Mungkin di antara ada merupakan pembaca dan pengikut setia MASKULIN sejak bertahun-tahun lamanya.
Dan pastinya anda kenal dengan nama Kim Rahim atau Shahir Rahim yang pernah menerajui jenama MASKULIN sebagai editor tidak berapa lama dahulu.
Perkongsiannya tentang perjalanan bagaimana dirinya melakukan transformasi luar biasa bukan sahaja memberikan inspirasi kepada kami selaku rakan sekantor, malah ia juga mendapat perhatian daripada orang luar.
Ikuti perkongsian perjalanan bagaimana dia menurunkan berat badan dengan salah satu daripadanya ialah meminum teh hijau sebelum tidur! Ikuti perkongsiannya di bawah!
Perkongsian ini saya tulis kerana semakin ramai yang gemar jalani kehidupan secara lebih sihat sejak kebelakangan ini. Memang benar, bila anda seorang yang bertubuh besar atau dalam bahasa lainnya ‘gemuk’ sedikit sebanyak meninggalkan kesan juga persepsi negatif sesetengah individu kepada diri anda. (Mungkin ini perasaan sensitif orang seperti kami sahaja yang pernah lalui fasa obesiti suatu masa dahulu)
Ini adalah di antara soalan yang sering ditanya kepada saya.
Kenapa nak kuruskan badan?
Dahulu saya mempunyai berat sekitar 113kg, kehidupan sebagai pelajar di semester akhir membuatkan saya terfikir untuk merubah. Lagi setahun saya mahu bekerja, tak kan saya perlu bawa sikap dan tabiat lama di alam pekerjaan nanti? Di situ saya mahukan transformasi dalam hidup, saya timbang berat saya di Mid Valley sewaktu berjalan-jalan, terkejut dan tidak sangka saya boleh seberat itu. Mana tidaknya saya boleh habiskan sekotak 24 biji donut Big Apple hanya seorang diri!
Ads
Mula berdiet?
Pada mulanya memang sangat susah nak berdiet, tipulah saya katakan saya tak pernah rasa berputus asa. Tetapi bila mengenangkan badan di fitting room sewaktu nak membeli baju, saya kembali bersemangat. Pada bulan pertama apa yang saya lakukan adalah dengan set gol untuk turun sebanyak 2 kg setiap bulan. Jika turun lebih dari itu lagilah saya gembira. Hanya dalam tempoh 4 bulan saya boleh turun hampir 8 kg.
Apa yang saya makan sewaktu berdiet adalah segala benda yang tidak berasaskan‘NASI’. Saya cuba elak mengambil karbohidrat itu selama hampir setahun.
Pagi : Saya ambil roti sebelum ke kuliah
Tengah hari : Saya makan lauk sahaja asalkan bukan yang bergoreng
Malam : Saya akan ambil makanan berunsur sup sahaja.
Ads
Sebelum tidur : Saya akan minum secawan teh hijau untuk penghadaman lebih lancar.
Cara motivasikan diri?
Mahu kurus, sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi untuk disiplin adalah satu tanggungjawab yang sangat sukar. Jadi anda perlu ada motivasi untuk bawa anda pergi jauh!
1.Cari siapa ikon yang anda suka dan mahu jadi sepertinya.
Ads
Saya juga teringin untuk memakai baju size M ketika itu, saya beli dan simpan di dalam almari. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat, alhamdulillah ia berhasil.
Jangan berdiet seorang diri, cari kawan dan bersaing dengan mereka.
Senaman
Obsesi ketika itu membuak-buak, sampai saya bersenam pagi dan petang pada mulanya. Tetapi apabila semakin sibuk dengan jadual kerja, saya akan meluangkan masa untuk bersenam setiap petang sekurangnya satu jam berjoging ataupun paling tidak 3 kali dalam seminggu. Jangan malas kerana ia akan menghilangkan momentum anda untuk terus kekal aktif.
Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang berdisiplin, tetapi sangat sukar untuk mengekalkannya. Tambahan bagi mereka yang mempunyai tahap metabolisme seperti saya, mudah gemuk, mudah turun, penjagaan pemakanan sangat dititikberatkan. Diharapkan perkongsian ini boleh memberi sedikit harapan dan ilmu buat pembaca majalah Maskulin!
Teruskan sokongan anda bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sindrom Nephrotic adalah gangguan buah pinggang bocor yang menyebabkan badan anda untuk mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing.
Sindrom Nephrotic biasanya disebabkan oleh kerosakan kepada kelompok di salur darah di dalam ginjal bahawa sisa penapis dan air yang berlebihan dari badan anda.
