Dalam dunia badminton, kemenangan di gelanggang adalah impian setiap pemain. Namun bagi pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin, kemenangan paling manis dalam hidupnya hadir di luar gelanggang. Hari ini dia berkongsi bahawa dia telah melamar cinta hatinya, Aya Ohori, bekas pemain perseorangan wanita dari Jepun.
Berita pertunangan mereka yang dikongsi pada awal pagi Khamis menerusi Instagram menjadi tular serta-merta, sekaligus menjawab segala persoalan yang selama ini bermain di fikiran peminat sukan raket ini.
Sekeping foto penuh makna memaparkan momen Yew Sin melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada gadis Jepun pujaan hati, nyata membuat ramai tersentuh.
Pasangan yang tampil serba putih dalam hantaran tersebut bukan sahaja kelihatan anggun dan serasi, tetapi juga memancarkan satu aura yang tenang. Ia seolah-olah menyatukan dua dunia yang berbeza melalui bahasa cinta dan sukan.
“Dia (Ohori) bersetuju. Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.
“Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang tahun-tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh,” jelas Ong Yew Sin menerusi kapsyen hantaran foto tersebut.
Ads
Ungkapan itu membuktikan bahawa di sebalik kejayaan atlet, terdapat kisah kemanusiaan yang lebih mendalam, kisah kompromi, kefahaman dan pengorbanan.
Mungkin ada pertelingkahan, tetapi yang pasti, hubungan mereka cukup kuat untuk bertahan dan terus berkembang.
FASA BAHARU
Aya Ohori bukan sebarangan nama dalam dunia badminton. Pemilik pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022 ini mengakhiri karier profesionalnya dengan berada di ranking kesembilan dunia.
Ia satu pencapaian membanggakan untuk seorang atlet wanita Jepun. Kini, beliau melangkah ke fasa baru kehidupan, bukan lagi sebagai pesaing di gelanggang, tetapi sebagai tunang kepada seorang wira badminton Malaysia.
Ads
Sejak beberapa tahun lalu, kemesraan antara Yew Sin dan Ohori sering menjadi bualan peminat.
Mereka kerap kelihatan meluangkan masa bersama, namun tidak pernah secara rasmi mengesahkan hubungan. Hari ini, segalanya terjawab dengan satu lamaran yang indah.
Apa yang lebih menggembirakan, hubungan mereka bukan hanya mendapat perhatian peminat, malah turut diraikan oleh rakan seperjuangan dunia badminton.
Ads
Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen dari pemain-pemain ternama bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga dari negara-negara seperti Thailand dan China.
Malah, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sendiri turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, yang dianggap sebagai ‘pasangan badminton paling mendapat perhatian ramai’ dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tahniah buat Ong Yew Sin dan Aya Ohori!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aisyah berkisah: “Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya” (HR.Muslim).
Hadis ini mengambarkan bahawa kita harus membina ikatan yang baik dengan isteri. Isteri umpama permata yang berharga. Ia perlulah dijaga dan dibahagiakan. Amalan suap isteri adalah amalan yang baik. Ikatan erat akan terjalin.
Melalui perkongsian Taufiq Razif di media sosialnya tentang amalan menyuap isterinya.
“ Saya sebenarnya masih terkejut bila ada yang PM saya dan bagitahu suaminya jadi sangat ganas sampai sanggup pukul si isteri sampai berlaku pendarahan dalam otak!
Saya tak nak benda ni berlaku pada anak-anak saya. Saya taknak kitaran ganas ni berlegar dalam keluarga saya jadi perkara pertama saya buat adalah suap menyuap dengan isteri saya depan anak-anak saya.
Kenapa?
1. Anak kita yang masih kecil ni paling banyak belajar melalui meniru ataupun biasa saya panggil dengan istilah mirroring. Apa yang dia selalu lihat tu la yang nak nanti dia akan selalu buat bila dah besar nanti.
2. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak perempuan saya bahawa lelaki ganas ni tak sesuai dibuat suami.
3. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak lelaki saya, cara terbaik melayan pasangan hidup adalah dengan berlemah lembut dan penuh hikmah. Saya percaya Mirror Neuron dalam diri anak-anak saya akan membuatkan mereka belajar untuk meniru perbuatan saya ni bila dah besar nanti.
P/s : Tolong ajar pasangan masing-masing ilmu ni ye. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk rumahtangga kita dan rumahtangga anak-anak kita suatu hari nanti
Kini, sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.
Angkasawan Malaysia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar juga melatih bayi kembarnya mengunakan Flashcards yang dimuatnaik di instagram miliknya. Mempunyai lebih 100 ribu pengikut di laman sosial Instagram, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar juga mempunyai seramai 4 orang anak termasuklah yang terbaharu dimana beliau dikurniakan dengan sepasang bayi kembar lelaki!
Namun, apa yang menariknya ialah bayi kembar yang diberi nama Adam dan Noah turut mendapat teknik pengajaran yang menarik buat bayi ini. Jom kita tengok cara beliau mengajar bayi kembar yang baharu lahir ini menggunakan teknik flashcards.
FLASHCARD WITH THE TWINS
” Flashcards bersama bayi kembar- Adam berada di sebelah kanan manakala Noah berada di sebelah kiri. Saya lebih suka untuk menghabiskan masa ‘bonding’ bersama mereka dengan menggunakan flashcards. Flashcards yang digunakan adalah seperti haiwan, bentuk atau number dimana ia sangat bagus untuk stimulasi otak anak-anak. Saya juga mendapati bahawa anak kembar saya menjadi lebih ‘alert’ dan focus bila saya tunjuk gambar di flashcard. Adam suka sangat dengan ikan manakala Noah pula sukakan burung. Seorang ayah tak akan pernah boleh mengatasi ‘bonding time’ anak dengan ibu ketika menyusukan badan, jadi bermain flashcards adalah medium untuk si ayah ‘connect’ dengan anak.”
FLASHCARDS TECHNIQUE TO NEWBORNS
” Teknik flashcards bersama bayi- Seperti yang anda dapat lihat, Adam dan Noah sangat fokus dan ‘alert’ dengan gambar. Cuba lakukan aktiviti ini di dalam suasana yang sunyi dan cerah. Tunjuk flashcards dengan gerak cepat kerana bayi mempunyai tahap ‘attention’ yang pendek. Pastikan suara anda kuat dan jelas dan jangan lupa untuk berikan pelukan kepada anak setelah selesai. Boleh cuba lakukan aktiviti selama 5 kali sehari menggunakan flashcards yang sama selama seminggu. Anda pun boleh buat flashcards mengikut kreativiti anda sendiri ya!”
*Bukan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sahaj yang boleh menggunakan teknik flashcards ni tau. Rupa-rupanya, bayi baharu lahir pun dah boleh belajar menggunakan teknik ini!
Tambahan : 5 Teknik Flashcard Buat Anak Tidak Bosan
Sentiasa menunjukkan flash card dan menyebutkan nama flash card dengan jelas kepada anak.
Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan anak@bayi agak terhad pada awal usia mereka.
Tarik perhatian anak untuk melihat flashcard tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya anak dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.
Lakukan sesi pembelajaran ini ketika mereka dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).
Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa anak anda juga MAMPU untuk melakukannya. Taip memang senangkan..Semoga diri sendiri pun BERTABAH juga.
Sumber : Sirap Limau
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Video itu memaparkan, Adib terlihat segak memakai seragam juruterbang dan difahamkan kini pemuda itu sudah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Adib kerana telah memulakan kerjaya baharu dan cita-citanya sudah tercapai.
“Akhirnya tercapai juga cita-cita dia nak jadi pilot.. good luck Adib!” komen seorang pengguna.
“Asbab “biasa maksudnya?” Adib viral dan impian (doa) untuk jadi pilot termakbul, Allah works mysteriously,” komen lagi seorang pengguna.
“Wah… dah jadi pilot dah dia.. Alhamdulillah!” tulis pengguna lain.
Fenomena “Biasa? Biasa Maksudnya?”
Terdahulu, gara-gara video “Biasa? Biasa maksudnya?”, perniagaan pisang goreng keju graduan sekolah penerbangan itu dibanjiri pelanggan hampir setiap hari sehingga pernah menjual lebih 200 kilogram pisang dalam tempoh kurang enam jam.
Selain memiliki wajah kacak, sifatnya yang lemah lembut berbicara merupakan antara punca dia menjadi tular dan menjadi kegilaan wanita.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.