Apabila dua jenama ikonik dalam bidang masing-masing bersatu, hasilnya pasti luar biasa.

Itulah yang ditawarkan melalui kolaborasi eksklusif antara Nuna, peneraju dalam kelengkapan bayi premium dari Belanda, dan BMW, jenama automotif global yang sinonim dengan gaya hidup mewah.

Kini, keluarga moden boleh menikmati rekaan stroller dan aksesori bayi yang bukan saja berfungsi hebat, tetapi juga tampil sofistikated dengan sentuhan jenama legenda Jerman itu.

Gabungan Ketukangan & Inovasi Bertaraf Dunia

 

Nuna x BMW, Gabungan Reka Bentuk Mewah & Fungsi Pintar untuk Keluarga Moden

Kerjasama ini bukan sekadar penggabungan jenama ia adalah pertemuan dua falsafah: ketelitian dalam rekaan, serta dedikasi terhadap keselamatan dan estetika.

Menurut Austin Hodges, Ketua Pegawai Pemasaran di Nuna, minat bersama terhadap kualiti premium dan rekaan inovatif menjadikan kolaborasi ini satu padanan semula jadi.

Ads

Setiap produk dalam koleksi ini direka untuk memperkayakan kehidupan seharian pelanggan yang mengutamakan fungsi dan gaya.

Sashi Ambihaipahan, Pengarah Komunikasi Korporat & Kelestarian BMW Group Malaysia pula berkata, “Produk dalam koleksi ini bukan sahaja berfungsi secara efisien, tetapi juga memberi impak positif terhadap kehidupan pelanggan serta anak-anak mereka, dari sudut bentuk dan fungsi.”

Visi Sama, Cita Rasa Tinggi

Kolaborasi ini bukan sekadar projek bersama ia adalah perkongsian visi.

Marta Piña Fernández, Ketua Pemasaran EMEA & APAC di Nuna menyatakan bahawa kerjasama ini membolehkan mereka menolak sempadan konvensional dalam rekaan kelengkapan bayi, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dari segi kualiti dan gaya.

Dengan inspirasi rekaan dari BMW, koleksi ini bukan sahaja praktikal tetapi mampu membangkitkan kenangan indah buat seisi keluarga menjadikan setiap perjalanan lebih bergaya dan bermakna.

Ads

Barisan Produk Nuna x BMW, Elegan Bertemu Fungsi

Nuna x BMW, Gabungan Reka Bentuk Mewah & Fungsi Pintar untuk Keluarga Moden

Koleksi eksklusif ini menampilkan tiga model stroller dan satu beg keperluan bayi, semuanya hadir dengan sentuhan rekaan ikonik BMW termasuk corak rim BMW, logo bergaya, serta kemasan kulit mewah.

1. MIXX next – Warna Element

Hitam karbon dengan logo BMW yang terserlah, corak BMW Trinity pada fabrik dan rangka, serta kemasan kulit berwarna coklat gelap untuk gaya maskulin dan mewah.

2. TRIV next – Warna Graphene

Kelabu grafit yang tampak moden dan minimalis, disempurnakan dengan aksen kulit hitam dan perincian BMW Trinity yang elegan.

Ads

3. TRVL lx – Warna Mica

Beige neutral yang lembut, sesuai untuk ibu bapa yang gemarkan tona hangat. Dilengkapi dengan corak BMW Crystal dan kemasan kulit berwarna coklat.

4. Beg Essential – Warna Element

Pilihan sempurna untuk ibu bapa on-the-go, dengan lencana logam BMW pada flap luar dan pouch alat mandian yang boleh ditanggalkan. Serasi dipadankan dengan stroller untuk tampilan serba lengkap.

Harga & Ketersediaan

Harga & ketersediaan koleksi Nuna x BMW stroller ini ditawarkan pada harga bermula RM2,699, dan kini boleh didapati di:

  • Peruncit terpilih

  • Bilik pameran Nuna Malaysia di Subang Jaya

  • Pengedar BMW terpilih di seluruh negara

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, layari: www.supremeglobal.com.my

BACA LAGI : Pop-Up “Run Your Way” New Balance Destinasi Wajib Buat Semua Pelari

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads