Ads

Pelancong China Hisap Rokok Guna ‘Ekzos’ Di Langkawi, Aksinya Undang Padah!

Aksi seorang pelancong warga China yang dilihat seperti menghisap rokok dengan menggunakan satu peralatan pelik seperti ekzos motosikal telah mengundang padah.

Ekoran perbuatannya yang menarik perhatian ramai itu, lelaki terbabit ditahan pihak polis Pulau Langkawi bagi tujuan siasatan lanjut.

Dirakam menerusi satu video

Terdahulu aksi lelaki terbabit yang kononnya seperti menghisap rokok dengan batang aluminium itu dirakam dari hadapan sebuah pusat beli-belah di Pulau Langkawi.

Ads

Kerana tularnya video tersebut dalam media sosial, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata lelaki berusia 60 tahun terbabit wajar ditahan.

Sehubungan itu, lelaki itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi bersama alat menghisap yang dibawa dari China.

Rupanya lelaki itu menghisap ‘kao ye’

Ujar Mohd. Iqbal, lelaki berkenaan tiba di Langkawi Ahad lalu dan bercuti selama lima hari empat malam.

Ads

Menerusi siasatan yang dijalankan, rupanya peralatan itu digunakan bagi tujuan menghisap sejenis tumbuhan yang dinamakan sebagai ‘kao ye’ atau ‘hong ye’ yang merujuk kepada tembakau merah.

Kastam lepaskan, bebas dadah

Mohd. Iqbal berkata, pelancong asing itu memberitahu sebelum ini pihak kastam ada membuat pemeriksaan menerusi mesin pengesan dan alatan itu dibenarkan kerana tiada pelanggaran undang-undang.

Ads

Malah hasil pemeriksaan air kencing ke atas lelaki itu turut mendapati dia bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Berikutan itu juga, dia yang tiba di negara ini bersama isteri dan rombongan dibebaskan selepas proses dokumentasi oleh pihak polis selesai.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.