Pakai Dua Pelitup Muka Terbukti Lebih Selamat Saran DG Dr Noor Hisham

Share

Baru-baru ini tular di media sosial di kalangan warganet yang tertarik dengan penampilan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memakai dua lapisan pelitup muka atau double mask.

Jelas Dr Noor Hsiham, alaman memakai dua pelitup muka adalah amat digalakkan terutamanya di kawasan berisiko tinggi. Ia berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

FOTO: ASTRO AWANI

Menerusi eksperimen itu, mereka dapat pemakaian yang kemas dengan peliutpu muka perubatan di bahagian dalam dan pelitup muka kain di lapisan kedua mampu mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus.

FOTO: LIVESCIENCE.COM

“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.

“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.

“Jika saya ke hospital ‘double mask’ membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” memetik kenyataannya di Harian Metro.

Sebelum ini foto beliau memakai dua pelitup muka telah tular dan menjadi perbualan warganet di laman media sosial.

Dengan jumlah jangkitan yang kini agak kritikal, rasanya tidak salah untuk kita mencontohi apa yang dilakukan oleh Dr Noor Hisham.

Kita harus menang dan oleh itu perlu lakukan apa sahaja yang mungkin untuk mengurangkan kadar jangkitan. Sama-sama kita terus harungi ujian ini!

IKLAN