Apabila ingin tampil dengan berpakaian formal, tali leher adalah salah satu aksesori yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Namun begitu, ramai lelaki yang beranggapan mengikat tali leher adalah sesuatu yang sangat leceh sedangkan caranya tidaklah susah mana pun.
Asalkan anda ingin belajar. Lainlah kalau ada isteri, boleh minta tolong isteri yang pakaikan tali leher tetapi kalau masih single.. simpan artikel ini dan mari mula belajar!
Cara ikat tali leher
Di bawah ini adalah 4 jenis ikatan atau simpulan tali leher yang popular serta mudah :
Ads
1. Four In Hand
2. Half Windsor
3. Windsor
Ads
4. Shell knot
Bagaimana? Sudah boleh ikat tetapi tali leher sekejap panjang, sekejap pendek? Untuk pengetahuan pembaca, anda akan kelihatan segak jika panjang tali leher itu ‘ngam-ngam’ berada pada paras kepala tali pinggang anda.
Ads
Tentukan panjang yang sesuai
Jika terlalu pendek, badan anda kelihatan seperti terlalu kecil dan ketat manakala jika terlalu panjang, anda mungkin kelihatan agak serabai.
Semoga perkongsian ini memberi anda manfaat dan selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengembara ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, namun ia juga boleh memberi cabaran kepada rutin penjagaan wajah anda.
Menurut perkongsian Dr Lim Ing Kien, atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky, seorang pakar kulit terkenal, penting untuk menyesuaikan rutin penjagaan wajah anda mengikut iklim dan cuaca destinasi yang anda kunjungi.
Berikut adalah beberapa nasihat dari Dr Ingky untuk memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa pengembaraan.
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap menyebabkan kulit kita mudah menghasilkan minyak berlebihan. Namun, jika anda mengembara ke negara yang mempunyai iklim berbeza, seperti negara bermusim sejuk, kulit anda mungkin lebih mudah mengalami kekeringan.
Oleh itu, penting untuk menukar rutin penjagaan wajah anda sesuai dengan keadaan cuaca di tempat yang anda lawati. Menurut Dr Ingky, negara bermusim sejuk lebih mudah mengeringkan kulit, maka penting untuk mencari produk penjagaan kulit yang memberikan lebih kelembapan.
Dr Ingky menasihatkan agar anda tidak perlu membeli produk penjagaan kulit yang mahal dan bersaiz besar semasa mengembara. Cukup sekadar beli produk yang biasa dan bersaiz kecil khusus untuk tempoh pengembaraan anda.
Produk bersaiz kecil ini sudah cukup untuk digunakan sepanjang tempoh pengembaraan dan memudahkan anda membawa dalam bagasi. Setelah kembali dari pengembaraan, anda boleh terus buangkan lebihan produk tersebut jika sudah habis dipakai.
Penyesuaian rutin penjagaan kulit penting untuk memastikan kulit anda bersesuaian dengan keadaan cuaca di tempat yang anda kunjungi dan mengelakkan sebarang kerosakan kulit.
Dr Ingky menekankan kepentingan untuk ambil tahu negara mana yang hendak dilawati dan apakah cuacanya pada waktu tersebut. Dengan pengetahuan ini, anda boleh mempersiapkan diri dengan produk penjagaan kulit yang sesuai.
Selain daripada menggunakan produk yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk melindungi kulit anda semasa mengembara:
Dengan mengikuti nasihat Dr Ingky, anda boleh memastikan kulit anda tetap sihat dan terlindung semasa mengembara ke luar negara. Penyesuaian rutin penjagaan wajah mengikut iklim dan cuaca adalah kunci utama untuk mengelakkan masalah kulit dan memastikan pengembaraan anda berjalan lancar tanpa sebarang kerisauan tentang keadaan kulit anda.
Menguruskan rambut panjang mungkin memerlukan usaha yang lebih berbanding rambut pendek. Jadi cara jaga rambut panjang memang berbeza dan memerlukan penjagaan yang betul.
Barulah penampilan anda jadi lebih menarik dan dapat elak ada masalah kelemumur dan lebih sihat.
Tidak dinafikan ramai sebenarya lelaki sedar bahawa berambut memerlukan dedikasi menjaga lebih teliti.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara jaga rambut panjang dengan cara mudah dan terbaik agar ia lebih sihat dan tak berbau.
Salah satu cara jaga rambut panjang yang paling asas ialah memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup. Ini salah satu cara jaga rambut panjang yang sangat baik!
Menggunakan sikat yang betul juga salah satu cara jaga rambut yang memainkan peranan sangat penting bagi memastikan ia sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang.
Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya.
Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Alamak! Umur muda lagi tapi rambut dah kerap gugur. Apabila berdepan dengan masalah rambut gugur, makin menipis dan mula bersepah di lantai sebelum usia tua, pasti ia perkara yang merisaukan.
Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak dan wajah nampak semakin berusia. Mana tidaknya, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak.
Menurut satu kajian yang dilakukan ke atas seholongan wanita, tiga daripada lima wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.
Secara tidak langsung dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementingkan masalah rambut gugur dan kepala botak.
Jadi bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda, atasi segera dengan 7 petua ini.
Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, mengatasi rambut gugur, meningkatkan proses pertumbuhan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Anda hanya perlu titiskan 4-5 titis minyak zaitun di kulit kepala setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun dapat menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, boleh mencuci rambut sehingga bersih.
Cara semula jadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
Air garam boleh menyebabkan liang-liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang daripada berlakunya keguguran rambut. Selepas syampu rambut, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut di dalam besen. Rendam rambut selama 3-5 minit. Urut kepala dengan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Petua elak rambut gugur ini ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang