Netizen Puji Tindakan Syed Saddiq Kutip Sampah Selepas Perlawanan Bola Sepak, Ini Baru Teladan Yang Baik!

Share

Jika sebelum ini dunia teruja dengan aksi penyokong Jepun yang telah menunjukkan contoh yang baik apabila melakukan tindakan terpuji dengan mengutip sampah yang ada di tempat duduk mereka selepas perlawanan berakhir.

Semalam pula Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil dengan menyarungkan jersi Harimau Malaya kuning berjalur hitam, Ahli Parlimen Muar itu dilihat mengutip sampah di stadium berkenaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Syed Saddiq membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu.

Teladan Yang Baik

Role Model

Menteri pun boleh kutip sampah selepas habis perlawanan bola sepak, jadi kenapa kita sebagai rakyat tidak boleh ikut teladan yang baik ini kan.

Moga Malaysia lebih bersih dan berfikiran seperti rakyat minda kelas pertama di mata dunia.

Caya lah Yb…

Sumber : Instagram berita Harian

IKLAN