Naik Badan Secara Mendadak Ketika Lockdown, Lelaki Seberat 297kilogram Terpaksa Di Bawa Ke Hospital!

Share

Gara-gara arahan kerajaan lockdown dan tidak boleh keluar ke rumah untuk mengelakkan jangkitan Covid-19, seorang lelaki di Wuhan dilaporkan mempunyai masalah berat badan.

Lelaki bernama Zhou ini mengalami masalah berat badan sejak Januari yang lalu, dikatakan beratnya naik mendadak sebanyak 102 kilogram dalam tempoh 5 bulan.

Jika sebelum ini beratnya 195 kilorgam tetapi kali kini telah mencecah 297 kiogram, terpaksa di bawak ke hospital kerana jatuh sakit akibat berat badan meningkat secara mendadak.

Zhou yang sebelum ini bekerja di sebuah kafe internet dipercayai bergelut dengan masalah berat badan dan pernah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah itu.

Rakaman yang dikeluarkan Zhongnan Hospital of Wuhan University menunjukkan beberapa kakitangan perubatan memeriksa Zhou sejurus dia dimasukkan ke hospital pada 1 Jun lalu.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN