Luckin Coffee & FIZIWOO Perkenal Konsep Store Pertama Berinspirasikan Batik

Share

Sempena bulan kebangsaan, Luckin Coffee, jenama kopi gaya hidup terkemuka dunia, melancarkan kolaborasi fesyen pertamanya di Malaysia bersama rumah couture tempatan terkenal, FIZIWOO.

Hasilnya, tercipta Luckin Coffee x FIZIWOO Concept Store di Pavilion Damansara Heights yang mengetengahkan tema “Rasa Merdeka, Gaya Malaysia”.

Kolaborasi ini membawa nafas baharu dengan menggabungkan seni Batik moden, fesyen couture, dan inovasi kopi ke dalam satu ruang gaya hidup di mana tempat rakyat Malaysia boleh menikmati kopi sambil merayakan warisan budaya.

Batik, Couture & Identiti Malaysia

FIZIWOO mencipta rekaan unik berinspirasikan elemen ikonik Luckin Coffee iaitu biji kopi dan rusa dipersembahkan dengan sulaman manik halus dan kristal melalui teknik tambour beadwork.

Koleksi ini juga memberi penghormatan kepada tiga busana tradisional Malaysia, Baju Kebaya, Saree dan Qi Pao, semuanya diberi sentuhan moden elegan.

Sentuhan sama turut dizahirkan dalam reka bentuk konsep store, yang digambarkan sebagai “kanvas hidup” satu ruang di mana warisan diraikan, ditakrif semula, dan terus berkembang sambil mengekalkan akar tradisi.

Kopi Sebagai Medium Warisan

CEO Luckin Coffee Malaysia, Dr. Jeff Lim Chee Lip, “Kolaborasi ini adalah momen penting untuk Luckin Coffee di Malaysia. Kami mahu meraikan kebanggaan negara melalui ekspresi kreatif, sama ada dalam secawan kopi atau dalam suasana kedai itu sendiri. Setiap kunjungan bukan sekadar pengalaman minum kopi, tetapi juga sambungan kepada identiti Malaysia.”

Bagi pihak FIZIWOO, Pengarah Urusan Izree Kai Haffiz menegaskan bahawa fesyen adalah cara mereka melestarikan cerita. “Setiap corak Batik membawa makna turun-temurun. Kolaborasi ini membolehkan kisah itu dihayati dalam bentuk yang tak dijangka dari secawan kopi hinggalah ke sehelai busana couture.”

Rasa Tempatan Dalam Minuman Eksklusif

Kolaborasi ini turut memperkenalkan minuman istimewa yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan dengan sentuhan moden. Antaranya:

  • Iced Minty Coconut Latte & Iced Minty Chocolate Frappe (dilancarkan 29 Ogos).
  • Pandan Coconut Latte (dilancarkan 12 September).
  • Mango Jasmine Frappe (dilancarkan 19 September).

Setiap minuman menampilkan elemen nostalgia rakyat Malaysia yang dipadankan dengan gaya kontemporari, sesuai untuk iklim tropika negara ini.

Pengunjung boleh merasai sendiri suasana unik Luckin Coffee x FIZIWOO Concept Store di Level 2, Pavilion Damansara Heights.

Dibuka dari jam 7.30 pagi – 10.00 malam pada hari bekerja, dan 10.00 pagi – 10.00 malam pada hujung minggu.

Kolaborasi Luckin Coffee dan FIZIWOO bukan sekadar retail partnership, tetapi satu selebrasi identiti Malaysia melalui seni reka, kraf tangan, dan inovasi kopi.

Ia bukti bahawa warisan boleh terus hidup sama ada dalam secawan kopi, sehelai couture dress, atau dalam pengalaman penuh gaya yang dikongsi bersama komuniti.

BACA LAGI : Zfix Catat ‘Malaysia Book of Records’, Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam 12 Jam

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain