Gaya Hidup

Adakah Tabiat Makan Pedas Boleh Jejaskan Tahap Stamina dan Kecergasan Lelaki?

Share

Bagi ramai orang terutamanya lelaki di Malaysia, makan pedas bukan sekadar selera, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Bahkan ia adalah satu budaya yang diterapkan dalam menu harian kita.

Tak keterlaluan MASKULIN katakan ada yang tak lalu makan kalau sambal tak cukup padu. Ada yang sanggup berpeluh satu badan demi rasa puas.

Tapi bila masuk fasa jaga badan, masuk gym atau mula serius dengan larian, satu soalan mula timbul. Adakah makan pedas boleh jejaskan stamina dan kecergasan lelaki?

Jawapan secara permukaan, dia bergantung pada situasi. Pedas boleh jadi kawan, boleh juga jadi musuh.

1. Pedas bukan punca stamina jatuh, tapi timing itu yang menentukan

Secara asasnya, makanan pedas tidak terus merosakkan stamina. Tapi kalau waktu anda makan pedas terlalu dekat dengan sesi workout

atau larian, risiko besar ialah gangguan perut, bukan masalah tenaga.

Dalam dunia endurance, masalah gastrointestinal distress seperti kembung, memulas, cirit atau loya memang antara punca utama prestasi drop. Isu ini juga biasa berlaku dalam kalangan atlet endurance dan boleh memberi kesan negatif kepada prestasi.

Maksudnya di sini, kalau perut anda meragam masa tengah lari, stamina tak sempat keluar pun. Mulalah kalut nak cari toilet!

2. Capsaicin boleh bantu prestasi, tapi bukan melalui makan sambal banyak

Komponen utama yang buat cili pedas ialah capsaicin. Menariknya, ada kajian mendapati capsaicin boleh memberi kesan ergogenic, iaitu potensi membantu prestasi untuk sesetengah bentuk senaman.

Meta analysis dalam jurnal Nutrients mendapati capsaicin dan capsiate berpotensi memberi kesan positif terhadap muscular endurance.

Dalam bahasa mudah, anda mungkin boleh buat lebih banyak reps atau tahan lebih lama dalam kerja otot tertentu. Tetapi ini biasanya melibatkan dos yang dikawal dalam kajian, bukan semata-mata makan pedas kaw-kaw.

3. Ada bukti capsaicin boleh bantu endurance, tapi kesannya kecil

Terdapat juga kajian lain menunjukkan supplementation capsaicinoid boleh memberi peningkatan kecil terhadap time to exhaustion dan prestasi resistance.

Namun ia bukan lesen untuk claim makan pedas confirm laju. Ia lebih kepada kelebihan kecil dan bergantung kepada individu.

4. Risiko utama untuk lelaki aktif ialah gastrik, acid reflux dan perut meragam

Kalau anda jenis ada gastrik, acid reflux atau perut sensitif, pedas boleh jadi punca simptom makin teruk. Ini akan ganggu latihan sebab anda cepat rasa tak selesa, cepat penat dan hilang fokus.

Stamina lelaki bukan sekadar paru-paru dan kaki. Perut pun main peranan besar dalam kecergasan keseluruhan.

5. Pedas boleh buat anda berpeluh lebih, tapi itu bukan bakar lemak

Ramai salah faham bila makan pedas dan berpeluh, terus ingat badan tengah membakar lemak . Sebenarnya itu reaksi badan terhadap capsaicin, termasuk rasa panas dan peluh.

Ada kajian menunjukkan capsaicin boleh meningkatkan energy expenditure dan fat oxidation, tetapi kesan sebenar dalam hidup harian bergantung pada keseluruhan diet dan kalori.

6. Untuk performance, pedas lebih selamat kalau anda ambil jauh sebelum workout

Kalau anda memang kaki pedas, cara paling mantap ialah menjarakkan waktu anda makan pedas dengan waktu training atau running.

Elakkan pedas 24 hingga 48 jam sebelum race penting dan test dulu masa latihan, jangan eksperimen masa event

.

Ramai jurulatih endurance turut berpendapat dan menyarankan untuk anda elak makanan pedas sebelum perlumbaan kerana risiko gangguan perut.

BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?

Kenal Badan Sendiri

Makan pedas tak semestinya jatuhkan stamina. Tapi kalau timing salah atau perut anda sensitif, ia boleh merosakkan performance dengan cepat.

Dalam masa sama, capsaicin ada potensi membantu dari segi endurance dan muscular endurance, cuma kesannya kecil dan bukan semua orang akan rasa.

Jika anda lelaki aktif yang serius dengan kecergasan, strategi paling bijak ialah kenal badan sendiri, kawal timing, dan jangan biar selera sabotaj prestasi anda.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim