Bagi penggemar filem antarabangsa di Malaysia salah sebuah festival yang cukup dinantikan pastinya Le French Film Festival 2022 yang kini kembali lagi. Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22).

Festival filem ini bakal bermula dari bulan Jun hingga Julai dengan mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, disamping memberikan pendedahan kepada budaya Perancis yang mempesonakan dan banyak lagi.

Selepas dua tahun menghilang LFFF22 ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Kemunculan LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 Filem Perancis yang telah memenangi anugerah. Para penonton akan disajikan dengan filem-filem yang menyentuh hati sehingga mengundang air mata, selain adegan-adegan lucu sehingga membuatkan anda tertawa.

Meraikan Kaya Seni Perancis Di ‘Le French Film Festival 2022’, Kembali Dengan Barisan Filem Terhebat
Encik Roland Galharague, Duta Besar Perancis ke Malaysia

Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu “Le Petit Festival”, dimana kanak-kanak (dan juga orang dewasa!) boleh menikmati barisan filem yang menarik agar mereka tidak terkecuali dalam festival ini.

IKLAN

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI, dimana 10 filem Perancis yang bertemakan “Bewitching Outsiders” akan dipilih untuk tayangan. Dari filem Nouvelle Vague ke pawagam kontemporari, penggemar filem serata Malaysia dapat menonton filem art-house Perancis dengan akses percubaan percuma selama 30 hari di MUBI!

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan pelbagai acara lain yang melibatkan seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi dan banyak lagi. Antara program dan hiburan dari negara Perancis yang bakal ditampilkan sepanjang LFFF 2022 termasuklah:

IKLAN
  • French Film Festival terbesar di Malaysia dengan 21 filem Perancis terkini yang memenangi anugerah (dengan sari kata Bahasa Inggeris), dengan penampilan filem bertajuk “Aline”, biopik lucu dan mencuit hati yang mengisahkan penyanyi terkenal dunia Céline Dion, hasil lakonan dan arahan pelakon Perancis, Valérie Lemercier
  • Program terbaharu yang direka khas untuk si kecil, Le Petit Festival
  • “Les Arts de la Table”, “Élans Radieux” dan “Le Corbusier” – tiga pameran eksklusif yang memberikan inspirasi, melalui hasil estetika luar biasa dan rekaan yang terbaik
    Bengkel dan acara berkaitan gastronomi
  • La Fête de la musique – program muzik sepanjang malam untuk semua citarasa dan penggemar muzik dalam suasana yang menyeronokkan
  • “Solstice Lunaire” – konsert luar biasa yang menyentuh pelbagai deria yang menghimpunkan tiga negara dan benua: Malaysia, Perancis dan Columbia
  • Persembahan Electro Acoustic Latin Jazzy House yang dibawakan oleh No Black Tie – dipersembahan oleh trio yang akan menghidupkan kembali old school jazz funk disco secara luar biasa

Meraikan Kaya Seni Perancis Di ‘Le French Film Festival 2022’, Kembali Dengan Barisan Filem Terhebat

Puan Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française Kuala Lumpur berkongsi, “Malaysia dan Perancis telah sentiasa mempunyai hubungan baik dari segi budaya. Kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan festival tahun ini dan memainkan peranan kami untuk menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis kami”.

IKLAN

Di Pulau Pinang, LFFF akan turut dianjurkan bersempena George Town Festival, satu lagi acara kebudayaan utama di Malaysia. Puan Lasémillante, Pengarah Alliance Française Pulau Pinang berkata, “Selepas dua tahun menyepi, kami sangat gembira untuk meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya dengan semangat kami untuk terus membangunkan kerjasama dengan institusi budaya tempatan yang lain.”

Penggemar Festival boleh menantikan Le French Film Festival 2022 di bandar berdekatan pada tarikh-tarikh berikut:
Kuala Lumpur : 9 Jun – 26 Jun
Pulau Pinang : 30 Jun – 10 Julai
Johor Bahru : 7 Julai – 10 Julai
Kota Kinabalu : 14 Julai – 17 Julai

Bagi yang ingin menonton mana-mana filem dari LFFF22, anda boleh mendapatkan tiket wayang mulai Khamis 2 Jun melalui aplikasi GSC, https://www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI