adalah untuk melatih badan mengendalikan asid laktik, membolehkan anda berlari lebih pantas dan lebih lama. Dalam dunia larian moden, memilih kasut larian tempo terbaik 2025 adalah kunci untuk meningkatkan kelajuan perlumbaan anda.
Kasut Tempo yang ideal mesti menawarkan keseimbangan sempurna, cukup ringan dan responsif. Dalam pada masa yang sama ia boleh mengekalkan momentum pantas, tetapi cukup berlapik (cushioning) untuk melindungi kaki daripada keletihan dan hentaman berulang. Ia adalah alat penting untuk mencapai potensi kelajuan ambang anda.
Berikut adalah kedudukan muktamad 10 kasut larian tempo terbaik 2025 untuk sesi Tempo Run anda, disusun dari yang terbaik hingga ke-10 berdasarkan ulasan dan pengalaman pakar:
Sebab Kedudukan: Menawarkan pengalaman “super shoe” dalam pakej latihan harian. Kasut ringan dengan kusyen responsif dan lockdown sempurna untuk kelajuan tinggi.
Ideal Untuk: Pelari yang mencari prestasi perlumbaan dalam kasut latihan mereka.
Busa Utama: Lightstrike Pro
Ciri Khas: Reka bentuk minimalis dan ringan ekstrem.
Sebab Kedudukan: Plat nilon fleksibel memberikan daya tuju ke hadapan yang dinamik tanpa kekakuan karbon. Kasut ini ialah ‘pemacu harian’ terbaik untuk kelajuan.
Ideal Untuk: Tempo, Fartlek, dan larian jarak jauh pantas.
Busa Utama: PWRRUN PB
Ciri Khas: Teknologi SPEEDROLL™ untuk peralihan pantas.
Sebab Kedudukan: Dengan busa FuelCell, ia terasa ringan dan bertenaga. Sesuai untuk pelari yang suka merasai sambungan dengan jalan semasa larian pantas.
Ideal Untuk: Tempo pendek hingga sederhana, latihan interval, dan larian lincah.
Busa Utama: FuelCell
Ciri Khas: Pengurangan berat agresif pada bahagian atas dan outsole.
Sebab Kedudukan: Novablast 5 memberikan kusyen tebal tetapi sangat melantun berkat busa FF BLAST™ PLUS ECO.
Ideal Untuk: Larian tempo panjang atau Progression Runs.
Busa Utama: FF BLAST PLUS ECO
Ciri Khas: Geometri midsol lebih lebar untuk kestabilan lebih baik.
Sebab Kedudukan: Berfungsi sebagai ‘jambatan’ antara kasut harian dan super shoe. Plat karbon mengekalkan momentum untuk tempo panjang.
Ideal Untuk: Sesi tempo maraton dan separuh maraton.
Busa Utama: ZoomX & SR02
Ciri Khas: Plat serat karbon penuh untuk pendorongan maksimum.
Sebab Kedudukan: Gabungan kusyen selesa dan pop responsif menjadikannya serba boleh.
Ideal Untuk: Pelari yang mahukan kasut tempo boleh digunakan setiap hari.
Busa Utama: ProFlyX
Ciri Khas: Ringan dan responsif tanpa terlalu agresif.
Sebab Kedudukan: Lebih teguh dengan batang tenaga (energy rods) yang memberi rasa berstruktur.
Ideal Untuk: Pelari yang lebih berat atau mahu kasut tempo lebih stabil.
Busa Utama: Lightstrike Pro & EVA
Ciri Khas: Energy Rods untuk ketegasan dan kuasa optimum.
Sebab Kedudukan: Kusyen mewah dan penyerap hentakan hebat menjadikannya pilihan selesa untuk tempo keras.
Ideal Untuk: Larian tempo hari pemulihan aktif.
Busa Utama: Mizuno Enerzy
Ciri Khas: Geometri midsol tinggi dan lembut.
Sebab Kedudukan: Menggunakan busa NITRO yang sangat baik untuk harganya. Sesuai untuk semua jenis latihan tempo.
Ideal Untuk: Pelari yang mahukan satu kasut untuk semua latihan.
MASKULIN yakin anda sendiri mungkin sudah lali dengan pelbagai kempen anti merokok yang telah tersebar sejak sekian lama di pelbagai medium media sama ada bercetak, elektronik atau kempen jalanan.
Tapi percayalah kempen ini tidak akan terhenti selagi kadar kematian akibat penyakit daripada kesan merokok dapat dikurangkan.
Mungkin anda sendiri pun terutama perokok sudah tahu bahawa separuh daripada perokok di seluruh dunia membunuh mereka. Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa sebanyak 22.8% atau 4.99 juta rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.
Ia merupakan satu jumlah yang sangat besar dan cukup merisaukan. Penyakit kronik berkaitan rokok seperti penyakit kardiovaskular dan kaser merupakan antara penyumbang utama kepada kadar kematian di Malaysia.
Selain kesan jangka masa panjang yang mengancam nyawa, rokok juga memberikan kesan jangka masa pendek. Apakah kesan jangka pendek yang mudah sering diremehkan oleh perokok?
Jom kita lihat di bawah.
Sedikit demi sedikit mengurangkan deria bau. Disebabkan itu juga kalau diperhatikan ramai orang yang berhenti merokok akan mula mendapat selera makan kembali.
Merokok juga dapat memberikan kesan terhadap kulit. Ia mengurangkan suhu badan dan kulit muka akan menjadi cepat berkedut.
Mengakibatkan mata berair dan radang mata yang boleh menggangu daya penglihatan.
Rokok yang disedut dan dihembu mengeluarkan asap mengandungi gas beracun. Aantaranya ialah pembebasan gas karbon monoksida. Ia menyebabkan oksigen kurang disalurkan ke otak lantas tidak dapat berfungsi baik dengan sepenuhnya.
Merokok juga boleh mengurangkan kadar pengaliran darah dan boleh menyebabkan pekak.
Antara bahagian yang paling terdedah dengan kesan ketara ialah mulut. Pertama gigi akan menjadi kuning dan mudah reput. Selain itu ia boleh ‘membunuh’ deria rasa dan menjadikan mulut berasa tidak sedap pada bibir, lidah dan tekak. Perokok juga sering terdedah dengan masalah nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut.
Paru-paru merupakan organ yang sering dikaitkan dengan rokok. Untuk kesan jagka masa pendek perokok mungkin akan berdepan dengan kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga stamina mereka untuk bersukan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
TIDAK SEMUA LELAKI SUKA DEKATI WANITA BERSAIZ ZERO. PAHA JUGA MENJADI ASET TERPENTING BAGI SESEORANG LELAKI UNTUK MENGENALI LEBIH DEKAT SESEORANG WANITA. JADI BUAT SEMUA GIRLS DI LUAR SANA, JANGAN GUSAR BILA MELIHAT PAHA ANDA TIDAK SEKECIL LIDI DI CERMIN. HARGAI TUBUH ANDA SEADANYA.
LEBIH SEKSI
Lelaki suka akan wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang melengkung kerana lebih feminin, seksi dan menggoda. Lelaki tidak memiliki tubuh seperti ini dan disebabkan inilah anda mampu menarik perhatian mereka.
LEBIH SIHAT
Paha besar pada wanita adalah tanda kesihatan yang baik. Dari kajian yang dilakukan mengatakan bahawa wanita yang mempunyai lemak di paha (peha besar) mempunyai umur yang lebih panjang berbanding mereka yang mempunyai lemak diperut. Kajian yang dilakukan oleh British Medical journal mengatakan bahawa wanita dengan punggung dan paha besar berisiko kecil untuk terkena serangan jantung.
MUDAH MELAHIRKAN ANAK SIHAT DAN CERGAS
Wanita yang memiliki paha besar mempunyai risiko kecil untuk meninggal ketika melahirkan anak. Dengan paha dan punggung yang besar, seorang wanita itu lebih mudah dan lebih kuat untuk melahirkan anak. Kajian lain yang dilakukan, wanita paha besar ini melahirkan anak yang cergas.
PAHA BESAR TANDA KEKUATAN
Wanita paha besar mempunyai bahagian bawah tubuh yang lebih kuat dan kukuh, tidak mudah rasa penat untuk berjalan dan aktiviti lain untuk jangka masa yang lama.
LEBIH CANTIK UNTUK BERGAYA
Jika anda perhatikan artis dari barat wahai wanita, mereka lebih berbangga dengan miliki punggung dan paha besar. Mereka kelihatan cantik untuk pakai apa pun jenis pakaian.
PAHA BESAR PUNYAI DAYA TARIKAN SEKSUAL YANG KUAT
Tidak seperti wanita yang mempunyai paha yang kecil, paha besar mampu menjadi daya tarikan seksual yang cukup tinggi untuk lelaki. Gunakan sepenuhnya bentuk tubuh anda untuk memikat pasangan anda agar lebih ghairah.
STAMINA YANG TINGGI
Kamu perlu berbangga wahai wanita, kerana anda mampu bertahan lebih lama diatas ranjang. Anda akan kelihatan lebih hot di atas ranjang dengan stamina yang anda miliki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.