
Kalau dulu orang datang event larian semata-mata nak test pace dan kumpul medal, sekarang trend dia makin berubah. Pelari moden lebih suka vibe komuniti, progres kecil yang konsisten, dan pengalaman yang buat mereka rasa kita sama-sama dalam ni. Itulah yang dibawa New Balance 1080v15 menerusi cabaran 1080 Collective Run.
Ia merupakan satu inisiatif yang mengajak komuniti pelari mengumpul jarak 1,080 kilometer secara kolektif, bermula dari sesi trial kasut sehinggalah ke larian sebenar sepanjang aktivasi di Kuala Lumpur.
Cabaran ini dilancarkan serentak dengan ketibaan kasut larian harian flagship jenama tersebut, New Balance 1080v15, yang kini diperkenalkan secara rasmi di Malaysia.
Berbeza dengan pelancaran biasa yang hanya menonjolkan produk, mereka memilih untuk menonjolkan pengalaman komuniti, dengan semua aktiviti berpusat di New Balance Run Hub KLCC.
Melalui 1080 Collective Run, pelari boleh menyumbang kilometer mereka secara bersama untuk mencapai sasaran 1,080KM.
Menariknya, penyertaan tidak memerlukan anda jadi pelari laju atau berpengalaman. Anda cuma perlu hadir, mencuba kasut 1080v15 di Run Hub, dan setiap wear test akan menyumbang jarak kepada jumlah keseluruhan cabaran.
Apabila sasaran 1,080KM berjaya dicapai, semua peserta yang menyumbang akan menerima Limited Edition 1080 Tee yang boleh ditebus di New Balance Run Hub KLCC.
Dari sudut vibe, ini bukan cabaran untuk menang seorang diri, ini cabaran untuk menang sebagai komuniti.
Dalam masa yang sama, New Balance 1080v15 diposisikan sebagai kasut yang menyokong rutin, bukan semata-mata mengejar kelajuan.
Ia sesuai untuk pelari yang mahu kekal konsisten, jaga mental, dan elakkan badan cepat burnout.
Model terbaharu ini hadir dengan teknologi midsole Infinion Foam yang direka untuk memberikan keseimbangan antara rasa lembut, sokongan dan ketahanan untuk mileage harian.
New Balance turut meningkatkan aspek breathability dan memperkemaskan rekaan kontur kasut untuk pengalaman yang lebih selesa semasa berlari.
Bermula 14 hingga 25 Januari 2026, New Balance menghidupkan pelancaran ini menerusi aktiviti interaktif di Run Hub KLCC serta beberapa lokasi larian utama di sekitar Kuala Lumpur.
Antara aktiviti utama ialah sesi percubaan kasut New Balance 1080v15. Setiap percubaan membantu menambah kilometer komuniti dalam 1080 Collective Run, menjadikan setiap langkah anda sebahagian daripada cerita bersama.
Dalam masa yang sama, New Balance turut memperkenalkan 30 Run Journal Redemption dan Customisation Workshop.
Pembeli New Balance 1080v15 di stor terpilih akan menerima 30 Run Journal, manakala pelari yang hadir ke Run Hub KLCC boleh singgah ke Journal Starter Station untuk mula mendokumentasi latihan, mood, dan progres mereka.
Untuk menjadikan pengalaman lebih fun, terdapat juga aktiviti bernama The 1080 Route. Peserta perlu melengkapkan beberapa checkpoint seperti footscan, trial kasut, dan berkongsi 1080 Run di media sosial.
Jika anda berjaya lengkapkan dua daripada tiga aktiviti, anda boleh menebus cookie. Bagi yang melengkapkan bonus checkpoint dengan membuat pembelian apa-apa jumlah, anda juga boleh menerima NB Towel Bag, tertakluk kepada stok.
Satu lagi bahagian yang menarik ialah instalasi Your Running Rituals. Ini ialah ruang reflektif di mana pelari boleh menulis ritual larian masing-masing dan tampal pada Ritual Wall.
Ada orang suka lari pagi sebelum kerja. Ada yang lari malam untuk buang stres. Ada yang wajib playlist tertentu.
Ada yang suka lari tanpa muzik. Semua itu ialah ritual — dan New Balance menjadikan ritual ini sebahagian daripada pengalaman komuniti.
BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?
Sepanjang tempoh aktivasi, New Balance turut mengadakan community runs yang terbuka untuk pelbagai tahap dan pace.
Ini menjadikan acara lebih mesra dan tidak eksklusif, sesuai untuk pelari baru yang mahu mula berlari secara konsisten. Semua ganjaran sepanjang aktivasi adalah tertakluk kepada stok dan terma syarat.
New Balance 1080v15 kini boleh didapati di semua stor New Balance seluruh negara serta secara dalam talian.
Harga runcit yang ditetapkan ialah RM829. Secara keseluruhan, 1080 Collective Run membawa satu mesej yang jelas iaitu dalam larian, yang paling penting bukan siapa paling laju, tapi siapa yang kekal konsisten dan terus bergerak bersama komuniti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.