Monki Style Crush Buat Wanita Urban

Share

Model dan selebriti yang popular di Berlin kini tampil dengan koleksi terbaru Monki dengan mengetengahkan konsep bercirikan peribadi yang kuat dari personaliti yang bernama Yang Zhang atau lebih sinonim dengan panggilan Kicki.

Kepada anda yang tidak mengenali Kicki, dia merupakan anak kelahiran China yang telah berjaya menempah nama di persada peragaan di Berlin. Antara sebab wanita ini sesuai untuk dijadikan penghias koleksi terbaru Monki kerana ciri Kicki yang bersahaja dan trendy menjadikan koleksi ketiga style crush Monki lebih terserlah.

Antara look

yang diperagakan oleh Nicki adalah Streetwear dan suit klasik diberi nafas modern disesuaikan dengan konsep Monki yang lebih kepada longgar dan besar sejak ia diperkenalkan. Koleksi kali ini bukan saja menawarkan konsep pakaian ala kerja dan sukan, malah terdapat juga seluar dan blazer yang membuatkan anda mahu menjadikannya salah satu koleksi almari anda.

Monki mempunyai pelbagai pakaian dari atas hingga ke bawah termasuk jumpsuit. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Crush ini di mana-mana butik Monki dan Online bermula September 2018!

IKLAN