Pada Hari Raya nanti tak sah kalau setiap rumah yang kita kunjungi tak ada kuih raya. Itu adalah satu perkawa wajib ada sepanjang musim perayaan nanti.
Ramai di antara anda pastinya akan ‘terbabas’ dalam penjagaan diet harian. Terlebih makan itu sudah pasti. Cuma adakah anda tahu jumlah kalori kuih raya yang dimakan?
Jika selama ini anda menjaga pengambilan kalori kenapa pula perlu dibezakan sepanjang musim perayaan.
Jadi inilah jumlah kalori kuih raya yang perlu anda tahu.
Jadi berapa kalori biskut biskut dan kuih raya ni?
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.
Kesemua yang tersenarai ini ialah sebahagian daripada biskut kuih raya yang popular pada hari raya. Bila anda sudah tahu jumlah kalori yang terkandung dalam biskut raya kegemaran anda, mungkin lebih mudah anda merancang diet hari raya anda, bukan? Janganlah tak merasa langsung, kempunan pula nanti.
Makanlah secara berhemah, dua tiga biskut raya mungkin sudah mencukupi, kalau kenyang dengan biskut kuih raya sahaja, makanan lain mungkin tiada tempat dalam perut.
Selamat Hari Raya!
Sumber: kevinzahri.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang saintis terkenal, Dr Lester Packer menyatakan bahawa di antara punca penyakit kronik zaman moden kini disebabkan oleh kerosakan sel-sel dan dinding pembuluh darah akibat serangan radikal bebas.
Penyakit-penyakit seperti kanser, darah tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikaitkan dengan kerosakan sel-sel oleh radikal bebas ini.
Punca radikal bebas yang tinggi adalah daripada faktor luaran seperti pencemaran air, pencemaran udara , bahan pengawet makanan, radiasi, stres, toksin, pancaran sinar ultra ungu (UV) dari matahari dan merokok.
Apabila seseorang sentiasa terdedah kepada serangan radikal bebas setiap hari selama bertahun-tahun lamanya, ia akan menyebabkan terjadinya pelbagai jenis penyakit kronik.
Radikal bebas juga menyebabkan kulit menjadi kendur, berkedut, kusam, masalah pigmentasi dan kasar.
Di sinilah peranan vitamin C yang amat penting dalam jaringan antioksidan yang melindungi kulit dan tubuh manusia daripada kesan radikal bebas.
Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain di dalam tubuh seperti vitamin E, N-asetil sistin, Glutathion, Co Enzim Q10 dan L-Karnitin.
Vitamin C mempunyai sifat sebagai antioksidan. Ia menunjukkan kaitan di antara pengambilan vitamin C dan mengurangkan risiko kanser seperti kanser perut, kanser paru-paru, kanser tekak, kanser pundi kencing.
Sebagai bahan antioksidan, vitamin C melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh manusia akibat daripada pendedahan yang berterusan kepada radikal bebas.
KECANTIKAN KULIT
Di antara fungsi utama vitamin C ialah penghasilan kolagen dalam tubuh manusia.
Kolagen ialah protein utama dalam struktur organ manusia seperti saluran darah, tendon, ligamen, tulang, gigi, rambut dan kulit.
Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut, tulang rapuh, gigi mudah tercabut, rambut gugur dan mudah putus serta mudah berlaku pendarahan di bawah kulit.
Dengan mengekalkan integriti tisu badan seperti kulit dan lapisan mukosa, vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang, cerah, berseri, mengurangkan kesan-kesan jeragat dan bintik-bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Vitamin C juga amat penting dalam pemulihan luka, melecur dan kudis (ulser) yang kronik.
PENYAKIT KRONIK
Ia membantu dalam metabolisme kolesterol di dalam penghasilan hempedu oleh hati, jadi ia membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang pundi hempedu.
Terdapat kajian yang menunjukkan vitamin C membantu mengurangkan paras kolesterol ‘jahat’ LDL dan meningkatkan paras kolesterol baik HDL.
Dengan itu, ia membantu mencegah mendapan kolesterol pada dinding saluran darah yang menyebabkan saluran darah menjadi keras (arteriosklerosis).
Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar (strok) dan mengawal tekanan darah tinggi.
Kajian menunjukkan pengambilan suplemen vitamin C secara konsisten mampu mencegah penyakit buta akibat masalah ‘katarak’ pada kanta mata, selain membantu dalam proses nyah-toksin (detoksifi kasi) logam berat seperti raksa, plumbum dan sebagainya di dalam tubuh manusia.
Tidak hanya itu, vitamin C juga penting dalam fungsi saraf dengan membantu menghasilkan bahan pemancar saraf (neurotransmitter) dan hormon norepinefrina yang amat penting dalam fungsi saraf serta otak manusia yang sihat.
Kajian juga mendapati pengambilan vitamin C membantu dalam mengurangkan kesan buruk stres kepada kesihatan.
Jika mengambil suplemen vitamin C secara konsisten, ia turut membantu dalam meningkatkan tenaga dan mencegah rasa keletihan yang melampau akibat stres.
Selain itu, ia juga mempunyai lebih daripada 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia.
SUMBER VITAMIN C
Kita boleh mendapatkan vitamin C daripada sumber makanan yang kaya misalnya buah-buahan seperti oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal serta sayur-sayuran seperti sawi, bayam, kangkung dan cili.
Pengambilan buah-buahan segar dan makan sayur-sayuran segar setiap hari harus dijadikan amalan untuk mendapatkan faedah kesihatan pada vitamin C ini.
Jika anda memilih untuk mengambil pil suplemen vitamin C maka pilihlah daripada sumber organik, berkualiti tinggi dan daripada jenis diesterkan (esterifi ed).
Pengambilan suplemen tambahan sehingga 1000 mg sehari didapati tidak memberikan apa-apa kesan sampingan dan mampu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik.
Sifat semula jadi vitamin C yang larut air membuatkan ia mudah dikeluarkan dari tubuh melalui buah pinggang jika berlebihan dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan yang merbahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila suhu mula mencecah 37°C, ramai yang pilih untuk ‘berkurung’ dalam rumah dan ‘pause’ rutin harian. Tapi, lelaki bijak dan berjiwa Maskulin tak cari alasan dia cari solusi. Cuaca panas bukan penghalang untuk terus kekal sihat, fit dan bergaya, asalkan kau tahu cara nak sesuaikan diri.
Berikut adalah 10 tip praktikal untuk lelaki urban kekal aktif, sihat dan tetap nampak cool, walau cuaca panas tengah menggila.
Lupakan sesi workout tengah hari. Tukar kepada:
Pagi awal (sebelum 9 pagi)
Lewat petang (selepas 6 petang)
Ini waktu suhu lebih rendah dan badan pun lebih ‘bersedia’.
Tak semestinya angkat besi je baru nampak sado. Cuba:
Bodyweight training di rumah
Workout HIIT dalam bilik berhawa dingin
Yoga atau stretching untuk fleksibiliti
Yang penting, konsisten dan tak cedera.
Dalam cuaca panas, air kosong ialah senjata utama. Minimum 3 liter sehari. Jangan tunggu haus. Nak lebih segar? Tambah lemon dan daun pudina.
Pakaian memainkan peranan penting. Pilih:
Kain kapas atau linen
Warna cerah
Potongan longgar
Bukan saja lebih selesa, tapi tetap bergaya.
Antara ‘gear’ wajib lelaki musim panas:
Cermin mata hitam (UV protected)
Topi / bucket hat
Sunblock SPF30 ke atas
Tuala kecil untuk lap peluh
Smart look, smart protection.