Sindrom Nephrotic menyebabkan bengkak (edema), terutamanya di kaki dan pergelangan kaki anda, dan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lain.
Rawatan untuk sindrom nefrotik termasuk merawat masalah asas yang menyebabkan ia dan mengambil ubat-ubatan.
Sindrom Nephrotic boleh meningkatkan risiko jangkitan dan darah beku.
Doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan dan perubahan diet untuk mengelakkan ini dan komplikasi lain sindrom nefrotik.
Oleh kerana protein dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan.
Inilah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.
5 TANDA-TANDA PENAPIS BUAH PINGGANG BOCOR
Badan lemah dan tak bermaya
Kencing berbuih
Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
Kembung, sakit perut & cirit birit
PUNCA BUAH PINGGANG BOCOR
Kanser
Penyakit seperti kencing manis & SLE
Gangguan genetik
Gangguan imun
Jangkitan seperti hepatitis
Kesan penggunaan dadah tertentu
KOMPLIKASI NEPHROTIC SINDROM
Dalam individu normal, protein turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah.
Bila terdapat kehilangan banyak protein, risiko pembekuan darah adalah tinggi.
Darah beku boleh menghalang pengaliran oksigen ke organ-organ dan mungkin boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.
Selain itu, sistem pertahanan badan juga menjadi lemah kerana kehilangan immunoglobulins, iaitu protein yang terlibat dalam pertahanan badan.
Akibatnya seseorang senang diserang penyakit berjangkit termasuk jangkitan paru-paru, jangkitan kulit, jangkitan dalam perut dan jangkitan dalam otak.
Komplikasi-komplikasi lain ialah:
Hypothyroidism. Keadaan di mana kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon tiriod yang mencukupi untuk keperluan badan.
Anemia. Kekurangan protein menjadikan sel darah merah lebih kecil ataupun tidak normal. Ini menjadikan oksigen yang diangkut ke seluruh badan tidak mencukupi.
Penyakit arteri koronari. Terjadi apabila darah beku menyumbat saluran yang membekalkan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi. Apabila terdapat darah beku, darah perlu dipam dengan tekanan yang tinggi untuk memastikan keperluan badan mencukupi.
Kegagalan buah pinggang. Apabila terlalu banyak protein bocor, buah pinggang boleh rosak secara tiba-tiba dan jika tidak ditangani, boleh menyebabkan kerosakan kekal yang memerlukan hemodialisis.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minum teh untuk diet. Ya, memang betul kerana ia membantu anda untuk kurus. Teh juga amat sinonim dengan masyarakat kita, ia selalu dihidangkan pada waktu pagi ataupun waktu petang. Ia dihasilkan daripada daun serta diketahui banyak memberi manfaat kepada tubuh badan selain dikenali sebagai minuman diet.
Lebih menarik lagi, teh juga mampu mengurangkan lemak pada perut sekaligus membantu diet seseorang. Berikut adalah 6 jenis teh yang anda boleh amalkan sebagai minuman seharian untuk menurunkan berat badan.
MASKULIN dah buat research untuk anda, tinggal nak gunapakai sahaja.
Ini antara teh yang amat popular serta mempunyai pelbagai khasiat. Kandungan catechin yang tinggi merupakan antioksidan semulajadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan memudahkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh hitam
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh oolong
Ini adalah teh tradisi Cina yang mempunyai aroma wangi. Ia mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan. Ia juga merangsang pembakaran lemak serta mempercepatkan metabolisme.
Teh rooibos
Ini pula teh herba yang berasal daripada Afrika Selatan. Ia terkenal dengan kemanisan tetapi rendah kalori serta mampuu menurunkan berat badan. Ia juga baik untuk kesihatan anda.
Teh matcha
Teh ini mampu membuang toksin yang ada dalam badan, membaiki sistem imun dan menghalang kenaikan berat badan.
Ia adalah jenis teh yang berasal dari keluarga Chinese Black Tea. Ia sangat efektif jika diminum selepas makan serta mengelakkan daripada lemak berkumpul. Ia juga teh yang mampu menenangkan peminumnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi, sekaligus mencipta kelasnya tersendiri.
Memetik laporan Sinar Harian, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang mesra dipanggil “Dek Wan” berjaya mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.
Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.
Foto: Mohamad Ridzuan.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.
Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.
Dalam pada itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.
Pingat emas menjadi milik atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924.
Pingat gangsa pula disambar oleh Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata.