Ads

Pakai Baju Sama Setiap Kali Tidur Boleh Bawa Bahana Kepada Badan

Ini bukan perkara pelik.

Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali ingin tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.

Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.

Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.

Ads

Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.

Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.

Ads

Pakai Baju Sama Setiap Kali Tidur Boleh Bawa Bahana Kepada Badan

Bangun pagi yang lemah

Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.

Ads

Tidur tidak nyenyak

Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.

Badan berbau

Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.

Dah faham kan? Selamat beramal.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.