Makan ala ‘Shell Out’ Di Ombak Kitchen, Murah & Berbaloi Habis!

Share

Makanan seafood spread sering dianggap mahal dan adakalanya agak tidak munasabah, lagi pula apabila bahan yang diambil bertaraf premium dan segar.

Inilah yang disajikan di Ombak kitchen, walaupun berkonsepkan makanan laut, tetapi mereka tidak pernah gagal memikat hati pelangannya.

Dekorasi yang mengabungkan hitam dan biru, dilengkapi dengan perhiasan seperti gambar makanan laut, kayu pendayung sampan, pelampung dan jala ikan cukup membawa maksud dengan tema nautika.

Pelbagai sos yang dihidangkan, antara sos paling popular adalah Signature Ombak Crazy Cajun Sauce di mana makanan seafood akan disajikan dengan perapan rempah ratus dan sesuai buat si pencinta pedas. Manakala Creamy Butter Milk Sause pula sesuai untuk individu yang sukakan rasa berlemak.

Malah, Ombak Kitchen juga menyediakan sos seperti Cheesy Zesty Lemon, Creamy TomYam, Peranakan Seri Nyonya dan Apple Cilantro Sauce.

Untuk sesiapa yang hadir, mereka akan disajikan dengan 8 jenis combo, bermula dengan THE PRINCE dari harga RM 199.00 untuk dua orang makan sehingga The Premium Selection yang mensajikan Lobster Canadian seberat 1200g, Snow Crab Alantic Ocean 500g, seekor Rock Lobster seberat 400g dengan harga RM599.90 untuk 5 orang makan dan complementary Ombak Signature Rainbow Dessert.

Tak nak cakap banyak, anda lihat sahaja menu yang sempat kami ambil ini…

Pengurus Pemasaran Ombak Kitchen Nurul Fakri Arshad (di tengah) bersama pekerja di Ombak Kitchen Bangsar

Ombak kitchen mempunyai cawangan di Bukit Jelutung dan dibuka pada jam 5 petang sehingga 11 malam, manakala di Bangsar pula pada jam 12 tengah hari sehingga 10.30 malam setiap hari.

IKLAN