Penglihatan mata sangatlah penting dalam kehidupan semua orang terutamanya pada zaman penuh mencabar ini. Malah pekerjaan paling sederhana tidak boleh diselesaikan apabila mata memiliki gangguan.
Tentunya dalam kehidupan pekerjaan sekarang, ketelitian dari penglihatan merupakan faktor yang teramat penting untuk diambilkira dalam menyelesaikan tugas. Untuk itu rawat dan jaga mata anda dengan 6 cara ini, seperti yang dilaporkan oleh Lifehack.org, Isnin (16/1/2017).
Rutin ke doktor mata
Rajin ke doktor mata untuk memeriksakan mata anda, akan mengurangi pelbagai risiko yang tidak diinginkan. Mata akan diperiksa mulai dari penangkapan cahaya, tekanan darah, hingga fokus pandangan mata. Dengan cara ini, mata akan tetap terjaga dan siap untuk bekerja seperti setiap harinya.
Pengambilan makanan sihat
Tidak diragukan lagi, mengambil pelbagai makanan sihat akan memberikan manfaat baik untuk tubuh, termasuk mata anda. Biasakan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A dan mineral yang penting untuk menjaga kemampuan mata. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan juga baik untuk diambil demi kesehatan mata.
Ads
Hindari mata kering saat bekerja
Faktanya banyak gangguan yang terjadi ketika mata kering. Selain kesalahan dari kelenjar mata, beberapa penyebab juga sering menjadi alasan mengapa mata sering kering, seperti keadaan lingkungan sekitar, penuaan, dan perubatan. Mata kering dapat menyebabkan pandangan tidak fokus dan sensitif dengan cahaya yang terang.
Rehatkan mata saat bekerja
Baik pekerjaan di dalam ruangan dan di luar ruangan, mata sebagai alat penglihatan harus sentiasa dijaga dengan merehatkannya. Memandang komputer terlalu lama juga dapat menyebabkan kelelahan pada mata anda. Keadaan lainnya yang dapat terjadi adalah pusing, mata kabur, dan tidak fokus.
Ads
Gunakan kacamata
Banyak pekerjaan yang menuntut keamanan mata. Dalam keadaan ini jangan segan-segan untuk menggunakan kacamata untuk menghindari berbagai hal yang boleh membahayakan mata anda. Sangat dicadangkan untuk membeli sebuah kacamata yang melindungi mata dari sinar UVA dan UVB.
Ads
Ikuti aturan saat menggunakan lensa kontak
Lensa kontak memberikan banyak kenyamanan jika dibandingkan dengan kacamata, namun lebih banyak perawatan yang harus dilakukan agar mata kekal sihat saat menggunakan lensa ini. Selalu patuhi aturan penggunaan lensa kontak sehingga terhindar dari risiko penyakit yang boleh ditimbulkan dari lensa.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cukuplah sekadar beberapa step mudah, at least boleh makan rendang dan ketupat tanpa ada sesalan. Jom bersenam!
Selain berjoging bersama-sama, antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah bermain badminton, tenis atau melakukan pergerakan senaman bersama-sama yang mampu mencipta keseronokan melaluinya.
SQUAT
Squats juga dikenali sebagai latihan kaki yang berfungsi menggalakkan pengaktifkan seluruh otot badan. Ia juga salah satu latihan terbaik, menggalakkan mobiliti dan keseimbangan serta membantu membakar lebih banyak lemak.
Sebagai salah satu cara yang paling cekap untuk membakar lebih banyak kalori secara berterusan dengan membangunkan lebih banyak otot.
Malah, apabila dilakukan dengan betul, squat membantu meningkatkan hormon testeron iaitu hormon pertumbuhan manusia di dalam badan yang penting untuk pertumbuhan otot dan juga meningkatkan jisim otot apabila anda menggunakan bahagian badan selain kaki anda.
STANDING TORSO ROTATION
Senaman ini dilakukan secara berpasangan iaitu menerusi latihan putaran tubuh yang boleh meningkatkan pergerakan membabitkan akhiran dan lanjutan atau membongkok ke hadapan dan ke belakang.
Manfaat latihan putaran tubuh termasuk mobiliti meningkat dan mengukuhkan obliques iaitu bahagian pinggang.
Obliques atau abdominals sampingan adalah penggerak utama semasa latihan putaran tubuh ini. Ia terdiri daripada dua lapisan otot, oblique dalaman dan luaran.
Oleh kerana berat badan tidak mencukupi untuk latihan putaran, anda memerlukan sumber rintangan, seperti bola perubatan, band rintangan atau mesin kabel. Tidak kira apa rintangan cuba rapatkan ke dada ketika melakukannya.
Latihan putaran batang ini juga harus menjadi sebahagian daripada rutin seharian. Jika dilakukan terlalu cepat, latihan putaran boleh menyebabkan haus pada tulang belakang. Anda harus menggunakan rintangan yang mencukupi, melakukan pergerakan dengan cara yang perlahan dan terkawal dan melengkapkan 10 hingga 15 ulangan.
Pastikan anda berputar lebih daripada 15 darjah ke kedua-dua belah kerana 10 hingga 15 darjah pertama memerlukan pengaktifan otot yang sangat sedikit.
LUNGES BERGILIR
Lunges, salah satu cara terbaik untuk menaikkan dan menguatkan otot badan. Lunges juga melatih otot teras termasuk abdominal, belakang dan pinggul.
Untuk meningkatkan pengaktifan otot haruslah memperbetulkkan postur badan, menambah putaran untuk lunges menggunakan tangan anda.
Putaran lunges haruslah dibuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, satu set 10-12 ulangan pada setiap senaman. Jika anda mempunyai lutut atau sakit belakang semasa latihan, berhenti serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada pengamal penjagaan kesihatan.
SIDE SKATERS
Side skaters kelihatan mudah, tetapi senaman ini mencabar otot bahagian bawah badan seperti med glute, hamstring dan paha. Wanita secara semula jadi mempunyai pusat graviti yang lebih rendah berbanding lelaki, menjadikannya lebih mudah untuk mengekalkan keseimbangan seperti latihan pliometrik.
Teknik skater yang berkesan adalah menjarakkan kaki belakang pada satu sudut sambil melompat ke tepi. Pastikan juga lutut anda bengkok dan kekal serendah mungkin untuk benar-benar rasa berkesan pada paha anda.
LEG RAISES
Leg raises membantu membina otot pada perut dan pinggul. Ia juga membantu memperbaiki postur dan mengurangkan ketegangan belakang yang lebih rendah dengan menambah sokongan kepada bahagian tengah badan.
Apabila kaki dinaikkan ia akan menimbulkan keletihan pada otot abdomen. Pengulangan latihan membantu untuk meningkatkan kekuatan perut. Leg raises lebih memberi kesan jika dilakukan secara terkawal dalam pergerakan turun kaki ke lantai.
PLANK BERSAMA BOLA
Dalam posisi tekan tubi, siku diletakkan ke lantai yang akan membabitkan penggunaan otot teras dan mengaktifkan stabiliti badan.
Penggunaan bola atau alatan lain sebagai pengantara dalam melakukan pergerakan tangan untuk mengukuhkan stabiliti otot teras. Ketidakseimbangan tangan kiri dan kanan dalam melakukan pergerakan akan menguatkan otot teras, tangan dan kaki untuk mengehadkan pergerakan badan. Selain itu, senaman ini mampu menguatkan otot belakang dan bahu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?
1. Kekerapan pembuangan air kencing
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.
4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Berasa sejuk sepanjang masa
Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Kerap berasa pening kepala
Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama menerusi Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.
Shell Malaysia Official Online Store ini akan memudahkan lagi pemilik kereta di seluruh Malaysia untuk mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen. Selain daripada memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna kerana membeli produk Shell Helix dari sumber rasmi yang terjamin kualitinya, pembelian di gedung dalam talian ini adalah begitu menyenangkan kerana harganya adalah termasuk penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Para pemilik kereta yang meyakini Shell Helix untuk memenuhi keperluan pelinciran enjin kereta mereka juga pastinya berasa senang bila mengetahui bahawaShell Malaysia Official Online Store menawarkan nilai yang hebat bagi pakej-pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di Lembah Klang dan Johor.
Pakej lengkap tersebut dari harga serendah RM103, merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma.
Sempena pelancaran ini, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.
Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untukmengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).
Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untukkereta mereka.
Pengarah Eksekutif Shell Lubricants – Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman berkata, Malaysia merupakan pasaran yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian menerusi sebuah saluran rasmi.
“Ini adalah satu lagi inisiatif daripada Shell, hari ini kami berbangga kerana menjadi syarikat minyak dan gas yang pertama di Malaysia yang mempunyai kehadiran rasmi di platform e-dagang yang ternama seperti Lazada Malaysia.
“Inisiatif ini akan membantu mengembangkan pasaran dan meluaskan jangkauan kami serta melengkapi jaringan perniagaan sedia ada di negara ini, yang telah terbina sejak 125 tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel menyatakan bahawa syarikat tersebut begitu teruja dengan penyertaan Shell, sebuah jenama global yang terkemuka, di platform e-dagangnya yang ternama di Malaysia.
“Kerjasama ini adalah sesuatu yang amat baik untuk Lazada dan Shell kerana ia mengutamakan pelanggan di mana mereka kini mempunyai akses yang tiada bandingannya kepada pelbagai rangkaian produk rasmi Shell Helix menerusi platform kami.
“Jenama seperti Shell memperakui kepentingan strategik e-dagang di Asia Tenggara dan kami ingin bekerjasama dengan Shell dalam mengembangkan kehadirannya dalam talian bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh rantau ini,” katanya.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.