Makan Kambing Tidak Pengaruhi Kesihatan Anda, Ini 5 Fakta Sihat Daging Popular Ini

Share

Daging kambing enak dimakan sama ada secara panggang mahu pun dalam sajian kari kambing serta sup kambing. Ketahui juga antara fakta sihat daging kambing.

Namun dalam menikmati keenakan itu, tak ramai yang tahu bahawa daging kambing ini memiliki khasiat semulajadinya yang tersendiri seperti yang MASKULIN senaraikan, jangan tak tahu, terlalu banyak fakta sihat daging ini, jom baca faktanya di bawah ini:

1. Rendah kolestrol

Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.

BACA: Selain Bersenam & Jaga Makan, Anda Boleh Minum 6 Jenis Teh ini Sebagai Minuman Diet

2. Rendah lemak

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

3. Rendah kalori

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

4. Lemak tidak tepu

Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

BACA: Untuk Jaga Kesihatan, Elak Makan 6 Spesis Ikan Ini, Ia Tinggi Kandungan Merkuri!

5. Asid amino

Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

Jadi, jom makan daging kambing!

IKLAN