Menjelang usia 30 tahun, ramai lelaki mungkin mula mempertimbangkan perubahan dalam gaya hidup dan diet mereka. Salah satu perubahan yang paling penting dan bermanfaat adalah meninggalkan tabiat pengambilan gula dari diet harian. Dalam artikel ini, Maskulin menyenaraikan mengapa penting bagi lelaki untuk melupakan gula sebelum mencapai usia 30 tahun.
Gula tambahan dalam diet boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Dengan melupakan gula dari diet sebelum usia 30, lelaki dapat mengurangkan risiko penyakit jantung yang serius pada masa hadapan. Ini adalah langkah proaktif untuk menjaga organ yang sangat penting dalam tubuh kita.
Lelaki mungkin menyedari bahawa penjagaan berat badan boleh menjadi lebih sulit di usia yang lebih matang. Meninggalkan gula membantu dalam mengawal berat badan secara lebih berkesan. Pengambilan gula berlebihan boleh menjadi punca utama berat badan berlebihan, dan dengan menghapuskannya dari diet, proses pengawalan berat badan akan menjadi lebih mudah.
Usia 30 tahun adalah masa yang kritikal untuk mengurangkan risiko diabetes. Gula berlebihan dalam diet berkait rapat dengan diabetes jenis 2. Dengan meninggalkan gula, lelaki boleh mengurangkan risiko penyakit ini yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka.
Kita semua ingin mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menghadapi cabaran hidup seharian. Gula dapat menyebabkan penurunan tahap tenaga selepas peningkatan singkat. Dengan melepaskan gula dari diet, lelaki dapat menikmati tenaga yang lebih stabil dan berterusan sepanjang hari.
Kulit yang sihat adalah aset berharga, terutama ketika penuaan mula menghampiri. Meninggalkan gula dapat membantu mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat dan penuaan kulit yang cepat. Kulit yang lebih cantik dan berseri adalah salah satu faedah besar.
Meninggalkan tabiat gula sebelum mencapai usia 30 adalah langkah bijak bagi setiap lelaki. Ini adalah pelaburan dalam kesihatan jangka panjang dan kualiti hidup yang lebih baik. Jika anda belum memulakan perjalanan ini, tiada masalah, selagi anda memulakannya secepat yang anda mampu.
Ads
Perubahan ini akan memberi pulangan yang besar, memberi anda kekuatan dan kesihatan untuk menghadapi segala cabaran yang datang dalam tahun yang mendatang. Jadi, mulakan perubahan anda hari ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan peminat bola sepak, jersi bukan lagi satu perkara asing dalam kehidupan mereka. Ia menjadi sebahagian daripada bentuk sokongan mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing.
Jersi bola sepak kini menjadi sebahagian daripada trend fesyen terkini apatah lagi hadir dengan rekaan, warna serta identiti unik tersendiri.
Jadi tak hairanlah bila kelab gergasi liga bola sepak Thailand, Buriram United berjaya meraih jutaan Ringgit daripada jualan jersi merah jambu mereka sebelum perlawanan Liga Thailand menentang PT Prachuap baru-baru ini.
29,444 helai jersi terjual dalam sehari pada harga THB740.
Buriram melancarkan jualan bagi jersi warna merah jambu mereka sebelum aksi menentang Prachuap dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 29,444 helai jersi pada hari pertama.
Pada jualan hari pertama, kelab yang diperkuatkan oleh pemain pertahanan Malaysia, Dion Cools itu berjaya meraih sebanyak RM2.78 Juta.
Ini bukan kali pertama Buriram United meraih jutaan Ringgit dari hasil jualan jersi dimana beberapa musim kebelakangan mereka juga berjaya melakukan perkara sama.
Pada awal musim 2023/2024, kelab itu meraih sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu.
Buriram menjual jersi pada harga RM98 dan berjaya menjual 45,000 helai pada hari pertama. Mereka menguruskan pengeluaran jersi sendiri tanpa bekerjasama dengan pengeluar luar, yang membolehkan mereka menawarkan harga yang berpatutan.
