
New Balance sekali lagi meraikan identiti paling ikonik jenama itu menerusi Grey Days 2026, sebuah kempen global tahunan yang kini dibawakan lebih dekat kepada komuniti tempatan menerusi pengalaman pop-up eksklusif di Kuala Lumpur.
Bertempat di The Paper, APW Bangsar dari 14 hingga 17 Mei 2026, ruang tersebut diubah menjadi ‘Grey Neighbourhood’, sebuah pengalaman interaktif yang menggabungkan elemen budaya bandar, komuniti kreatif, sneaker culture dan gaya hidup moden.
Bagi New Balance, warna kelabu bukan sekadar pilihan warna biasa. Ia merupakan simbol identiti jenama yang sudah wujud sejak era 1980-an.
Ini apabila New Balance memilih pendekatan berbeza ketika kebanyakan kasut larian pada waktu itu tampil dengan warna terang dan agresif.
Sebaliknya, New Balance memilih warna kelabu kerana sifatnya yang versatile, minimal dan dekat dengan suasana konkrit bandar moden. Hari ini, warna tersebut menjadi antara elemen paling ikonik dalam DNA jenama tersebut.
Untuk edisi 2026, Grey Days bukan hanya tertumpu kepada pelancaran produk baharu semata mata.
Sebaliknya, New Balance mahu membawa komuniti lebih dekat dengan falsafah jenama menerusi pengalaman yang lebih immersive dan bersifat komuniti.
Sepanjang empat hari berlangsung, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang diinspirasikan daripada budaya bandar dan kreativiti kontemporari.
Antaranya termasuk Grey Loop Photo Studio yang menawarkan pengalaman fotografi editorial, Grey Games berkonsep nostalgia serta Grey Moments yang membolehkan pengunjung menghasilkan cetakan foto berinspirasikan filem analog.
Salah satu tarikan utama Grey Days 2026 ialah kolaborasi bersama Jefr Studio, studio kreatif tempatan yang diberikan tanggungjawab menghidupkan elemen seni dalam ruang pop-up tersebut.
Menerusi instalasi ‘Grey Canvas’, pengunjung berpeluang menghasilkan karya seni secara kolektif menggunakan tona warna kelabu dalam pelbagai tekstur dan bentuk ekspresi visual.
Selain itu, New Balance turut memperkenalkan siri bandana eksklusif Grey Days hasil rekaan Jefr Studio yang diinspirasikan daripada tema movement, individuality dan community.
Selain pengalaman interaktif, pengunjung juga boleh melihat lebih dekat pelbagai koleksi kasut dan apparel Grey Days merangkumi kategori lifestyle dan performance.
Antara model yang menjadi tumpuan termasuk Fresh Foam X 1080v15, FuelCell Rebel v5 dan siri terkini ABZORB yang terus menampilkan gabungan elemen warisan serta teknologi moden New Balance.
Turut diperkenalkan ialah beberapa model baharu seperti ABZORB 2010, ABZORB 2000, ABZORB 5030 dan ABZORB 1890 yang membawa semula pengaruh kasut larian klasik dalam interpretasi lebih kontemporari.
BACA: 5 Indikasi Menunjukkan Anda Bersedia Sertai HYROX
New Balance turut menyediakan beberapa hadiah eksklusif sepanjang Grey Days berlangsung.
Pengunjung yang berbelanja minimum RM499 termasuk sekurang-kurangnya satu item Grey Days akan menerima bandana eksklusif hasil kolaborasi bersama Jefr Studio.
Manakala pembelian minimum RM699 pula melayakkan pelanggan menerima Grey Days Ceramic Cup edisi terhad.
Secara keseluruhannya, Grey Days 2026 memperlihatkan bagaimana New Balance kini bukan sekadar jenama sportswear semata mata.
Sebaliknya, ia semakin berkembang sebagai sebahagian daripada budaya gaya hidup moden yang menggabungkan fesyen, kreativiti, komuniti dan self-expression dalam satu identiti yang cukup kuat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.