Daging kambing enak dimakan sama ada secara panggang mahu pun dalam sajian kari kambing serta sup kambing. Ketahui juga antara fakta sihat daging kambing.
Namun dalam menikmati keenakan itu, tak ramai yang tahu bahawa daging kambing ini memiliki khasiat semulajadinya yang tersendiri seperti yang MASKULIN senaraikan, jangan tak tahu, terlalu banyak fakta sihat daging ini, jom baca faktanya di bawah ini:
1. Rendah kolestrol
Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
3. Rendah kalori
Ads
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
4. Lemak tidak tepu
Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
Jadi, jom makan daging kambing!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zul Ariffin, 39, berjaya turunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa dua bulan, daripada 101kg ke 81kg, demi persiapan untuk filem terbaharu, Furious. Tapi perjalanan dia bukan biasa-biasa.
Malah, ramai lelaki kagum dengan fizikal pelakon filem aksi ni, tapi tak ramai tahu harga sebenar yang dia bayar untuk capai tahap tu.
“Dua kali blackout, hidung berdarah, migrain, pening kepala. Diet semua rendah; karbo, gula… semua rendah. Latihan pula dua hingga tiga jam setiap hari.”
Bagi pelakon aksi, komitmen terhadap watak bukan setakat lakonan, tapi keseluruhan fizikal kena ‘on point’. Zul akui, proses kali ini jauh lebih mencabar berbanding sebelum ini.
Sembilan tahun lalu, dia pernah turunkan berat 13kg untuk filem Tombiruo, tapi kali ini, dia perlu ‘push’ diri lebih ekstrem untuk capai sasaran.
Diet ketat rendah karbohidrat dan gula, ditambah pula dengan rutin latihan intensif hampir setiap hari menyebabkan badan cepat lemah, migrain berpanjangan, malah dua kali dia pengsan dan hidung berdarah.
Zul Ariffin tak sorokkan realiti — perjalanan transformasi badan bukan sekadar soal rupa atau otot besar. Tanpa persediaan mental dan ilmu yang betul, ia boleh bawa risiko kesihatan serius.
MASKULIN nak ingatkan, nak sado macam mana sekali pun, jangan abaikan:
✅ Pemantauan pakar atau jurulatih profesional ✅ Pengambilan nutrisi seimbang ✅ Cukup waktu rehat dan pemulihan badan ✅ Elakkan diet melampau yang boleh jejaskan kesihatan dalaman
Bukan semua orang sanggup lalui proses ekstrem macam Zul. Tapi bagi lelaki yang nak miliki tubuh ideal, stamina tinggi dan keyakinan diri, ia perlukan:
💥 Disiplin Besi 💥 Ilmu Pemakanan Yang Betul 💥 Konsistensi Latihan 💥 Kesedaran Jaga Kesihatan Dalaman
Nak capai tahap fit? Buat cara yang bijak, konsisten dan selamat macam Zul Ariffin ni!
Jumlah pengambilan kafein yang wajar untuk orang dewasa adalah sekitar 400 miligram untuk setiap harinya. Pada takaran tersebut, kafein sebenarnya masih selamat bagi tubuh. Pengambilan kafein dengan kuantiti yang berlebihan akan membuat anda mengalami beberapa kesan sampingan pada kesihatan tubuh anda iaitu:
1- Mencetuskan Sakit Kepala
Kajian membuktikan bahawa kafein dan sakit kepala mempunyai hubungan yang sangat berkaitan. Anda mungkin pernah mencari komposisi kafein pada ubat sakit kepala. Ya, memang kafein dalam jumlah tertentu dapat membantu menghilangkan sakit kepala. Namun, perlu diketahui juga bahawa kafein dalam jumlah berlebihan akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala.
Jika anda adalah seorang penggemar kopi, yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi kafein, dan tiba – tiba berhenti dan tidak mengambil kopi lagi, anda juga boleh mengalami sakit kepala.
2- Menimbulkan Perasaan Was – Was dan Cemas
Kesan sampingan kafein seperti was – was atau cemas mungkin tidak dialami bagi sesetengah orang. Tetapi bagi beberapa orang lain seperti mereka yang jarang mengambil kafein berkemungkinan lebih tinggi mengalami kesan sampingan seperti ini.
3- Menyebabkan Gangguan Tidur
Seperti yang sudah dijelaskan sebelum ini, kafein ini merupakan suatu zat yang dapat merangsang sistem saraf pusat kita. Mengambil kafein dalam jumlah banyak akan membuat seseorang suka untuk tidur atau biasa disebut dengan insomnia.
4- Menyebabkan Ketagihan Kafein
Bagi mereka yang sudah sering mengambil kafein, tidak mustahil mereka akan mengalami ketagihan terhadap kafein. Ketagihan kafein boleh ditandai dengan munculnya gejala seperti pening, mengantuk, cemas dan cepat marah. Pada beberapa orang, gejala ketagihan boleh ditandai dengan badan yang gemetar.
5- Menyebabkan Muntah-Muntah
Pengambilan kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, maupun sering buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.
6- Mengakibatkan Masalah Pencernaan
Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Keadaan demikian boleh membuat kita merasa memulas atau sakit perut dan mungkin cirit-birit.
7- Menyebabkan Haus Berlebihan
Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu jika anda mengambil kafein sebelum bersenam, dikhuatiri tubuh akan kekurangan banyak cecair badan dan dehidrasi.
