
Astro terus menguatkan jenamanya sebagai Astro Of Live apabila meraikan penonton dengan Gempak Most Wanted Awards 2025 (GMWA2025) pada Ahad lalu yang boleh distrim semula di Astro One & Sooka.
Bertemakan ‘Re-Culture’, pentas di Auditorium MBSA, Shah Alam berubah menjadi ruang eksperimen kreatif yang meraikan warisan dalam bahasa generasi baharu dan Setiap persembahan, setiap nada bunyi dan setiap jiwa yang diangkat di atas pentas sarat dengan elemen tradisi yang disulam bersama sentuhan moden pada skala cukup luar biasa.
Ternyata tema RE-CULTURE yang diangkat bukan hanya pada kertas tetapi diabadikan dengan seluruh jiwa dan raga pada setiap artis yang tampil memberikan persembahan penuh magikal pada malam GMWA2025 dan turut menerima pujian ramai di laman sosial.
Sejak tirai dibuka oleh Sean Lee dan Amelia Henderson, aura malam tersebut sudah terasa berbeza.
Pembukaan penuh tenaga oleh Zeppo Youngsterz bersama vokal mantap Aisha Retno mencipta momentum awal yang kuat. Koreografi bertaraf antarabangsa dipadankan dengan susunan muzik kontemporari, menjadikan konsep ‘Re-Culture’ bukan sekadar slogan, tetapi pengalaman visual dan bunyi yang nyata.
Kolaborasi Fahimi Rahmat dan Nazu, diikuti gandingan Zynakal bersama Zamir Harith, membawa suntikan segar ke pentas. Bunyi yang lebih berani, eksperimen genre dan gaya persembahan yang tidak konvensional menunjukkan bahawa budaya pop Malaysia sedang berkembang ke arah yang lebih progresif.
Namun antara detik paling magis malam itu ialah persembahan Hael Husaini bersama Nadeera yang sarat emosi dan dramatik.
Hael sekali lagi membuktikan reputasinya sebagai arkitek persembahan yang tahu bermain dengan visual dan susunan muzik.
Tidak ketinggalan, ALPHA tampil dengan aura maskulin yang kuat, mempersembahkan karya dengan identiti tersendiri yang memadukan elemen klasik dan moden.
Namun kemuncak malam bagi MASKULIN apabila the one and only, Dayang Nurfaizah tampil membuat persembahan.
Bagaikan puteri yang muncul dari kelopak bunga secara harfiahnya, Dayang Nurfaizah mencapai kemuncak penuh gemerlapan dengan persembahan vokal yang berada di kelasnya tersendiri.
Lebih istimewa dia membawakan lagu klasik Melayu yang dipopularkan oleh Allayarham Tan Sri P Ramlee, ‘Nak Dara Rindu’. Penguasaan pentas yang matang menjadi penutup yang cukup berkelas dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Manakala di antara kolaborasi besar seperti Aina Abdul bersama Fadhilah Intan, vokal memukau Marsha Milan serta pesona generasi baharu Zaki Yamani dan Thalita, jelas bahawa GMWA 2025 adalah pentas yang menyatukan legenda dan suara baharu dalam satu ekosistem budaya.
Di sebalik gemerlapan persembahan, malam tersebut tetap mempunyai satu kemuncak paling dinantikan – pengumuman Anugerah Gempak Most Wanted 2025.
Apabila nama Merqeen diumumkan sebagai penerima anugerah tertinggi itu, dewan bergema dengan sorakan. Kemenangan tersebut bukan sekadar kemenangan populariti, tetapi pengiktirafan terhadap impak menyeluruh seorang figura dalam landskap hiburan digital sepanjang tahun.
Anugerah Gempak Most Wanted adalah simbol tertinggi malam itu. Ia mewakili suara peminat, kuasa undian digital dan pengaruh sebenar dalam dunia hiburan moden. Merqeen berjaya mengatasi nama-nama besar lain dalam kategori tersebut, membuktikan bahawa konsistensi, disiplin dan hubungan tulen dengan peminat adalah kunci utama.
Seperti yang ditegaskan oleh Syazwan Zakariah, Ketua Content Studio, Astro, “Kami amat teruja GMWA terus mendapat sokongan padu daripada para peminat, calon, rakan kongsi dan komuniti digital.”
Beliau turut menambah, “Setiap tahun, kita menyaksikan kemunculan pencipta digital baharu serta kandungan yang segar, namun GMWA kekal berpegang pada tradisi untuk meraikan pempengaruh serta selebriti yang membawa nilai positif kepada masyarakat melalui medium hiburan. Tema tahun ini, ‘Re-Culture’, membawa lebih makna kerana ia bukan sekadar satu konsep, tetapi menjadi suatu penghubung.”
Kenyataan tersebut menggambarkan dengan tepat perjalanan Merqeen – seorang pelakon muda yang bukan sahaja aktif di layar drama, tetapi juga membina komuniti digital yang kuat.
Selain memenangi anugerah utama, Merqeen turut dinobatkan sebagai Selebriti Tergempak 2025. Kemenangan berganda ini mengukuhkan statusnya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam kalangan generasi baharu.
Dalam konteks ‘Re-Culture’, Merqeen menjadi simbol bagaimana seorang artis boleh berkembang seiring perubahan budaya. Beliau bukan sekadar pelakon, tetapi representasi kepada generasi yang membentuk identiti hiburan melalui interaksi digital, kesungguhan kerja dan sokongan peminat.
Selain kemenangan Merqeen, malam tersebut turut menyaksikan pengiktirafan kepada pelbagai pencipta kandungan dan personaliti digital:
Setiap kemenangan ini memperlihatkan kepelbagaian bakat dalam ekosistem digital Malaysia, daripada podcast ke sukan, daripada muzik ke drama.
GMWA 2025 membuktikan hiburan Malaysia tidak lagi terikat pada satu medium ia bergerak lancar antara pentas fizikal dan dunia digital. Persembahan Alpha, Hael Husaini, Nadeera dan Dayang Nurfaizah menjadi nadi malam tersebut, sementara kemenangan Meerqeen mencerminkan perubahan landskap industri.
Magisnya bukan sekadar pada cahaya dan muzik, tetapi pada kebersamaan antara legenda dan generasi baharu, antara warisan dan tafsiran moden.
Dalam semangat ‘Re-Culture’, jelas bahawa hiburan Malaysia kini lebih matang dan berani, dipacu oleh suara peminat. Terus setia dengan hiburan terbaik daripada Astro, dan strim GMWA25 di Astro One serta sooka.