Gaya Hidup

Malang Tidak Berbau, Berang Kerana Bunyi Bising Ketika Bersenam Lelaki Malaysia Ini Terima Padah!

Share

Gara-gara tidak puas hati kerana bunyi bising Ketika melakukan senaman, Seorang lelaki cedera parah kerana ditetak dengan parang oleh jiran sebelah rumahnya yang juga seorang pesara polis di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Difahamkan lelaki tersebut baru berusia 26 tahun dan megalami luka di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat tetakan parang oleh jirannya.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah telah mengesahkan kejadian itu dan berkata pesara polis itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani dengan membawa bersama parang yang digunakan semasa kejadian berkenaan.

“Suspek datang ke hadapan rumah mangsa sambil berteriak marah dan menuduh mangsa membuat bising. Mangsa ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu dengan bunyi agak bising akibat hempasan alat gim itu ke lantai

“Dia kemudian keluar rumah lalu berlaku pertengkaran dengan suspek. Mangsa dikatakan cuba menumbuk muka jirannya itu dan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, parang tersebut terkena pada tangan mangsa,” katanya.

Bagaimanapun mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri.

suspek telah ditangkap bersama sebilah parang panjang berukuran lebih kurang tiga kaki dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Jadi hati-hati guys kalau mahu bersenam, ingatlah orang keliling dan jiran tertangga juga ya.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN