Cara-cara Bakar Lemak Di Perut, Ini Senaman Yang Boleh Dilakukan

Share

Tak lengkap lah kalau diet tapi tak bersenam bukan? Dengan lakukan beberapa senaman ia dapat membuang segala lemak lebih pada tubuh. Malah akan menyegarkan anda.

Ini adalah beberapa senaman cara-cara bakar lemak perut dalam seminggu.

#1: Jumping Burpees

Buat posisi tangan di lantai dan luruskan badan seperti ada membuat plank, kemudian turun dan angkat badan lalu lompat kan badan anda, angkat tangan dan  temukan tapak tangan ke kiri dan kanan sehingga bunyik tepukan selama 15 kali dengan 3 set workout

. Burpees boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan jantung akan pump tidak kira masa.

#2: Bicycle Crunches

Baring lurus, angkat kaki dan bengkokkan kaki sehingga 90 darjah. Tangan di belakang kepala dan gerakan siku kiri bertemu dengan lutut kanan manakala kaki kiri pula perlu lurus. Kemudian, tukar posisi dengan temukan siku kanan bertemu dengan lutut kiri dan kaki kanan pula anda luruskan. Harus diingat siku anda perlu selari dengan peha dan anda perlu rasa tekanan diperut bukannya di tengkuk. Lakukan senaman ini 20 kali sebanyak 3 set.

#3: Side plank

Mengiring ke kiri atau kanan tahan dan angkat badan dengan menggunakan kuasa lengan. Luruskan tanggan dan imbang badan dengan baik. Kedudukan ini baik untuk perut, belakang,  glutes, core serta obliques  anda. Tahan selama 15 sehingga 60 minit lakukan sebanyak 3 kali dan ulangi pada bahagian satu lagi.

#4: Swimming

Lurukan tangan dan meniarap ke lantai, angkat kaki kanan dan tangan kiri serentak  selama beberapa saat dan ulangi dengan kaki kiri dan tangan kanan pula.

#5: Russian Twist

Kebelakangkan badan anda dan kaki perlu dibengokkan malah naikkan kaki sedikit ke atas. Pusingkan pinggang dan tangan anda ke kiri dan ke kanan. Untuk dapat tekakan yang lebih berkesan ambil bola dan pengang bola tersebut. Tahan selama 3 saat dan lakukan pergerakan ini sebanyak 12 kali dengan 3 set gerakan.

IKLAN