Mungkin kejayaan kelab Thailand ini patut dijadikan contoh oleh kelab Liga Malaysia untuk memperkukuhkan kewangan pasukan melalui pelan perniagaan yang mantap dalam penjualan tiket dan barangan rasmi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita kerap mendengar penyakit gila babi atau sawan babi yang lebih berkait rapat dengan kekejangan atau ‘tarik’ yang berulangan dengan penghidapnya menggigil sehingga memerlukan bantuan segera.
Namun, secara amnya tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya punca penyakit ini yang turut dikenali epilepsi dari segi istilah perubatan. Hakikatnya, penyakit ini berlaku hasil tindak balas masalah isyarat elektrik yang salah dalam otak. Atau ringkasnya, aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.
Masalah Neurologi
Penyakit ini menjejaskan kehidupan lebih 180,000 orang dalam setahun dan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya sejuta orang akan mengalami epilepsi seumur hidupnya.
Lebih membimbangkan, 2 juta kes baru dicatatkan setiap tahun yang membuktikan epilepsi adalah masalah universal dan antara masalah neurologi yang serius.
Bagaimanapun, bukan semua orang yang mengalami tarik atau kekejangan ini berhadapan dengan epilepsi. Ini kerana, ada kalanya, serangan sawan itu berlaku apabila pesakit berhadapan dengan masalah kekurangan air yang keterlaluan atau suhu badannya terlalu tinggi.
Punca Epilepsi
Namun, jika seseorang itu mengalami kekejangan dengan kerap tanpa sebab, ini mungkin gejala dia mengalami epilepsi. Malah epilepsi juga boleh disebabkan kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu.
Epilepsi ini juga boleh disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan.
Epilepsi boleh menjejaskan bahagian otak yang berlainan dan ia terjadi dalam pelbagai cara bergantung kepada sel otak yang terbabit.
Sesetengah kes kekejangan ini menjejaskan keseluruhan badan pesakit dan menyebabkan penyebaran aliran elektrikal ke seluruh otak dan keadaan dikenali sebagai ‘tonic-clonic‘.
Kekejangan
Ada juga masalah yang lebih tertumpu iaitu aliran elektrikal hanya menjejaskan bahagian kecil otak yang dikenali sebagai ‘kekejangan sebelah’ yang menyebabkan pesakit sedikit keliru atau gangguan pergerakan motor atau kedua-duanya sekali, tetapi tanpa disedari individu berkenaan. Namun, ada juga kes yang mana pesakit mengalaminya dalam keadaan sedar.
Segelintir pesakit pula mengalami kekejangan jenis sebelah sebelum merebak ke seluruh otak menjadi kekejangan jenis ‘tonic-clonic‘. Kekejangan ini pula boleh berlaku beberapa kali sehari atau sekali beberapa bulan.
Apa yang pesakit alami sama ada hilang sedar, perubahan dalam penglihatan atau rasa tidak selesa pada perut sebenarnya bergantung pada jenis epilepsi. Sesetengah pesakit mengalami keadaan seperti bermimpi, yang lain mungkin mengalami perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk. Sementara ada yang mengulang-ulang pergerakan seperti mengenyit mata.
Rawatan
Bagaimanapun, bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu. Namun, jika pembedahan diperlukan, alat khas bagi membantu mengesahkan aktiviti elektrik dalam otak manusia.
Otak mengandungi satu trilion sel berbeza dengan separuh daripada sel ini memiliki fungsi sel elektrik yang berlainan. Kuasa elektrik ini sangat kecil dan negatif, justeru alat khas digunakan bagi mengukur cas negatif berkenaan. Epilepsi datang daripada sel yang sakit dan umumnya ia terjadi pada bahagian otak tepi dan otak depan.
Magnetoencephalography (MEG)
Bagi pesakit epilepsi, kaedah magnetoencephalography atau MEG adalah teknik membantu mengesahkan antara sel yang sihat dan sel yang terjejas. MEG sebenarnya bukanlah keajaiban baru dunia perubatan. Ia sudah dikenali sejak 1968 tetapi di Malaysia dan Asia Tenggara, MEG cuma ada di HUSM.
