Sukan

Ozil Rasmi Tinggalkan Jerman. Jijik Sarung Baju Jerman Atas Layanan Buruk

Share

Buat peminat Arsenal, jangan berduka kerana pemain terhebat Mmesut Ozil telah mengumumkan persaraannya dari bola sepak antarabangsa dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitternya.

Pemain tengah Arsenal ini telah memenangi 92 caps dan telah membuat kemunculan antarabangsa pada tahun 2009 menyatakan bahawa racism

dan tidak hormat antara satu sama lain merupakan punca beliau mengumumkan berita tergempar ini susulan daripada Piala Dunia tempoh lalu,  dimana beliau telah dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan pertemuan antaranya dengan Presiden Turki sebelum perlawanan.

 

Beliau juga menyatakan bahawa layanan buruk yang diterima dari DFB yang menyebabkan beliau jijik untuk memakai baju kebangsaan Jerman sekaligus mengklasifikasikan yang pencapaian beliau miliki sejak 2009 telah dilupakan.

Menerusi akaun Twitternya juga beliau meluahkan bahawa berat untuknya meninggalkan pasukan itu dan banyak faktor telah dipertimbangkan. Namun ketidakpuashatian dengan pasukan itu sendiri atas sebab rasis, sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri.

 

IKLAN