Bisnes

Nubhan Bangkit Sebagai Usahawan Ladang, Buka 4 Ekar Tanah Demi Sambal Tempoyak Daun Kayu

Share

Bukan mudah untuk tinggalkan dunia glamor. Tapi itulah yang dilakukan oleh penyanyi dan finalis Akademi Fantasia, Nubhan, apabila memilih untuk fokus membina kerjaya baru sebagai usahawan pertanian, satu bidang yang jarang diceburi oleh figura seni.

Kini, pada usia 40 tahun, Nubhan bukan sekadar penyanyi. Malah, pengusaha ladang berskala besar yang mengusahakan produk sambal warisan Melayu, Sambal Tempoyak Daun Kayu, bersama ibunya, Mak Jenny. Lebih membanggakan, semua bahan utama sambal itu kini ditanam sendiri di atas tanah miliknya seluas empat ekar.

Berdikari & Bebas Rantaian Pembekal

Dalam satu perkongsian di TikTok, Nubhan berkongsi detik emosinya membawa ibunya meninjau ladang yang telah mengambil masa hampir dua tahun untuk dibangunkan. Di situlah tumbuh segalanya dari daun kayu seperti pucuk maman, cekur, hingga ke bahan aromatik lain yang menjadi intipati sambal tradisi Negeri Sembilan.

“Saya buat ladang ini sebab kita susah nak dapat daun-daun ni. Jadi kita tanam sendiri,” ujar Nubhan.

Sebagai seorang lelaki, beliau jelas ada prinsip yang kukuh: usaha sendiri, kendali sendiri, hasil pun milik sendiri. Ini bukan projek ‘tumpang nama’, tapi hasil daripada kajian, kerja keras dan konsistensi.

“Nak tanam pokok pun bukan senang. Kena belajar. Pokok mati, pokok kena virus, kena tahu sistem siraman, baja dan jadual tuaian. Ini semua saya hadap sendiri,” kongsinya jujur.

@nubhan86

Akhirnya Mak Jenny dah ada Ladang Sendiri!! Demi utk menghasilkan Sambal Tempoyak Daun Kayu!! 🥰 Jgn lupa masuk live sabtu ni 19hb july jam 8pm ok!! Limited stock tau🙈🙈🙈

♬ Healing Water – The Meditation – Red Blue Studio

Apa yang menjadikan projek ini lebih bermakna adalah faktor sentimental. Sambal Tempoyak Daun Kayu merupakan resipi keluarga yang diwarisi ibunya. Sekarang, ia bukan sahaja dijual kepada pelanggan malah membawa identiti, sejarah dan air tangan orang tersayang ke dalam setiap botol yang dikeluarkan.

Ladang tersebut bukan sekadar pusat pengeluaran, tetapi simbol kasih seorang anak kepada ibunya. Hadiah untuk masa depan keluarga. Inilah bentuk kelelakian moden — bukan hanya mampu memberi wang, tapi sanggup berkorban masa dan tenaga demi kelangsungan legasi.

Netizen Kagum

Rata-rata warganet kagum dan bangga dengan pendekatan Nubhan yang memilih untuk berdiri atas kaki sendiri, jauh daripada dunia selebriti yang serba selesa. Malah, ramai yang menyamakan semangat Nubhan dengan ikon usahawan popular, Khairul Aming.

“Seorang usahawan dapur, seorang lagi usahawan ladang. Dua-dua bawa nama Melayu naik,”

komen seorang pengguna media sosial.

Kisah Nubhan ini adalah cerminan lelaki moden maskulin, yang bukan hanya gagah secara fizikal, tetapi juga tegas dalam membina masa depan dengan cara yang jujur, berdikari dan berpijak di bumi nyata.

Malah dalam dunia penuh persaingan hari ini, memiliki kebolehan untuk menghasilkan sesuatu dari tanah kosong adalah bentuk kekuatan sebenar yang jarang dipandang tinggi.

Maskulin salute!

BACA LAGI : “Subuh Di Masjid Ubah Hidup Saya” – Alif Satar Dedah Rahsia Tenang & Fokus

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Nana