MEG adalah teknik ‘non-invasive‘ (tidak membabitkan pembedahan) bagi mengkaji epilepsi dan fungsi otak. Dalam kes epilepsi, MEG digunakan bagi mengenalpasti sumber ‘epileptiform‘ dalam aktiviti otak yang berkemungkinan besar adalah sumber kepada berlakunya ‘tarik’.
MEG memiliki keupayaan menentukan pemetaan otak bagi memastikan pembedahan dibuat dengan teliti tanpa kemudaratan. Malah dalam kes lain, ia mampu mengesan 80% kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum rawatan dibuat.
Kaedah ini juga menjadi cara baru merekod dan menganalisa fungsi otak dengan mengukur magnetik yang dihasilkan aktiviti elektrik dalam otak. Rakaman ini memberikan ukuran fungsi berterusan yang berlaku pada neuron dan boleh menunjukkan lokasi neuron yang tidak berfungsi.
Secara ringkas MEG adalah teknik yang membantu mengenal pasti sumber aktiviti elektrik dalam otak manusia menggunakan ukuran magnetik non-invasive dan tidak menyakitkan, tanpa jarum, selamat dan tidak membabitkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan. Malah, ia boleh dilakukan kepada kanak-kanak.
Teknik ini juga mampu mendiagnosis masalah angin ahmar, trauma pada otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang membabitkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi.
Sumber : Sihat Selalu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semua orang mempunyai goal mereka yang tersendiri. Ada diantara anda hanya mahu kurus dalam proses diet anda, ada juga antara anda yang sukakan bentuk badan berketul-ketul. Harus anda ingat, setiap senaman, setiap besi yang anda angkat itu, anda perlu tahu kepentingan dan cara yang betul. Pastikan minda anda terkawal dengan nafsu-nafsu makan dan bisikan-bisikan ‘give up’ anda tu. Jika anda berjaya harungi perkara ini, anda pasti akan mendapat tubuh badan yang sangat cun!
2.Dapatkan kelulusan
Walaupun anda bukan mahu menjadi personal trainer, tapi anda boleh mengambil sijil dalam bidang fitness. Ini kerana, anda hanya mendapat bantuan atau tunjuk ajar dari video, bahan bacaan dan pendapat orang sekeliling. Namun, anda masih lagi kurang faham tentang fitness yang sebenar. Bayangkan jika anda mempunyai kelulusan dalam bidang fitness? Anda bukan saja boleh mengajar orang lain, malah anda juga boleh membuat experiment terhadap diri anda untuk penambahbaikan. Bukan untuk orang lain, untuk kepuasan diri anda juga.
3.5×5
Apa yang 5×5 ni? Sentiasa beri diri anda 5 kali 5 dimana setiap kali anda bersenam, pastikan anda membuat 5 rap x 5 set. Sebagai contoh, anda melakukan deadlift, bench press atau squat, pilih berat anda dan lakukan 5×5 agar anda mendapat keputusan yang lumayan. Petang ni, pergi gym cuba!
4.Rakam detik-detik anda
Bawalah telefon pintar anda ketika sedang bermain besi di dalam gym. Rakam setiap detik anda mengangkat berat. Walaupun anda dapat melihat diri anda di cermin yang disediakan, tapi perasaan anda merakam itu sangat berbeza. Anda boleh tengok balik rakaman anda berulang kali, bandingkan setiap hari. Jika masih sama, dan tiada perubahan, tukar rutin harian anda. Tunjukkan kepada rakan-rakan anda, ataupun muat naik di laman sosial. Ambil terguran setiap komen. Sedikit sebanyak ia dapat membakar semangat anda untuk terus mara kehadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zeekr 7X menjadi pilihan rasmi Lee Chong Wei apabila beliau menyertai keluarga Zeekr Malaysia. Ketahui sebab model elektrik premium ini mencuri perhatian ikon sukan negara.