Tampil bak jet pejuang yang meluncur senyap. Penampilan serba elegan terbaru Mercedes-AMG GT dengan warna ‘hitam malap’ benar-benar menarik perhatian penggemar automotif.
Selepas memperkenalkan edisi ‘Black’ pada bulan Julai yang lalu, Mercedes-AMG kini menampilkan versi Stealth Edition. Ia juga merupakan edisi prestasi tinggi GT yang bukan sahaja lebih laju malah penampilannya yang lebih ‘sleek’ dan garang.
Mercedes-AMG GT Stealth Mode ini bakal ditampilkan dalam dua versi iaitu coupe dan convertible. Ia juga bakal menerajui model Mercedes-AMG GT bagi tahun 2021.
Ads
Edisi istimewa ini turut menampilkan kemasa dan juga ciri-ciri eksklusif. Antaranya dilengkapi Exterior Night Package di mana ia mengandungi gril radiator krom, lampu hadapan dengan tona warna hitam, calipers hitam dan juga rim hitam berukuran 19 dan 20 inci.
Ads
ELEGAN & TAHAN LASAK
Bahagian bumbungnya juga diperbuat daripada bahan tahan lasak dan ringan karbon fiber. Untuk bahagian dalamannya juga, ia turut tampil dengan beberapa toba warna hitam seperti hitam biasa, hitam metalik obsidian, kelabu selenite metalik dan kelabu graphite designo.
Ads
Manakala dari segi prestasinya ia boleh dikatakan menyamai model 2021 GT dengan kekuatan enjin hampir 523 kuasa kuda. Mercedes-AMG GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.7 saat.
Bagi anda yang mempunyai hobi mengumpul kenderaan miniatur menarik, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena pembukaan tahun baharu 2019, Boon Siew Honda Malaysia telah memperkenalkan tiga jenis keluaran motorsikal baharu yang berbeza namun kekal tampak bergaya.
Antaranya Super Cub C125 yang berharga RM13,999, CBR1000RR Fireblade SP (RM114,999) dan CB1000RS dengan harga RM75,999.
Dari tiga jenis keluaran ini, yang menjadi pilihan penulis sudah tentunya CB1100RS yang nampak sport dan retro berdasarkan era 70-an ditambah pula rekaan serta rupa bentuknya yang sangat seksi dan sungguh mengujakan.
Harga RM75,999
Walaupun harga bagi CB1100RS ini tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran adalah RM75,999 namun secara peribadinya, motorsikal jenis ini boleh dimasukkan dalam kategori motorsikal yang masih mampu milik (jika ada duit yang lebih).
Enjin 1,140 cc
Bercakap tentang design tubuh motorsikal ini, CB1100RS berjantungkan enjin sejukan udara 1,140 cc empat lejang DOHC yang menjana 88 hp (kuasa kuda) pada 7,500 rpm (had putaran enjin) dan 91 Nm (kilasan maksimum) pada 5,500 rpm.
Dua pilihan warna
CB1100RS menampilkan dua versi warna iaitu Darkness Black Metallic dan Matte Beta Silver Metallic.
Rekaan asas
Tangki minyak yang dihasilkan kelihatan sangat kemas kerana tiada kesan pateri dan SB1100RS dilengkapkan dengan meter bulat berkembar.
Dari pandang hadapan
Jika melihat motorsikal dari arah hadapan, lampu bulat LED ini jelas mempamerkan wajah retro yang muncul kembali pada zaman moden untuk memikat perhatian sesiapa yang terpandang.
Menyerap hentakan
Bagi casisnya, CB1100RS menggunakan geometri lebih tajam, dipadankan dengan suspensi Showa Dual Bending Valve (SDBV) di bahagian depan dan penyerap hentak berkembar Showa di belakang. Pada bahagian rodanya pula, CB1100RS dilengkapi dengan rim aluminium 17 inci serta angkup brek empat omboh lengkap dengan ABS.
Nak tahu spesifikasi dua lagi motorsikal terbaharu keluaran Honda untuk tahun 2019 ini? Like dan Follow FB Maskulin untuk lihat update kami dari semasa ke semasa. 🙂
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Faktor keselamatan merupakan antara ciri-ciri yang paling penting dalam sebuah kereta dan kenderaan yang digunakan di atas jalan raya.
Antara ciri keselamatan yang cukup signifikan ialah penggunaan beg udara. Umum mengetahu beg udara merupakan sebuah rekaan alat keselamatan yang berfungsi untuk mengelakkan berlakunya impak teruk ke atas pemandu dan juga penumpang apabila berlakunya kemalangan.
Apabila berlaku perlanggaran atau hentakan beg udara akan dilepaskan dalam masa yang sangat pantas.
Namun begitu terdapat beberapa jenis beg udara yang terdapat di beberapa model kereta masih belum disahkan selamat terutamanya di negara kita kerana beberapa isu keselamatan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Facebook mereka telah memuat naik dan menyenaraikan sebanyak 7 buah model kereta perlu dipanggil semula kerana ia melibatkan penggunaan beg udara Takata.
Malah, pihak JPJ menyeru kepada orang awam untuk memanjangkan pesanan mereka kepada saudara-mara dan rakan-rakan. Ini kerana dibimbangi mungkin ada pemilik kenderaan yang disenaraikan tidak tahu atau tidak menerima notis daripada pengeluar kerana mungkin membelinya dari sumber terpakai.
JPJ turut menyertakan beberapa pautan daripada setiap pengeluar yang menyatakan dengan terpinci tentang masalah yang dihadapi oleh beg udara dalam model kereta mereka.
Ikuti perkongsian daripada JPJ di bawah;
Adakah anda memiliki salah satu jenama model ini?
Anda digalakkan untuk memberitahu kepada orang tersayang atau sahabat jika memiliki jenama model ini. Dan anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis daripada pengeluar kenderaan (jenama) tersebut, kerana anda mungkin membeli kenderaan daripada sahabat atau pusat jualan kenderaan terpakai.
SEMAK SEGERA kenderaan anda di laman web berikut :
Bagi memudahkan segala soalan dan aduan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Guna #soalanJPJ Untuk pertanyaan dan #aduanJPJ Untuk menyalurkan aduan, melalui Media Sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook/ Twitter /Instagram) #JPJMalaysia
Jom ikuti media sosial rasmi JPJ untuk perkembangan terkini.
Masalah beg udara ini sebenarnya bukan sahaja di negara kita malah ia turut dilaporkan berlaku di beberapa negara lain. Panggilan semula untuk pemeriksaan di pusat servis ini bukanlah satu perkara yang asing kerana ia merupakan satu prosedur yang biasa.
Kredit: Jabatan Pengangkutan Jalan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nombor Plat Istimewa Siri ‘SIS’, mula dibida mulai 15 Ogos 2025 menerusi platform rasmi JPJ eBid. Siri ‘SIS’ ini bukan sekadar nombor pendaftaran biasa tapi ia membawa nilai sejarah, simbol prestij dan peluang eksklusif untuk pemilik kenderaan tampil berbeza di jalan raya.
Siri ‘SIS’ adalah singkatan kepada nama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-80 pada Disember ini. Ia juga menjadi simbol meraikan Jubli Perak pemerintahan Baginda yang memasuki tahun ke-25 pada tahun hadapan.
Bidaan akan bermula pada jam 12.00 tengah malam 15 Ogos dan berakhir pada 10.00 malam 19 Ogos 2025. Keputusan bidaan diumumkan pada 20 Ogos, dan semua proses dijalankan secara rasmi melalui Sistem JPJeBid tanpa penglibatan pihak ketiga.
Harga bidaan adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan JPJ. Seperti siri nombor istimewa lain, angka unik seperti ‘1’, ‘9’ atau ‘999’ dijangka menerima persaingan paling sengit.
Sebahagian hasil jualan nombor plat siri ‘SIS’ akan disalurkan kepada sebuah yayasan di bawah naungan Sultan Selangor. Yayasan ini berperanan menjalankan pelbagai inisiatif kebajikan termasuk pemberian biasiswa, bantuan kecemasan dan misi bantuan bencana alam.
Yayasan ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim, mantan Gabenor Bank Negara, dengan pengurusan yang telus dan profesional.
Bagi lelaki yang memahami seni eksklusiviti, nombor plat adalah simbol personaliti. Memiliki siri ‘SIS’ bukan sahaja memberi nilai prestij, tetapi juga menyumbang kepada tujuan yang mulia. Ia adalah gabungan gaya, sejarah, dan tanggungjawab sosial.
Tetapkan bajet & fokus pada nombor sasaran – Elak terjebak dalam perang bidaan yang terlalu tinggi.
Pantau bidaan di saat akhir – Strategi ‘last minute bid’ kadang-kadang menjadi kelebihan.
Fahami harga minimum JPJ – Pastikan tawaran anda sah dan tidak ditolak sistem.
📅 Ingat tarikh penting:
Bidaan dibuka: 15 Ogos 2025 (12.00 tengah malam)
Bidaan ditutup: 19 Ogos 2025 (10.00 malam)
Keputusan bidaan: 20 Ogos 2025
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.