Ads

Muka Berjerawat & Tidak Rasa Lapar, Ini Antara 10 Tanda Anda Sedang Alami Fizikal Stres!

Gambar: pexels.com/

Menurut myHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.

Stres boleh dialami apabila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.

Jika anda fikir stres hanya menyerang orang dewasa, tanggapan anda silap kerana stres juga boleh dialami oleh kanak-kanak, golongan remaja dan warga emas.

Secara umumnya, tahap stres seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Ads

Begitu juga dengan tanda-tanda stres, ia juga tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain.

Jadi untuk mengenalpasti sama ada anda sedang mengalami fizikal stres, semak 10 tanda-tanda yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.

Ads

Jika ada tanda-tanda, tiba masanya untuk anda tenangkan diri dan berehat!

Ads
Muka Berjerawat & Tidak Rasa Lapar, Ini Antara 10 Tanda Anda Sedang Alami Fizikal Stres!
Gambar: pixabay.com/

Stress adalah cara tubuh anda untuk bertindak balas terhadap segala permintaan berlebihan atau ancaman. Tindak balas tubuh ini pada asalnya adalah untuk tujuan melindungi anda.

Stres Juga Ada Kebaikan

Pada permulaan, stress membantu anda untuk fokus, lebih bertenaga dan lebih alert. Contohnya semasa menghadapi peperiksaan, stress membantu untuk anda lebih belajar dengan lebih tekun.

Tetapi dalam keadaan yang berterusan, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda. Sekiranya stress berpanjangan, anda akan mula mengalami gejala gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tegang otot dan sakit pinggang.

Muka Berjerawat & Tidak Rasa Lapar, Ini Antara 10 Tanda Anda Sedang Alami Fizikal Stres!
Gambar: Facebook Public Health Malaysia

Sekiranya anda berada dalam keadaan stress dan mula alami gejala seperti ini, ia adalah tanda untuk anda mula berehat.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.