Lupakan kari pekat dan daging merah berlebihan. Fokus pada:
Buah tinggi air: tembikai, timun, strawberi
Sup jernih
Sayur segar
Minuman isotonik rendah gula (kalau aktif sangat)
Walaupun kopi itu ‘jiwa’, tapi dalam haba melampau ia boleh percepatkan dehidrasi. Kurangkan pengambilan kafein & air gas bergula.
Semak ramalan cuaca & indeks UV sebelum keluar rumah. Kalau perlu berada di luar, pilih tempat teduh & bawa air sentiasa.
Badan perlukan masa untuk ‘recover’ daripada stres haba. Pastikan:
Tidur 7–8 jam setiap malam
Bilik cukup pengudaraan
Elak skrin sebelum tidur
Cuaca panas boleh buat emosi jadi pendek. Lelaki maskulin kawal marah, bukan ikut marah. Ambil nafas, tarik balik, minum air. Cool bukan sekadar fizikal ia mindset.
Ingat bro, cuaca boleh berubah, tapi komitmen kepada diri sendiri tak patut goyah. Stay hydrated, stay cool, and always stay Maskulin.
Percaya atau tidak ,epal hijau yang nilainya tidak sampai berapa ringgit mampu menjadikan anda seperti model terkenal?Nak tahu macam mana epal hijau boleh menjadikan anda seperti model?
Ramai yang tahu kebaikan epal hijau bagi yang ingin kuruskan badan tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. Ini telah terbukti apabila seringkali kita mendengar nasihat dari doktor atau membaca papan tanda kesihatan yang menyarankan ‘an apple a day, keeps the doctor away’.
Epal secara amnya, terbahagi kepada 2 jenis iaitu epal hijau dan epal merah. Ramai yang mengesyorkan memakan epal hijau untuk mengurangkan berat badan. Persoalannya, apakah kandungan yang terdapat di dalam epal hijau yang membuatkan ramai orang menyarankan agar memakannya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing.
Epal hijau berwarna kehijau-hijauan dan mempunyai rasa sedikit masam dan adakalanya berperasa manis dan masin. Ia juga dikenali sebagai Granny Smith epal. Ramai yang mengatakan ia sesuai dijadikan makanan pilihan bagi orang yang sedang berdiet kerana ia kaya dengan nutrient tambahan serta mengandungi kalori yang rendah. Kalori bagi sebiji epal 154 g mempunyai lebih kurang 80 kalori. Ia merangkumi 4 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan iaitu 2000 – 1500 kalori.
Epal hijau juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan,jika makan sebiji epal yang berukuran sederhana 15 minit sebelum makan boleh mengawal nafsu makan yang tinggi.
JADI APA ITU DIET EPAL HIJAU?
[sociallocker id=156]
Kelebihan Epal Hijau
Epal hijau juga kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22 g per 154 g epal. Seperti yang kita tahu, karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman didalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sembelit atau sukar membuang air. Serat membantu membersihkan sistem badan dan meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, epal hijau mengandungi kalium yang membantu membuang air berlebihan dalam badan kerana ia mempunyai kesan diaretic.
Kaya dengan sumber mineral dan vitamin
Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan dan mengandungi Vitamin A, B dan C. Sumber ini membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu seseorang untuk mengekalkan kulit berseri dari dalam.
Kesimpulannya, epal hijau mengandungi serat yang tinggi, pelbagai jenis mineral dan vitamin dan buah yang berkalori rendah.. Walau bagaimanapun, epal hijau tidak mengandungi semua nutrien yang anda perlukan, jadi anda perlu memasukkan makanan berkhasiat yang lain dalam rancangan penurunan berat badan anda.
Jadi, bagaimana untuk turunkan berat badan 2kg seminggu dengan diet epal hijau ini? Jom lihat menu diet saya dengan epal hijau.
CARA DIET EPAL HIJAU
SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau
Lunch: Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam ) , Sup Sayur, Nasi (sikit je tau)
10 malam sebelum tidu : Jus Epal Hijau
* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 1 @ 2kg seminggu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.