8- Meningkatkan Tekanan Darah
Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Bahkan dalam jangka waktu lebih kurang satu jam, kafein mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah kita. Dalam jangka masa tersebut atau bahkan lebih cepat, kafein boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Inilah sebab mengapa kopi adalah salah satu jenis makanan penyebab darah tinggi naik dengan cepat.
9- Menyebabkan Osteoporosis
Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh membawa pada keadaan tulang reput atau osteoporosis.
10- Degupan Jantung Bayi Lebih Cepat
Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein mungkin perlu dikurangkan. Kafein yang masuk ke dalam tubuh, masuk ke dalam aliran darah dan masuk ke plasenta. Dalam keadaan seperti ini, janin juga turut mengambil kafein tersebut melalui plasenta. Kafein yang masuk ke dalam tubuh janin tersebut boleh mengakibatkan degupan jantung janin menjadi tidak teratur dan lebih cepat ritmanya.
11- Meningkatkan Risiko Keguguran
Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh sangat buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Dan hal tersebut boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mengarah pada keadaan keguguran.
12- Menyebabkan Sukar Hamil
Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.
13- Meningkatkan Risiko Gout
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa orang – orang yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung lebih mudah terkena penyakit gout.
14- Menyebabkan Sering Buang Air Kecil
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan. Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.
15- Menyebabkan Gejala vasomotor
Kafein yang diambil oleh wanita boleh menimbulkan gejala vasomotor atau vasomotor symptom. Gejala ini boleh menyerang wanita yang mengalami menopause. Dan gejala tersebut mungkin memburukkan keadaan menopause wanita.
Penting! Kesan Kafein Yang Mematikan
Selain beberapa kesan sampingan dari kafein yang sudah dijelaskan di atas, ada beberapa kesan sampingan lain yang penting untuk diketahui:
16-Penyakit jantung
17-Meningkatkan kolesterol jahat atau LDL di dalam tubuh
18-Menyebabkan penyakit sendi
19-Meningkatkan risiko stroke
20-Merosakkan pembuluh darah
Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan yang boleh ditimbulkan oleh kafein, ada baiknya mulai saat ini kita mengurangkan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti cola, teh, minuman ringan, minuman bergas dan kopi boleh membantu kita mengurangkan risiko terkena pelbagai kesan sampingan kafein. Bagi orang – orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kajian menunjukkan ramai lelaki mudah diserang penyakit kolestrol bermula usia 20 hingga 65 tahun dan penyakit ini perlu dikawal jika kadar kolestrol dalam tubuh sudah melebihi 240 mg/dl.
Bagaimana cara untuk menurunkannya? Jawapan mudahnya adalah dengan memakan ikan seperti ikan bakar dan pelbagai jenis masakan ikan lagi.
Ini kerana ikan miliki protein, omega-3, asam lemak, vitamin : B2 (riboflavin) dan D, fosfos, kalsium, mineral serta simpanan minyak ikan yang amat tinggi yang boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan diri.
Selain berupaya mencegah kolestrol, berikut adalah manfaat lain yang boleh dinikmati dengan ikan bakar :
1. Mencegah penyakit jantung
Ikan bakar dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut sebuah pemeriksaan terhadap suku bangsa Eskimo yang tinggal di Greenland, ramai di antara mereka dikatakan tidak menghidap penyakit jantung. Hal yang sama turut berlaku di Jepun kerana pemantauan di negara tersebut amat sukar untuk menemui golongan yang menghidap penyakit yang sama.
Kerana apa? Kerana kedua-dua masyarakat ini gemar memakan ikan. Fakta mengatakan masyarakat Eskimo memakan ikan sekurang-kurangnya 100-200 gram ikan sehari manakala di Jepun pula, mereka memakan ikan sebanyak 300-400 gram sehari. Biar pun penduduk Jepun lebih gemarkan ikan mentah, cuba kalau mereka rasa ikan bakar di Malaysia pula nanti. Mesti sampai terbawa dalam mimpi.
2. Sedap dimakan bersama nasi
Jika bosan menghadap ayam sebagai lauk utama dalam menu harian, apa kata bertukar kepada ikan pula sebagai menu baharu? Lagi pun, ikan mempunyai banyak vitamin,protein,mineral dan memiliki sedikit kalori selain sangat baik buat mereka yang ingin mengekalkan kesegaran metabolisme.
Dalam erti kata lain, bukan sayur-sayuran atau ulam-ulaman sahaja yang mampu kebaikan, ikan juga mampu menyihatkan tubuh badan. Bayangkan anda sedang menikmati nasi putih yang panas (dimakan suku), ikan bakar (protein) dan kuah asamnya,walaupun kecur air liur, anda akan merasakan cukup segar.
3. Alternatif untuk diet yang sihat
Jika sedang menjalankan program diet, makan ikan merupakan alternatif yang terbaik keraba vitamin, mineral, dan nutrisinya. Mereka yang suka memakan ikan pasti kurang berminat terhadap makanan yang banyak lemak seperti keju atau daging.
Jadi pentingkah ikan untuk diet? Jawapannya ya kerana sistem kardiovaskular anda tidak akan terganggu selain akan meningkatkan lemak baik (HDL) dan terhindarnya daripada mudah mengalami darah beku.
Semoga dengan info yang dikupas ini memberikan anda manfaat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang