Image by Freepik

Sebarang bentuk penderaan adalah satu kes jenayah yang amat berat dan juga terkutuk. Apatah lagi apabila mangsa dera tersebut ialah seorang kanak-kanak!

Dalam tempoh beberapa minggu ini beberapa kes penderaan telah dilaporkan berlaku lagi di negara kita. Ada kes melibatkan pengasuh yang melakukan jenayah ini di pusat asuhan kanak-kanak dan ada juga melibatkan ibu kandung dan pasangannya juga.

Terbaru, kes yang berlaku di Pasir Gudang di mana pihak polis telah menahan dua orang wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga badannya luka berlubang teruk.

Perkongsian video di mana jiran-jiran telah ‘menyerbu’ rumah mereka menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera amat serius.

Memetik kenyataan rasmi Polis Johor, ibu kanak-kanak berkenaan adalah ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala seorang lagi wanita ialah temannya warga negara asing yang berperwatakan seperti lelaki atau ‘pengkid’ berusia 30 tahun.

Peka Telinga, Peka Mata! Kita Mampu Selamatkan Mangsa Dera Kanak-Kanak

Syukur di atas keprihatinan jiran-jiran dan orang ramai telah dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Bagaimana jika perkara hampir sama berlaku di kawasan kejiranan anda?

IKLAN

Apa perlu anda lakukan?

Jika anda mengesyaki ada berlaku kes penderaan sama ada kanak-kanak, wanita, warga emas mahupun lelaki terdapat beberapa tindakan segera yang boleh anda ambil.

Hubungi Pihak Berkuasa

Segera hubungi polis atau agensi kawalan kanak-kanak tempatan untuk melaporkan kejadian tersebut. Berikan maklumat sejelas mungkin mengenai apa yang anda saksikan.

Jangan Campur Tangan Sendiri

Anda mungkin ingin membantu, tetapi jika situasi berpotensi berbahaya, lebih baik biarkan pihak berkuasa yang berlatih untuk mengendalikan situasi tersebut.

IKLAN
Peka Telinga, Peka Mata! Kita Mampu Selamatkan Mangsa Dera Kanak-Kanak
Image by Freepik

Kumpulkan Bukti

Sekiranya pada peringkat awal anda mengesyaki ada yang tak kena ambil gambar atau catatkan butiran tentang penderaan yang anda lihat. Bukti ini dapat membantu proses siasatan pihak polis.

Sokongan Moral 

Jika anda berbicara dengan kanak-kanak tersebut, berikan sokongan dan beritahu mereka bahawa mereka tidak bersalah. Beri tahu mereka bahawa mereka selamat sekarang dan bantulah mereka merasa selamat.

Berikan Maklumat Sulit

Jika anda tahu lebih banyak mengenai situasi ini, berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa. Ini termasuk butiran yang anda saksikan dan butiran tentang individu yang mungkin terlibat.

IKLAN
Peka Telinga, Peka Mata! Kita Mampu Selamatkan Mangsa Dera Kanak-Kanak
Image by Freepik

Jaga Kerahsiaan

Pastikan untuk menjaga kerahsiaan tentang maklumat yang anda ketahui. Ini adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dan memastikan bahawa proses siasatan berjalan lancar.

Sokong Sumber Rujukan

Berikan maklumat kepada keluarga kanak-kanak mengenai sumber bantuan seperti agensi kawalan kanak-kanak, kaunselor, atau kelab sosial yang boleh memberi sokongan kepada mereka.

Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa

Berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa semasa penyiasatan dan proses perundangan.

Semoga kita menjadi masyarakat yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku di dalam komuniti sendiri. Ada beza di antara peka dan menyibuk hal orang lain ya!

Ia adalah untuk kepentingan awam terutamanya mereka yang ditindas. Jangan lupa ikuti TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Ibarat “bertemu buku dengan ruas” apabila seorang pengasuh durjana dibelasah oleh bapa kanak-kanak yang dideranya. Namun, adakah kekerasan itu solusi terbaik kepada permasalahan, dan wajarkah ia dinormalisasikan? Kongsikan pendapat anda juga di bahagian komen. #tular #viral #pengasuh #kesdera #taska #penderaankanakkanak ♬ original sound – Maskulin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI