Makanan Ini Boleh Buat Tenaga Anda Macam 20 Tahun Walaupun Usia Anda Dah 40 Tahun

Share

 

Bila dah berumur 40 tahun ke atas ni, setiap manusia mengalami masalah tubuh badan yang kurang baik. Ada yang menyatakan bahawa menjadi 40 tahun ke atas menjadikan badan anda kurang bertenaga dan sentiasa lemah sepanjang hari. Jika anda mengalami masalah seperti ini, ada beberapa makanan yang anda boleh makan untuk meningkatkan metabolisme anda walaupun anda sudah hampir pertengahan umur.

 

 

Susu berasaskan tumbuhan

Jika perut anda sudah kelihatan seperti ikan buntal, maka tiba masanya untuk anda mengambil minuman yang berkhasiat.  Apabila badan tidak dapat mencerna makanan dengan baik, ia cenderung menyebabkan gas dan kembung, yang bertentangan dengan perut rata. Hindari makanan tenusu, dan anda mungkin akan melihatperubahan dalam masa terdekat.

 

 

Kimchi

Jangan pandang rendah pada makanan ruji Korea ini. Jika anda gemar telan makanan yang diproses, masalah penghadaman anda akan mula menunjukkan taring ketika anda berumur 40 tahun ke atas.  Hidangan seperti, kimchi, kefir, acar masam, kombucha, atau yogurt yang masam ini membantu untuk mengimbangi bakteria anda.

 

 

Raspberi

Bukan sahaja raspberi mengandungi fitokimia yang melawan kanser, yang boleh membantu anda bertahan dari kelaparan lebih lama selain melegakan sembelit. Jadi untuk anda yang sudah mengjangkau umur 40 tahun ke atas tu, ambil sedikit respberi ini sehari. Tubuh anda akan kekal bertenaga dan awek muda! Barulah ramai anak dara nak dekat!

 

 

Telur

Tak kiralah telur separuh masaka ke, telur mata ke, telur sememangnya memberi manfaat kepada lelaki tak kira dari kesihatan ataupun tenaga dalaman. Lemak yang sihat di dalam kuning boleh membantu anda berasa lebih lama dan mengatasi cepat lapar.

 

 

Bawang

Jika anda seorang yang ingin mendapatkan result cepat untuk kekal sado, apa kata anda cuba bawang! Bawang juga bagus untuk menghindari kanser. Menurut para penyelidik University of Guelph, bawang merah yang ditanam oleh Ontario boleh melawan kolon dan kanser payudara. Bawang mengaktifkan laluan untuk mematikan sel-sel kanser. Ia bertindak untuk membersihkan  sel-sel kanser dan menghalang sel-sel tersebut dari pertumbuhan.

IKLAN