Panduan Memilih T-shirt Ikut Bentuk Badan, Ini Yang Lelaki Kena Tahu

Share

Tidak dinafikan, t-shirt merupakan antara pakaian harian yang menjadi kegemaran lelaki. Lelaki sering memilih t-shirt kerana pemakaiannya rasa selesa dan sedap dipakai.

Walaupun gayanya ringkas, anda tidak boleh menyarungkan t-shirt dengan sesuka hati kerana anda perlu memilihnya mengikut bentuk badan terlebih dahulu.

Bukan sahaja bentuk badan, pemakaian t-shirt juga haruslah sesuai dengan ukuran, jenis dan juga warna agar gaya anda lebih menyerlah.

Jadi hati-hati ketika anda ingin memakai t-shirt. Kesalahan memilih t-shirt boleh membuatkan penampilan anda nampak pelik dan tidak kena dengan gaya.

Sebelum pakai t-shirt, kenal pasti bentuk badan anda terlebih dahulu. Setelah tahu bentuk badan, terapkan tip-tip ini agar t-shirt yang anda pakai itu lebih ‘kemas’ dengan bentuk badan anda.

1. T-shirt untuk lelaki tinggi

Foto: pinterest.com

Beruntunglah jika anda dilahirkan tinggi kerana anda bebas untuk pakai t-shirt yang anda gemari. Dengan postur badan yang tinggi lampai, anda disarankan untuk menggayakan t-shirt daripada jenis slim fit. T-shirt jenis ini akan membuatkan badan anda nampak lebih segak.

Kalau nak ushar macam-macam t-shirt Sports Direct, boleh klik SINI

2. T-shirt untuk lelaki rendah

Foto: unsplash.com

Jangan bimbang kerana lelaki bertubuh rendah juga boleh nampak ‘smart’ jika anda bijak menyarungkan t-shirt yang sesuai dengan gaya anda tersendiri. Jika anda bertubuh rendah, pilihlah t-shirt daripada jenis slim atau pre-shrunk. Elak memakai jenis t-shirt yang boleh berubah bentuk atau ukuran setelah dicuci kerana t-shirt jenis ini akan mudah mengembang dan membuatkan tubuh anda nampak lagi rendah.

Kalau nak ushar macam-macam t-shirt JD Sports, boleh klik SINI

3. T-shirt untuk lelaki berotot

Foto: wellbuiltstyle.com

Jika anda tergolong dalam kalangan lelaki yang bertubuh sederhana tinggi tapi berotot, pemilihan t-shirt bukanlah sesuatu yang menyukarkan. Caranya, pakai jenis t-shirt yang boleh menonjolkan bahagian dada dan lengan anda. Apa yang penting, jangan pakai t-shirt yang terlalu sendat kerana penampilan otot pada badan anda akan nampak berlebihan. Cukup sekadar memakai t-shirt slim fit yang boleh menonjolkan otot-otot pada tubuh.

Kalau nak ushar macam-macam t-shirt Adidas, boleh klik SINI

4. T-shirt untuk lelaki gempal

Foto: urbanbabyco.com

Lelaki bertubuh gempal perlulah berhati-hati ketika menyarungkan t-shirt agar tubuh anda tidak nampak lebih besar. Pilihlah t-shirt berpotongan lebar namun tidak terlalu labuh. Pastikan hujung t-shirt tidak menutupi punggung, namun jangan pula memakai t-shirt yang terlalu pendek kerana ia akan memperlihatkan bahagian perut buncit anda. Yang pasti, jangan sesekali anda masukkan t-shirt ke dalam seluar kerana cara ini akan menonjolkan lagi perut anda yang buncit dan badan anda yang berisi.

Kalau nak ushar macam-macam t-shirt shopee, boleh klik SINI

5. T-shirt untuk lelaki terlalu kurus

Foto: lifestylebyps.com

Lelaki dengan badan yang terlalu kurus juga perlu berhati-hati ketika ingin menyarungkan t-shirt. Elak menggunakan t-shirt yang ketat kerana ia akan menampakkan badan anda lebih ‘sekeping’. Sebaiknya, pilihlah t-shirt yang sedikit boxy atau longgar, namun jangan terlalu longgar. Jenis t-shirt boxy ini boleh menyamarkan bentuk tubuh anda yang terlalu kurus agar kelihatan lebih berisi.

Kalau nak ushar macam-macam t-shirt Lazada, boleh klik SINI

Sumber: idntimes.com

IKLAN