Nurul Izzah, Syed Saddiq dan Fahmi Fadzil Antara Pilihan Netizen Untuk Portfolio Menteri Belia Dan Sukan

Share

Barisan Menteri Kabinet dijadual mengangkat sumpah pada Isnin.

Namun satu portfolio yang dinanti-nantikan oleh golongan muda ialah jawatan Menteri Belia dan Sukan. Ia menggantikan Menteri sebelum ini iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ini juga merupakan antara portfolio penting yang mengambil kira hal ehwal anak-anak muda Malaysia. Pada Jumaat, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, antara yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan Baginda telah memperkenankan senarai itu.

Tun Mahathir sebelum ini turut berkata Pakatan Harapan mahu perkecilkan Kabinet kepada 25, jumlahnya boleh ditambah pada masa hadapan bergantung kepada keperluan.

Senarai penuh kabinet difahamkan akan diumumkan kemudian.

 

*Sumber Awani

IKLAN