
Bagi penggemar filem antarabangsa di Malaysia salah sebuah festival yang cukup dinantikan pastinya Le French Film Festival 2022 yang kini kembali lagi. Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22).
Festival filem ini bakal bermula dari bulan Jun hingga Julai dengan mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, disamping memberikan pendedahan kepada budaya Perancis yang mempesonakan dan banyak lagi.
Selepas dua tahun menghilang LFFF22 ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
Kemunculan LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 Filem Perancis yang telah memenangi anugerah. Para penonton akan disajikan dengan filem-filem yang menyentuh hati sehingga mengundang air mata, selain adegan-adegan lucu sehingga membuatkan anda tertawa.
Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu “Le Petit Festival”, dimana kanak-kanak (dan juga orang dewasa!) boleh menikmati barisan filem yang menarik agar mereka tidak terkecuali dalam festival ini.
Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI, dimana 10 filem Perancis yang bertemakan “Bewitching Outsiders” akan dipilih untuk tayangan. Dari filem Nouvelle Vague ke pawagam kontemporari, penggemar filem serata Malaysia dapat menonton filem art-house Perancis dengan akses percubaan percuma selama 30 hari di MUBI!
Rakyat Malaysia juga boleh menantikan pelbagai acara lain yang melibatkan seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi dan banyak lagi. Antara program dan hiburan dari negara Perancis yang bakal ditampilkan sepanjang LFFF 2022 termasuklah:
Puan Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur berkongsi, “Malaysia dan Perancis telah sentiasa mempunyai hubungan baik dari segi budaya. Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan festival tahun ini dan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis kami”.
Di Pulau Pinang, LFFF akan turut dianjurkan bersempena George Town Festival, satu lagi acara kebudayaan utama di Malaysia. Puan Lasémillante, Pengarah Alliance Française Pulau Pinang berkata, “Selepas dua tahun menyepi, kami sangat gembira untuk meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya dengan semangat kami untuk terus membangunkan kerjasama dengan institusi budaya tempatan yang lain.”
Penggemar Festival boleh menantikan Le French Film Festival 2022 di bandar berdekatan pada tarikh-tarikh berikut:
Kuala Lumpur : 9 Jun – 26 Jun
Pulau Pinang : 30 Jun – 10 Julai
Johor Bahru : 7 Julai – 10 Julai
Kota Kinabalu : 14 Julai – 17 Julai
Bagi yang ingin menonton mana-mana filem dari LFFF22, anda boleh mendapatkan tiket wayang mulai Khamis 2 Jun melalui aplikasi GSC, https://www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy