Ternyata usia bukanlah halangan buat Novak Djokovic untuk berjaya!

Pada usia 36 tahun, bintang kelahiran Serbia, Novak Djokovic mencipta sejarah buat dirinya apabila menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini, sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam sepanjang karier sebagai pemain tenis professional.

Pemain Tertua Juarai Terbuka Perancis

Memetik AGENSI,  keinginan dan motivasi untuk terus bermain tenis tidak pernah pudar sekali pun menjadi pemain tertua menjuarai Terbuka Perancis sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam. Bintang Serbia berusia 36 tahun itu percaya, dia masih mempunyai tenaga untuk memburu kejuaraan utama biarpun sudah 20 tahun bersaing dalam tenis dunia.

NOVAK DJOKOVIC Bukti Usia Bukan Halangan, Pemain Tenis Terhebat Sepanjang Zaman!

“(Perjalanan) belum ber­akhir. Jika saya menang Grand Slam, kenapa perlu fikir untuk menamatkan kerjaya yang ­sudah dibina selama 20 tahun.

IKLAN

“Jadi saya masih berasa bermotivasi, masih terinspirasi untuk bermain tenis terbaik pada kejohanan Grand Slam. Saya rasa itu perkara paling penting dalam sejarah sukan kita,” kata pemain yang menduduki ranking ke 3 dunia itu.

NOVAK DJOKOVIC Bukti Usia Bukan Halangan, Pemain Tenis Terhebat Sepanjang Zaman!

NOVAK DJOKOVIC Bukti Usia Bukan Halangan, Pemain Tenis Terhebat Sepanjang Zaman!
Djokovic bersama isterinya, Jelena Djokovic yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dirinya.

NOVAK DJOKOVIC Bukti Usia Bukan Halangan, Pemain Tenis Terhebat Sepanjang Zaman!Kejuaraan ketiga yang diraih di Roland Garros menobatkan Djokovic sebagai pemain terhebat sepanjang zaman!  Baru-baru ini, Djokovic me­numpaskan bintang Norway yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Casper Ruud dalam perlawanan akhir untuk mengatasi rekod 22 gela­ran Grand Slam yang selama ini dikongsi bersama jaguh Sepa­nyol, Rafael Nadal.

IKLAN
Itu kejuaraan ketiganya di Roland Garros, selain 10 gelaran Terbuka Australia, tujuh Wimbledon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS). Dia turut menjadi satu-satunya pemain lelaki yang memenangi semua empat Grand Slam sebanyak tiga kali, malah Djo­kovic juga bakal merampas kembali takhta takhta pemain No. 1 dunia.
NOVAK DJOKOVIC Bukti Usia Bukan Halangan, Pemain Tenis Terhebat Sepanjang Zaman!

“Saya tidak mahu katakan saya adalah yang terhebat ­kerana saya rasa ia tidak menghormati ramai lagi bekas-bekas juara hebat yang pernah bertanding dalam era yang berbeza. Jadi saya tinggalkan perkara mengenai siapa yang terhebat ini kepada orang lain.

“Sudah tentu saya yakin dan percaya pada diri sendiri untuk apa sahaja yang boleh saya lakukan,” jelasnya lagi.

Mungkin ini bukan penamatnya buat Djokovic apabila dia ditanya mengenai soalan adakah dia mampu  memenangi gela­ran Grand Slam ke-24 atau ke-25. Bintang ini nampaknya penuh semangat membalas ‘kenapa tidak?’ Djokovic memenangi 11 daripada 23 gelaran Grand Slam selepas berusia 30 tahun, malah dia tidak berhasrat menggantung raket buat masa ini. – AGENSI

IKLAN

Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.

Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI