Ads

Obesiti Lebih Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti Covid-19 – Pakar

Foto: Press Association

PARIS: Orang yang berlebihan berat badan berisiko tinggi jika dijangkiti koronavirus dan Amerika Syarikat (AS) berada dalam situasi bahaya kerana tahap obesiti sangat tinggi di negara itu, ujar ketua epidemiologi Perancis pada Rabu.

Reuters melaporkan Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan berkaitan epidemik itu berkata, seramai 17 juta daripada rakyat Perancis yang berjumlah 67 juta berisiko tinggi terhadap COVID-19 disebabkan faktor usia, sudah mempunyai penyakit tertentu, dan juga obesiti.

Obesiti Lebih Berisiko Tinggi Jika Dijangkiti Covid-19 – Pakar
Profesor Jean-François Delfraissy Foto: Reuters

“Virus ini sangat dahsyat. Ia boleh menjangkiti orang muda, khususnya orang muda yang obes. Mereka yang berlebihan berat badan perlu berhati-hati.

Ads

“Sebab itulah kita bimbang kepada rakan-rakan kita di Amerika, yang terkenal dengan masalah obesiti, dan mereka mungkin mempunyai banyak masalah yang disebabkan obesiti,” ujar Delfraissy.

Kadar kematian bagi orang muda yang dimasukkan ke hospital dengan penyakit pernafasan teruk akibat COVID-19 adalah 2 peratus. Namun, ia boleh meningkat sehingga 14 peratus bagi mereka yang lebih lemah.

Ads

Walaupun penularan COVID-19 di Perancis agak pantas, negara itu masih jauh daripada sampai ke tahap 50 peratus hingga 60 peratus populasinya dijangkiti dan sembuh, hingga pada tahap tertentu paras ‘imuniti berkumpulan’ dicapai, jelas Delfraissy.

“Data awal menunjukkan bilangan mereka yang memiliki imuniti lebih rendah daripada yang kami bayangkan, iaitu kira-kira 10-15 peratus,” ujar pakar penyakit berjangkit itu yang pernah mengetuai penyelidikan Perancis tentang Ebola dan AIDS.

Ads

Tambahnya, masih awal untuk mengakhiri perintah kawalan pergerakan di Perancis, yang bermula pada 17 Mac lalu dan dijadual sehingga sekurang-kurangnya 15 April.

Sumber: Astro Awani

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.