MAKAN SECARA SIHAT PENTING UNTUK MENGHINDARI BEBERAPA MASALAH KESIHATAN YANG BIASA BERLAKU PADA BULAN PUASA SEPERTI SEMBELIT, MAKANAN TIDAK HADAM, KEMBUNG PERUT, PEDIH ULU HATI DAN KANDUNGAN GULA RENDAH DALAM DARAH.
IA JUGA PENTING UNTUK MEMBOLEHKAN SESEORANG ITU BERPUASA DENGAN SELESA DI SAMPING MENDAPAT FADILAT RAMADAN. JUSTERU, MAKANLAH SECARA SEDERHANA DAN PASTIKAN PENGAMBILAN HIDANGAN SEIMBANG UNTUK KEKAL SIHAT PADA BULAN PUASA.
Walaupun berpuasa, kita perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis hidangan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia.
1.PILIH MAKANAN RINGAN DAHULU
Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh. Makanan yang diambil mestilah mengandungi kumpulan makanan berikut:
– Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin
– Buah dan sayur
– Ikan, ayam, daging dan kekacang
– Susu dan produk tenusu
– Sedikit minyak, lemak, gula dan garam
Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.
Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Justeru, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.
2.AMBIL KURMA DAHULU
Ads
Mengikut sunah Rasulullah SAW, kita digalakkan mengambil tiga biji kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan saja kaya dengan tenaga, tetapi mengandungi serat, vitamin dan mineral.
Ini diikuti dengan separuh cawan jus buah-buahan. Selepas itu, bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta satu atau dua keping roti.
Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula rendah dalam darah kepada paras normal. Namun, hadkan pengambilan makanan manis seperti kuih, kek dan air manis sewaktu berbuka puasa.
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun pada bulan puasa.
3.MAKAN SELEPAS TARAWIH
Makan malam yang lebih berat digalakkan sebaik saja selesai mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah satu setengah cawan nasi putih, seketul ikan atau ayam dan secawan sayur campur.
Jika boleh, elakkan makanan berminyak dan bersantan. Ambil buah serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh diambil jika perlu.
Ads
Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut, satu atau dua ketul kuih dan segelas susu.
4.MINUM AIR MASAK BANYAK SEMASA BERBUKA
Lebihkan pengambilan air kosong. Pengambilan makanan berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
Sembelit pada bulan puasa adalah masalah yang mungkin boleh berlaku disebabkan kita kurang minum air dan makanan berserat serta banyak makan makanan diproses.
Sekiranya mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah serta sayur. Pastikan ambil enam hingga lapan gelas air, tiga hidangan sayur dan setengah cawan sayur serta dua biji buah sehari.
Pengambilan air juga boleh diambil dalam bentuk jus buah atau sup sayur. Untuk mengelakkan kehilangan air dari dalam badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan untuk membantu melancarkan sistem penghadaman.
Pengambilan air mencukupi
Ads
Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil enam hingga lapan gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit.
Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun, kita boleh mengambil air dalam bentuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan. Ketika berbuka puasa, digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana ia lebih terjamin kebersihannya.
Selain minum air, kita juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah. Berikut beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan pengambilan air:
– Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuk jus buah ataupun susu rendah lemak.
– Minum dua hingga tiga gelas air sebelum tidur.
– Minum dua gelas air sewaktu bersahur.
BERIKUT BEBERAPA PANDUAN UNTUK ANDA KEKAL CERGAS PADA BULAN PUASA
– Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
– Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal ialah setengah jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
– Minum banyak air terutama air kosong untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
– Elakkan mengambil minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat makanan oleh badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kolaborasi di antara Under Armour dan seniman jalanan Indonesia, Darbotz telah melahirkan koleksi kapsul yang menarik, ‘Into the Wild’. Menurut Under Armour Malaysia, koleksi ini direka bagi merevolusikan pakaian pelari.
Menariknya, koleksi ini merupakan gabungan unik antara seni dan prestasi atletik, menampilkan rangkaian pakaian dan kasut.
Darbotz merupakan nama cukup besar dalam seni jalanan Indonesia, terkenal dengan karya grafiti yang ditandai dengan penggunaan warna yang menarik di tengah-tengah kontras hitam dan putih.
Karyanya, sering dihiasi dengan motif raksasa yang memikat dan garisan yang berani dan khas, memiliki gaya yang segera dikenali.
Sentuhan artistik ini kini digabungkan dengan teknologi tekstil canggih Under Armour, menjadikan koleksi ‘Into the Wild’ sebagai penghormatan kepada landskap bandar – hutan konkrit di mana gaya bertemu dengan ketahanan.
GABUNGAN ARTISTIK & TEKNOLOGI LARIAN
MASKULIN sendiri sempat mencuba sendiri melakukan larian menggunakan koleksi ini dari bajui, seluar dan juga kasut.
Ciri paling menonjol koleksi pakaian larian dari koleksi ini ialah teknologi ‘Iso-Chill’ dari Under Armour.
Secara ringkasnya, teknologi ini melibatkan serat nilon berbentuk pita yang terletak rata di atas kulit. Secara menakjubkan, serat ini menjadi sejuk seperti ais bila bersentuhan dengan peluh, menawarkan kesan penyejukan yang unik.
Secara tidak langsung ketika melakukan aktiviti larian kita dapat kekalkan suhu badan selesa. Bahkan semasa aktiviti paling berat pun ia tetap selesa dipakai.
Selain itu, kain Iso-Chill memastikan kebolehnapasan dan ventilasi maksimum menjadikan pergerakan tidak terhalang dan mengurangkan penumpukan peluh.
Gabungan visi artistik Darbotz dengan kepakaran teknologi Under Armour menawarkan perspektif baru dalam pakaian atletik.
Bukan sahaja koleksi ‘Into the Wild’ menonjol kerana daya tarikan estetikanya, tetapi juga menetapkan standard baru dalam pakaian kecergasan fungsional, yang sempurna disesuaikan untuk keperluan pelari moden yang menavigasi landskap bandar.
KASUT LARIAN UA HOVR MACHINA 3 Breeze
Kasut larian Under Armour (UA) HOVR Machina 3 Breeze merupakan kasut larian menggabungkan teknologi canggih dengan keselesaan dan prestasi yang unggul. Salah satu aspek paling revolusioner dari kasut ini ialah kebolehannya untuk berhubung dengan UA MapMyRun™.
Ciri ini mengubah kasut dari sekadar peralatan fizikal menjadi pembantu larian yang lengkap.
Apabila disambungkan dengan aplikasi, kasut ini menyediakan maklum balas dan analitik masa nyata, membolehkan pelari memantau prestasi mereka dengan rapat.
Pendekatan berasaskan data ini membantu dalam mengenal pasti kawasan penambahbaikan, menyesuaikan bentuk larian, dan pada akhirnya meningkatkan prestasi keseluruhan.
UA HOVR™ Machina 3 Breeze menampilkan bahagian atas teknikal 3D memastikan kesesuaian ringan sambil memaksimumkan pengudaraan pada bahagian kaki. Pilihan reka bentuk ini sangat penting untuk pelari jarak jauh kerana ia memberikan keselesaan.
KESELESAAN DAN KESTABILAN
MASKULIN melakukan larian sejauh 10 kilometer pun rasa sangat selesa dan membantu kualiti larian.
Ketidakhadiran sokongan atau jahitan yang strategik adalah ciri yang lain yang direka letak dengan baik, mengurangkan risiko geseran dan ketidakselesaan semasa penggunaan yang berpanjangan.
Ia juga hadir dengan reka bentuk tumit aerodinamik berserta dengan lapisan luar TPU, menyediakan sokongan tambahan terutamanya memberikan kestabilan semasa langkah mereka.
Manakala insole EVA pula adalah ciri yang menawarkan keseimbangan keselesaan, ketahanan dan sokongan yang sangat lembut. Ini semua hadir berteraskan teknologi UA HOVR™ dengan keupayaannya menyerap kejutan.
Ia mengoptimumkan pengembalian tenaga dan membantu dalam mendorong pelari ke hadapan. Teknologi ini bukan hanya tentang keselesaan; ia tentang meningkatkan prestasi dengan mengurangkan tenaga yang hilang dalam setiap langkah, dengan itu meningkatkan kecekapan.
Ketahanan adalah faktor kritikal untuk kasut lari, dan UA HOVR™ Machina 3 Breeze mengatasinya dengan tapak getah ber-groove.
Pilihan reka bentuk ini memastikan lonjakan dalam kawasan yang sering digunakan, menjadikan kasut ini pelaburan yang berbaloi untuk pelari tetap. Tambahan pula, tapak termasuk zon fleksibel, menggalakkan pergerakan semula jadi dan kebolehadaptasian pada pelbagai permukaan larian.
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi ini anda boleh layari laman sesawang Under Armour Malaysia di sini.
Rating MASKULIN – 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki hari ini kelihatan sihat, cergas dan sentiasa on-the-go, tapi hakikatnya masih ramai yang senyap-senyap bergelut dengan masalah sakit pinggang.
Sama ada anda bekerja di pejabat, pemandu yang selalu atas jalan raya, atau sering buat kerja fizikal, tekanan ke atas bahagian pinggang adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan.
Kalau dibiarkan, ia bukan saja mengganggu pergerakan harian, malah boleh jejaskan prestasi kerja dan kualiti hidup.
Kenapa Lelaki Selalu Kena Sakit Pinggang?
Lelaki biasanya kurang ambil peduli tentang postur badan dan penjagaan fizikal, terutamanya bila dah terlalu fokus pada kerja atau aktiviti harian.
Duduk terlalu lama tanpa rehat, angkat barang berat dengan teknik salah, dan kurang bersenam boleh menyebabkan otot belakang dan pinggul jadi tegang, lemah dan mudah cedera.
Tambah pula gaya hidup sedentari yang makin biasa sekarang sakit pinggang jadi satu masalah yang hampir “normal”.
Regangan Ringan, Solusi Tanpa Ubat
Berita baiknya, tak perlu tunggu sampai sakit teruk baru bertindak. Senaman regangan ringan boleh bantu legakan kesakitan, kuatkan otot sokongan dan cegah masalah jadi lebih serius.
Ia mudah, boleh buat kat rumah atau pejabat, dan tak perlukan peralatan khas pun.
Antara regangan yang disarankan:
Knee-to-Chest Stretch: Baring, tarik satu lutut ke dada, tahan 10–15 saat.
Cat-Cow Stretch: Dalam posisi merangkak, lengkung dan tundukkan tulang belakang perlahan-lahan.
Pelvic Tilt: Baring dengan lutut dibengkokkan, tekan belakang ke lantai sambil kemut otot perut.
Rutin Mudah Tapi Berkesan
Lakukan setiap gerakan sebanyak 5 hingga 10 kali sehari, dan pastikan setiap posisi ditahan dalam 10 hingga 15 saat.
Ambil masa, jangan buat tergesa-gesa. Pernafasan pun penting tarik dan hembus nafas perlahan semasa regangan.
Dalam beberapa hari, anda mungkin akan rasa perubahan pada tubuh, lebih ringan, lebih fleksibel.
Semua ini boleh dibuat di mana-mana. Tak perlu gym, tak perlu beli alatan mahal.
Cuma luangkan masa 5–10 minit sehari untuk badan anda sendiri.
Kalau anda jenis lelaki yang suka perform di tempat kerja, aktif dengan hobi atau nak kekal sihat untuk keluarga ini langkah paling basic tapi powerful untuk pastikan pinggang anda kekal kuat.
Sakit pinggang bukan masalah kecil, tapi ia ada penyelesaian yang sangat mudah.
Jangan tunggu badan bagi isyarat kecemasan baru nak berubah. Mulakan dengan regangan ringan setiap hari bukan sahaja untuk keselesaan, tapi untuk masa depan yang lebih cergas dan bebas dari kesakitan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang – kala bila kita berada di kawasan banyak nyamuk anda sering menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain. Ada yang menggelar mereka ini ‘darah manis’. Tapi, betulkah istilah itu wujud dari segi sains? Mengapa sesetengah orang lebih sensitif dan ‘disukai’ oleh nyamuk? Mari kita tengok apa yang ditemui oleh kajian-kajian pakar saintis tentangnya. Ramai tak sangka.
1. DARAH JENIS ‘O’
Nyamuk memang menghisap darah untuk menghasilkan protein daripadanya. Persoalannya, adakah sesetengah jenis darah lebih ‘menyelerakan’ berbanding darah lain? Ya. Menurut laman web sains Smithsonian.com, mereka yang memiliki darah jenis O adalah 2 kali ganda lebih menarik perhatian berbanding darah jenis A, iaitu kumpulan darah yang paling kurang diminati oleh nyamuk.
Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.
2. BERBADAN GEMPAL
Salah satu cara nyamuk mengesan mangsa mereka adalah dengan cara menghidu karbon dioksida yang dihembuskan oleh manusia.
Umumnya, mereka yang berbadan besar biasanya akan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, lebih mudahlah nyamuk mengesan mangsa ini.
3. AHLI SUKAN
Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan yang lebih tinggi serta kandungan asid laktik, ammonia, dan asid urik yang biasanya didapati daripada peluh.
Walaupun atlet, ahli sukan, atau mereka yang aktif bergerak secara fizikal mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi – yang juga diminati oleh nyamuk, faktor genetik juga memainkan peranan dalam bahan semulajadi yang terkandung pada badan.
4. WANITA MENGANDUNG
Dalam beberapa kajian seperti yang dilaporkan oleh Science Direct, wanita mengandung adalah 2 kali ganda lebih kerap digigit oleh nyamuk.
Saintis mempercayai bahawa ini adalah kerana wanita mengandung mempunyai suhu badan yang lebih tinggi dan melepaskan lebih banyak gas karbon dioksida.
Hal ini menyebabkan wanita mengandung sangat berisiko terhadap Virus Zika yang telah dikesan di negara kita.
5. KOMPOSISI MIKROB PADA KULIT
Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.
6. BERPAKAIAN GELAP
Selalu kita dengar tips halau nyamuk adalah dengan mengenakan pakaian berwarna cerah. Tapi kenapa?
Ini kerana warna gelap menyerap haba, manakala warna cerah memantulkan haba.
Maka, nyamuk yang mempunyai deria suhu yang sangat sensitif ini lebih tertarik pada haba yang terdapat pada warna gelap. Selain itu, sains juga menguatkan dakwaan ini di atas fakta bahawa deria penglihatan mereka lebih tajam dalam keadaan gelap.
SUMBER : Sehinggit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.