Nampak Sukar Untuk Diturutkan, Namun 4 Etika Fesyen Lelaki Diraja British Ini Wajib Dipatuhi

Share

Bergelar keluarga diraja, penampilan adalah satu kemestian. Terdapat beberapa perkara fesyen terutamanya kaum lelaki diraja British yang mesti dipatuhi terutamanya Duke of Cambridge, Putera William dan Duke of Sussex Putera Harry. Masa yang sama, anda pun boleh ikut cara fesyen lelaki diraja British.

Ini kerana apabila mereka tampil di khalayak ramai, rakyat tidak akan mencemuh mereka kerana berpenampilan tidak siap.

BACA: Lelaki Segak Wajib Ada 5 Jenis Kemeja Ini

Berikut adalah antara beberapa etika fesyen yang MASKULIN sempat kaji. Etika ini mereka mesti ikut agar penampilan sentiasa nampak elegan dan siap. Kadangkala kita sebagai rakyat biasa pun boleh ikut.

1. Seluar pendek hanya untuk raja muda

Jarang kita nampak kedua-dua putera raja British tampil di khalayak ramai dengan memakai seluar pendek. Ini kerana menurut Pakar Etiket British, William Hanson, Seluar panjang hanya untuk lelaki dewasa, dan seluar pendek untuk raja muda. Jadi kita selalu akan nampak Putera William dan adiknya Putera Charles memakai seluar panjang jenis khakis dan slack apabila tampil di khalayak ramai.

2. Denim tidak dilarang, tapi tak berapa sesuai

Pakaian jenis denim tidak dilarang dalam monarki British tetapi ia sangat tidak sesuai. Menurut Pakar Etiket yang ditemubual oleh BBC, apabila menghadiri majlis kasual, mereka akan mengenakan pakaian kemeja berbutang dan seluar khakis. Namun, mereka masih boleh mengenakan denim hanya ketika pergi keluar meluangkan masa untuk aktiviti persendirian.

3. Persalinan hitam kena sentiasa bawa

Apabila pergi ke luar negara, keluarga diraja ini pasti akan menyiapkan sepersalinan berwarna hitam. Ini sebagai persediaan jika ada ahli keluarga diraja yang meninggal, mereka boleh terus hadir ke majlis pengebumian tanpa balik ke kediaman untuk bersiap.

BACA: Selain Romantik & Mudah didekati, Lelaki Yang Gemar Stail Warna Pink Ada Keistimewaannya

4. Bulu di wajah kena jaga

Putera Harry pernah ‘ditangkap’ tidak merapikan bulu yang tumbuh di wajah. Ini ketika dia menghadiri Perbarisan Hari Peringatan yang melibatkan kehadiran pegawai dan anggota tentera. Walaupun dia sudah tidak lagi berkhidmat dalam Angkatan Tentera British, dia mesti menjaga penampilan terutamana di bahagian wajah.

IKLAN